20 July 2012

Selamat datang Ramadhan..



Alhamdulillah.. bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan yang mulia ini.


semoga ramadhan kali ini kita semua manfaatkan kehadirannya.. orang cakap bulan ramadhan ni, hantu,syaitan, jembalang dikurung. jangan kita pulak yang jadi manusia bertopengkan syaitan.. kurang-kurangkan melakukan dosa.. topupkan pahala selalu. :)


Semoga Allah jauhkan kita semua dari sifat sifat mazmumah. Sambutlah ramadhan dengan seribu keinsafan dan sejuta kemaafan.


"Permulaan Ramadhan itu adalah RAHMAT, pertengahannya adalah PENGAMPUNAN, dan penghujungnya adalah KEBEBASAN dari api neraka"


jangan lupa indahkan malam-malam Ramadhan korang dengan berterawih ye. 
bagi yang ragu-ragu menunaikan solat sunat Terawih, anda boleh mengikuti panduan yang disediakan oleh Datuk Hj.Mohammad Shahir bin Hj.Abdullah.




16 July 2012

Mini Gath Blogger Perak di Taja oleh Ayam Penyet

Ini adalah sebahagian ahli daripada Kampus Blogger Perak. (tetiba rasa mcm reena jadi guru kelas) haha!
ayam penyet? ditaja? hebat sangat ka blogger perak sampai orang nak taja buat mini gath?


Lokasi : JJ Kinta City, Ayam Penyet De Garden, Mydin Meru Jaya. Ipoh.
Waktu : 10.00 Pagi 
Tarikh : 15 Julai 2012


Tujuan utama gath ini dibuat adalah untuk penyerahan baju t shirt BP(Blogger Perak) kepada yang telah membuat tempahan yang sekian kalinya lama menunggu. Reena minta maaf disini kerana ada yang cakap sampai kena marah dengan abang, ada yang tunggu lama. Banyak masalah teknikal yang berlaku sepanjang masa. Reena dan Bro Azqar mohon maaf atas kekurangan dari pihak kami. Baju baru ada dalam tangan reena semalam 15 Julai. dan dalam minggu ini reena akan pos sikit2. (harap korang faham jugak sbb nak uruskan seorang part pos ni). -okeh dah panjang lebar tujuan utama mini gath BP ini.


mini gath ni jugak dibuat bersempena meeting  admin bersama ahli yang hadir dan kami pihak admin memerlukan cadangan dan persetujuan dalam beberapa hal berbangkit. lepas meeting? kita ENJOY! *ape punya admin laaa*


 -kami yang masih menjadi penunggu.. *kesian kami tahu* sobs


Reena yang dari Taiping ni bergerak dalam Jam 9 lebih bersama atok muncet. *ni kes duit takde.. nasib atok muncet baik hati nak tumpangkan.* baru sampai lepas terowong, Syakir dah telefon.. *tengok jam "ohh dah pukul 10" kemain semangat sampai awal*.. dah sampai Jelapang.. Laila Azwa pulak call.. maaf sbb kami sedikit lambat dr korang, biase laa orang JAUH.. :p


gambar sini.. gambar sana.. gosip sini.. gosip sana.. sorang-sorang sampai.. berkenalan sesama sendiri dengan ahli yang baru join.. *masih menunggu kehadiran yang lain*. (pfffttt. tetiba rasa macam reena buat novel. semua nak cerita)


- Derita Merindu dan Syakir Rahman. 


Syakir Rahman? tak kenal punn... ermm ooooooooooo yang ada gambar dengan tuttttttt! 
*wakakakaka, haku gelak guling2 ni syakir* :p


-Lailatul Fatiqah dan Kak Maya.. (dedua ada unsur biruuu)


dan selesai menjadi penunggu yang tidak berkesudahan. maka kami berpindah ke De Garden pulak, memandangkan nak langsungkan meeting perlukan tempat yang sedikit tenteram.. Yeahhh. Ayam Penyet yang menaja Gath kali ini. (tapi duit keluar sendiri ye)


-kegigihan muka kami yang sedang kusyuk membetulkan baju t-shirt BP




-yeah.. ini bukti baju baru berada dalam tangan reena. :)


lepas makan makan, poking poking, liking liking, meeting meeting di Ayam Penyet De Garden. Kami semua menuju ke Mydin Meru Jaya atas cadangan Ruzz Ezzanie.. dan aktiviti dijalankan dengan sesi menyumbangkan lagu. 


-Tak Tahu kenapa, selalu kalau gambar g karok dgn dak BP, time ambik gambar je reena tgh kusyuk memilih lagu. zzzz..


selepas sejam tiga puluh minit berada dalam MYKara, Mydin.. habis gelek hindustan semua keluar. 


-ada jugak aksi syok2 ambik gambar sendiri.. 




-gelek apakah ini? tak silap ni masa lagu hindustan berkumandang.. XD




-Baru dan Lama.. tapi kita masih "We Are Family" 




-nantikan produk baru dari Blogger Perak. Ubat gigi BP. *dah semua tayang gigi* (rasa nak edit je gambar ain buh gigi) haha!


Tahniah bagi ahli yang baru 1st time join mini gathering BP ni. walau ada yang singgah kejap, ada yang ada prog lain tp still datang.. TAHNIAH sekali lagi sbb korang semua ada hidung, ada mata, ada telinga. sebab tu korang tak jadikan alasan 'alaaa.. saya malu nak join'..  Hope gath akan datang lebih ramai orang baru yang join. 


Yang hadir mini gath:

  1. Cik Reena Tan
  2. Rahim Wan Ghazali
  3. Reezluv Reez
  4. Ain laa
  5. Cik Maya Culleen
  6. Ruzz Ezanie
  7. Laila Azwa
  8. Lailatul Fatiqah
  9. Nur Intan Syafinaz
  10. Nur Aimi Farhana
  11. Derita Merindu
  12. Syakir Rahman
  13. Abdullah Ghazali
  14. M. S. Anuar (Syukri)
  15. Lynda Lynn
  16. Ainina Jelani
  17. Sinichi Yaya (Nadia) dan teman
  18. Touya Karuma
  19. Hanis Aleeya
  20. Nurhani Hidayah

Blogger Perak - We Are Family 
Semestinya.. We Are Family. :)

12 July 2012

Contest dari Bro Framestone tajaan Nandos Malaysia

Hai. bertemu lagi. seperti yang korang sedia maklum, reena ada join satu contest anjuran Bro Framestone dan hadiahnya adalah ditaja oleh Nandos Malaysia. boleh baca entry tu di SINI.


siapa yang reena minat? semestinya reena yang macho turut menyokong 100% Macho Kai. yeah! saya kipas susah mati[die hard fan] kepaa Macho Kai.


-i believe i can fly~~-


terbangnya reena dalam gambar itu menunjukkan angan2 bisa mendatangkan kenyataan. kenapa reena menjadi kipas susah mati Macho Kai?

  1. berapi-api semangat waja Macho Kai..berapinya seperti pedasnya perasa Peri-Peri Nandos itu. fuhh! berapi hingga ketitis akhir.[eh! itu ayam nandos]
  2. Merah itu lambangnya Garang.. itu bermaksud Macho Kai sentiasa bersemangat dan sentiasa akan menang.. yeahh!
  3. Aksi Macho Kai yang Macho! bisa menggugat hati pihak lawan. haa.. haa.. takut leteww.Macho Kai sentiasa bersedia untuk sebarang halangan..
  4. ketegasan Macho Kai dalam berbicara. dah semestinya itu kunci kejayaan Macho Kai

Semestinya anda yang menyokong Harry Kok berasa nak berubah fikiran dan turut menyokong Macho Kai
kepada MACHO KAI.. saya tetap menyokong anda tak kira walau apa terjadi. sentiasa berapikan semangat itu bagaimana berapinya ayam Nandos. dan MACHO KAI sentiasa dihati saya, kipas susah mati[die hard fan] 


05 July 2012

rezeki.. kenapa dia bukan aku?





Rezeki kita masing-masing telah ditetapkan oleh Allah. Islam melarang umatnya bergantung harap kepada Allah SWT tanpa berusaha untuk memperolehi rezeki sendiri. Rasulullah SAW pernah ditanya: “Pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda SAW menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik.” (Hadis riwayat Ahmad).


Hakikatnya, setiap manusia telah ditetapkan rezeki yang tertentu oleh Allah SWT. Mereka hanya perlu berikhtiar sedikit lagi untuk mendapatkan rezeki tersebut. Islam juga melarang kita mengamalkan sikap meminta-minta daripada orang lain. Kadang kala kita leka dibuai keasyikan dunia. kita leka dengan keseronokan dunia. kita terlupa yang rezeki itu datangnya dari Allah. pernah satu ketika, reena mengeluh dan bertanya pada diri sendiri. "Mengapa dia yang senang-senang murah rezeki. mudah betul dapatnya.. kenapa bukan aku? kenapa rezeki aku masih tertutup?" sesungguhnya reena tidak menyedari, kadang-kadang ada diantara amalan kita yang membuat pintu rezeki ini tertutup. 


“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak... ” Surah An Nisaa’ : ayat 100


rezeki itu ada dimana-mana. cumanya kita yang mahu berusaha atau tidak.. banyak lagi hadis yang dikeluarkan berkenaan rezeki.. “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)


mama selalu berpesan, terbit sahaja mentari pagi, disitu mulanya rezeki perlu dicari. kalau kita leka orang lain akan mendahului. hadis turut mengatakan sebaik-baiknya jangan kita tidur setelah selesai solat subuh tanpa mencari rezeki. :)


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


bukannya sukar. mendoakan kesejahteraan kedua orang tua kita setiap kali solat. sepertimana ibu bapa kita tidak lupa mendoakan kita. sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. kalau kita sering lupa padaNYA, bagaimana Allah nak ingat kita?


sekiranya sepanjang entry ini, ada kesilapan fakta hadis yang diberikan. reena mohon maaf dan perbetulkan ye. marilah kita bersyukur dengan kurniaan yang Allah pinjamkan pada kita sekarang. 


*alhamdulillah, reena bersyukur dengan kurniaan Allah pada reena. :)
** hadis diambil dari: dalil

02 July 2012

alamak gemuknya saya!



Hai semua!
gemuk? selama ni reena kurus ke? memang harapan la kalau reena kurus kan. menangis tak berlagu kalau reena dah kurus. hihi.


ini satu kisah orang-orang dalam Facebook.. terutamanya perempuan (alamak! bukan nak hentam kaum sendiri tapi err. err).. *sambung sendiri*
masuk gambar dalam FB.. dan tulis caption "Alamak.. gemuk la saya :(" .. "Kembungnya pipi saya.. T_T" .. dan sebagainya.. lagi membuat panas hati ini.. orang yang keluarkan caption tu. alahaiiii. kerus keding badannya.. 2 kali badan awak baru dapat badan saya kot. kalau badan macam awak tu gemuk.. saya ni? gergasi? =.=


apa patut saya gelar? attention seekers? atau nak bangga sebab orang puji? nak lebih jelas?




homaii.. yu see wat ai see? #OhMyEnglish


reena sebagai kaum Team Pipi Tembam, dan Team Tembun Sedunia.. rasa nak tampar lelaju kalau orang yang kurus keding buat caption dia tu gemuk.. tolonglah bersyukur.. ke cermin rumah korang rosak? yang kurus nampak gemuk?
takpe laa. reena pura-pura anggap cermin rumah korang tu ada kuasa ajaib menampakkan korang gemuk..


atau kena kurus tahap ni baru korang definisikan kurus?
ni kurus? reena rasa reena patut bersyukur dengan lemak-lemak yang ada sekarang.. dari jadinya kurus macam ni? scary kot. huu~


ceritnya disini. gemuk kurus bukan kayu ukuran apa-apa.. iman didada tidak diukur pada fizikal seseorang.. maka bersyukurlah bagaimana anda.. kurus atau gemuk, yang penting anda sihat. :)


*lepas ni reena nak buh gambar dalam FB lepas tu letak caption. 'kurusnya reena.." kalau friendlist 1000 org yang baca. dah 1000 org doa. :p