29 June 2012

Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie

Sama cantik sama padan..Irma Hasmie dan Redza yang melangsungkan Majlis akad nikah pada petang ini.
Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Bt Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer Bin Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Heliza dan Amin Idris sebagai pengacara majlis pada petang ini.


Dessert table untuk tetamu yang hadir.


Pelamin akad nikah yang indah. sangat unik. :)


manis kan beliau? berseri!


sesi pembatalan air sembahyang. 



kad Walimatul Urus Irma Hasmie yang ringkas tapi menarik. 


Tahniah kepada Irma Hasmie dan pasangan. semua bahagia kekal sampai ke Syurga.


gambar dicilok dari: Budiey, hyebro.

28 June 2012

Kontest Anjuran Bro Framestone dan Nandos



Hai Hai! Macho Reena disini. eh? belum apa-apa dah tunjuk reena menyokong Macho Kai.
siapa tak tahu nandos tu apa? angkat tangan! *baikk semua angkat tangan ye*
bagi yang masih tak tahu tu, andalah insan yang rugi kerana tak rasa salah satu nikmat dunia yang sementara ini. ecehh. klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NANDOS.






Sebelum itu, contest ini dianjurkan oleh Abang Batu kita cc: Bro Framestone. Perghh. macam tahu2 je reena sedang mengidam NANDOS!


tak perlu kata apa-apa. YES! reena penyokong Macho Kai! kenapa?
lihat betapa berapi-api semangat waja Macho Kai ni? berapinya seperti pedasnya perasa Peri-Peri Nandos itu. fuhh! berapi hingga ketitis akhir.[eh! itu ayam nandos]


Merah itu lambangnya Garang.. itu bermaksud Macho Kai sentiasa bersemangat dan sentiasa akan menang.. yeahh! 


Aksi Macho Kai yang Macho! bisa menggugat hati pihak lawan. haa.. haa.. takut leteww.
Macho Kai sentiasa bersedia untuk sebarang halangan tau.. sebab tu reena sokong beliau!


ehemm. nak tengok aksi reena yang menyokong Macho Kai???


-semangat Macho Kai!


sama tak macam ni?
so reena boleh jadi maskot nandos dah nanti. boleh bergaya ala maskot. haha!


*yang lain tengok je? jom la joinn. kalau rezeki korang menang sila belanja reena nandos!

26 June 2012

Kek Gulung Cinta Hati



tetiba bercinta-cinta hati pulak kan? hihi
sebenarnya Derhaka nama kek ni. resepi ni reena ambil dari blog Mat Gebu.. buka blog beliau ni, fuhhh.. semua kek rasa nak try buat. 
okeh mari kita mulakan dengan bahan-bahan kek gulung ni. serius senang je buat kek ni. pejam mata pon jadi. *eh? tipu sgt kalau pejam mata buat kek jadi kan.* :p


Bahan-Bahan Kek Gulung Cinta Hati:
150 gram tepung optima/sponge mix
- 3 biji telur gred B
- 30 ml air
- 30 gram mentega, dicairkan dan biar sejuk
- 1 camca teh esen vanilla
- 4 camca besar jam raspberry [reena guna strawberry]
- 3/4 cawan whipping cream *ini ada dijual di kedai jual bahan kek, cuma perlu putar sehingga kembang.
- Sedikit pewarna makanan merah


Cara-Cara memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lanser tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar tepung optima, telur dan air hingga rata dan sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan mentega cair dan gaul dengan spatula hingga rata. 
  3. Asingkan 3 camca besar dan letak pewarna merah, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih.
  4. Tuang baki adunan ke dalam loyang, ratakan. Kemudian paipkan bancuhan merah tadi mengikut corak yang anda ingin kan, samada dibuat corak marmar atau apa yang anda suka.
  5. Bakar selamat 15 - 20 minit hingga permukaan kek kuning. 
  6. Bila sejuk sedikit. Terbalikkan kek ke atas sehelai kertas minyak yang bersih. Pastikan bahagian corak berada dibawah. 
  7. Sapu jem raspberry + whipping cream tadi rata2 dan gulung kemas. Biar sekejap dan boleh dipotong.
tadaa.. dah siap. kan dah cakap senang je.. :)

 -ni part feveret! seronok tengok ada love love. <3


-kek gulung cinta hati. :)

*nahhh.. pada yang minta resepi kek ni. sila bayar rm5 ye untuk resepi ni. singgit untuk Mat Gebu, 4 hinggit untuk saya! yay~ boleh kahwin. opss. :p


Siapa aku dimata mereka?





Siapa aku pada dia dia? siapa aku pada anda? dan siapa aku pada pandangan mata mereka?
hidup ini tidak lari dari menilai dan membuat persepsi anda tentang seseorang. Namun, jangan nilai seseorang pada fizikalnya, jangan nilai mereka pada namanya dan yang paling utama, jangan nilai seseorang tanpa mengenalinya.


Jangan kerana bajunya yang compang camping dikatakan pengemis, jangan kerana keretanya mewah bergaya dikatakan orang yang mulia. Jangan kerana muka bengisnya dikatakan garang dan jangan dikatakan mukanya suci tidak berbuat jahat. satu ayat yang mudah.. 'Manusia tiada yang sempurna"... sebaik-baik seorang pakar agama, ada kekurangan dalam dirinya apatah kita ini yang jahil. tapi ia bukan bermakna kita harus berhenti di takat itu. Sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri. Jadikan kelemahan itu sebagai anjakan paradigma untuk kita menjadi yang lebih baik. 






mungkin kadang-kadang kita akan berfikir.. 'indahnya hidup dia.. kalau boleh aku nak jadi dia.' sedarlah kita bahawa kita patut bersyukur seadanya kita kerana ada orang lain yang memandang kita dan berharap mereka menjadi anda. :)


Jangan fikir aku senyum kerana aku bahagia, jangan fikir aku diam aku tiada masalah.. senyum itu sebenarnya tersimpan seribu kepahitan. sebalik senyum itu terselindung tangisan. senyum itu juga kerana aku cuba menjadi tabah dimata mereka. kadang-kadang memalsukan senyuman lebih mudah dari menjelaskan apa dihati ini.




suatu ketika.. Duduk dan pandang akan sekeliling. Jadikan segalanya perkara yang bisa menjadi pengajaran buat hidup kita. Daripada anda bercerita tentang keburukan orang lain, lebih baik perbaiki diri sendiri. Ya.. persepsi orang sangat memberi kesan pada diri. tapi tepuk dada tanya hati. anda lebih kenal diri sendiri bukan? yang buruk itu jadikan pengajaran, yang baik jadikan amalan. :)


Jangan pedulikan kritikan yang menjatuhkan anda, jadikan itu semangat baru. Yakinlah, berdiri di hadapan cermin dan berkata 'Aku bangga menjadi diri aku sendiri.. Aku bangga menjadi seperti mana aku kini.. dan aku bersyukur dengan fizikal aku kini'
masih teringat senior reena yang berpesan, jika terasa sukar dalam perjalanan hidup.. muhasabah diri:


Jika bukan aku, siapa?
Jika bukan sekarang, bila?
Jika bukan begini, bagaimana?


ia ditafsirkan sebegini: Jika bukan aku yang mulakan perubahan. siapa? Jika bukan sekarang. bila aku nak berubah? dan Jika bukan begini permulaannya. bagaimana?


mudah untuk mendapatkan semangat.. sentiasa berkata YA kepada kebaikan dan kadang-kadang puji diri sendiri. bukan untuk riak, tapi untuk sedar bahawa anda juga insan yang bertuah. :)



23 June 2012

Resepi Kek Pelangi Petang


Tadaa.. kakak kawasan mahu jadi chef pulak harini. hihi
kek Pelangi petang.. warna dia sangat menarik hati.. boleh tersenyum tengok kek ini.:)
kek ini rasanya sedikit manis masin2.. disalut dgn cream cheese. sedap!


Resepi Kek Pelangi:
- 3 cawan tepung gandum*
- 4 sudu kecil baking powder*
- secubit garam halus*
- 1 buku butter
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 1/2 cawan susu segar
- 5 biji telur
- 2 sudu esen vanila
pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu

topping:
- 1 buku creamcheese
- 1 cawan gula ising
- 1/2 cawan butter



Cara-cara memasak:

  1. Panaskan oven 15minit dengan suhu 170c.
  2. Ayak semua bahan yang bertanda *
  3. pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
  4. masukkan putih telur dan pukul sehingga gebu
  5. masukkan esen dan pukul sebati
  6. masukkan bahan diayak tadi selang seli dengan susu segar.. dan pukul perlahan.
  7. bahagikan adunan kepada 6 bahagian. masukkan warna dan kacau sebati.
  8. masukkan satu bahagian dalam loyang 8' yang dialas dan digris.. bakar selama 10-15 minit dalam suhu 170c.
  9. ulang sehingga habis semua warna. 
untuk setiap layer, reena sapukan dengan creamcheese. [boleh gunakan fresh cream atau butter cream]
-untuk topping pukul semua bahan sehingga kembang dan sapu ke seluruh kek.
-ikut kekreatifan masing-masing untuk deco ye. (reena kemalasan nak deco kek mase ni, hihi! yang penting kek ni sedap!)

*kek ni dah lama buat tapi masih berhutang resepi sebab ada yang minta. ekceli reena pon google je resepi. sekarang semuanya mudah. segalanya dihujung jari. google dan siap! :)

22 June 2012

Jom Melawat Perak: Taman Tasik Taiping



Hai semua.. kakak kawasan lapor diri nih. hah. entry ini berceritakan tentang Taman Tasik Taiping.. (Gambar diatas dah menunjukkan keindahan Taman Tasik Taiping)


Taman Tasik Taiping terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau dan Pokok Hujan-Hujan atau 'Samanea Saman'. Pokok Hujan-Hujan ini berusia lebih 125 tahun yang membentuk kanopi semulajadi yang indah di Taman Tasik Taiping. Ia merupakan taman awam pertama di Malaysia.


Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. Ia merupakan idea dari Residen British di Perak Robert Sandilands Frowd Walker. Dilakar oleh perancang bandar Charles Compton Reade. Ianya menjadi tumpuan sehingga kini. 


ini pokok Hujan-Hujan yang membentuk kanopi di laluan Taman Tasik Taiping.

jom lihat lain lain gambar di taman tasik taiping. :)


 keindahan Tasik Taiping




Kayak Itik..




Laluan jogging di Taman Tasik Taiping


Pondok bersantai..


sudah ternyata keindahan semula jadi di Taman Tasik Taiping ini kan? selalunya ia menjadi lokasi pilihan bagi pengantin baru untuk membuat photoshoot outdoor.


bagi yang berminat nak kayak itik boleh lihat gambar dibawah:
Harga bagi yang berminat nak naik boat itik/sampan/ferry.


Aktiviti yang boleh dilakukan:
- berjogging
- berkelah bersama keluarga
- sesi photoshoot perkahwinan/modeling
- bersantai
- kayak itik


Tempat-tempat menarik di sekitar:
- Zoo Taiping/Safari Night
- Bukit Larut/Maxwell
- Burmees Pool
- Muzium Taiping
- Tugu Peringatan Perang


apa lagi korang tunggu? jom la melawat Perak. :)


*nanti kakak kawasan update hotel/tempat penginapan dan makanan yang menarik di Taiping pula ya. :)

19 June 2012

Jom Melawat Perak: Bukit Larut



Hai semua!
Sebelum ini reena ada ceritakan sedikit Sejarah Bandar Taiping kan? dan entry ini, reena nak kongsi salah satu tempat Wajib korang datang kalau singgah di Taiping. :)

Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km dari bandar Taiping dan lebih kurang 1250 meter dari paras laut dan merupakan kawasan peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia. nampak betapa warisannya Bandar Taiping?
Nama Bukit Maxwell juga diambil sempena nama pembantu Residen British pertama di Perak, George Maxwell

Di pertengahan bukit tu terdapat 'Tea Garden House' dimana dahulunya adalah sebahagian ladang teh diatas bukit tersebut. juga terdapat rumah-rumah peranginan di atas bukit yang kini dibuat sewa bagi yang ingin bercuti bersama keluarga. 

jom lihat gambar-gambar Bukit Larut/Bukit Maxwell

 bukit Maxwell..


 Tempat untuk bersantai diatas..


 Bukit Maxwell yang tingginya kira-kira 1036 meter dari paras laut.


 keindahan flora dan fauna di bukit Maxwell.


 jambatan gantung. juga boleh dibuat tempat bersantai.

 jeep/land rover yang digunakan untuk mengangkut penumpang dari kaki bukit ke atas.


keindahan persekitaran atas bukit larut.

salah satu rumah penginapan diatas bukit Maxwell. 

peta lengkap Bukit Larut.

Perkara anda boleh lakukan di Bukit Larut/Bukit Maxwell:
  • -jungle tracking
  • -bersantai bersama rakan/keluarga
  • -bermalam diatas bukit. [terdapat rumah2 yang disewa dengan harga berpatutan]
  • -menikmati keindahan alam semula jadi

Bagaimana untuk keatas bukit larut/Bukit Maxwell:
  • -berjalan kaki ikut jalan trek.
  • -menaiki Jeep/Land rover [bayaran dikenakan seorang RM6 naik dan turun]

Lain-lain tips:
  • -Bagi yang ingin menaiki Jeep keatas bukit Larut, jika anda tidak tahan dengan jalan bengkang bengkok, disyorkan membawa minyak angin atau asam untuk mengelakkan pening kerana jalannya banyak selekoh tajam.
  • -pastikan anda membawa makanan untuk bersantai diatas kerana cafe di bukit tidak berfungsi [maklumat lebih tepat sila bertanya pengawai bertugas]
  • -pastikan anda membawa kamera untuk mengambil gambar kenangan di kelilingi keindahan alam.

Maklumat lanjut korang boleh hubungi:
  1. Pejabat Bukit Larut : 05-8077241/243
  2. Tourism Malaysia Perak : 05-2552772 / 9962 / 5055

*rujukan lain: tourism.my , taiping

*lokasi seterusnya? tunggu kakak kawasan update ye. :)

15 June 2012

Jom Melawat Perak: Sejarah Taiping

-Sunset di Taman Tasik Taiping-


Tadaa.. bila kakak kawasan mahu bercerita tentang Sejarah Taiping.. 


Taiping yang kini digelar Taiping Bandar Warisan.. Taiping dahulunya merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.Nama Taiping ini sebenarnya dari bahasa Hakka yang bermaksud 'AMAN' 'DAMAI'. 


Taiping bandar warisan yang mewakili 31 Perkara Pertama di Malaysia ini dahulunya adalah bekas bandar perlombongan dan pusat pentadbiran negeri Perak. Segala warisan sejarah bermula dari penjajahan British hinggalah kepada pendudukan Jepun masih dapat dilihat hari ini di sini. Pembangunan awal Taiping banyak dipengaruhi era British iaitu semasa Sir Hugh Low dan Frank Swettenham menjadi Residen Perak.


jom lihat beberapa bangunan di Taiping yang masih berkonsepkan Inggeris.




 Muzium Taiping - Muzium tertua yang dibina pada tahun 1883




pasar Taiping yang kini masih teguh digunakan. 



 Pejabat Tanah dan Daerah Taiping - Dibina pada 1898




Menara Jam Taiping - Asalnya dulu balai polis dan balai bomba.


setelah reena letak gambar-gambar tu. terbukti kan Taiping ini Bandar Warisan. Struktur bangunan masih penuh dengan warisan. 


*tunggu entry seterusnya untuk ke lokasi menarik di Taiping. :)


*sumber gambar : google
*sumber maklumat sejarah taiping: wikipedia, kosmo

Tahun Melawat Perak? Jom Jalan2 bersama Kakak Kawasan.


salam jumaat semua!
moh dekat sini moh.. teman nak kabor ke mike.. mike mike semua tahu idok sekarang ni Tahun Melawat Perak? haaaa.. [opss~ tetiba reena cakap perak yang tak berapa nak perak]
bukan ape, reena ni orang Taiping. makanya cakap dah loghat Utagha]

sebenarnya Blooger Perak sendiri buat segmen 'Jom Melawat Perak'.. ini adalah untuk menyedarkan semua blogger blogger yang berada di Perak untuk mempromosikan negeri Perak. sekarang semuanya canggih. maklumat dihujung jari kata orang.. mana tahu orang search je lokasi di Perak. haa. melekat dorang rujuk blog.. 

Reena khasnya nak promote Kawasan Taiping. guwa kan kakak kawasan Taiping[gelaran dalam Blogger perak] hihi. so nantikan entry yg lain mengenai TAIPING..

MOH LE YOEP YONG.. kita melawat PERAK hoii. *ok over* bai..

cinta pertama







Gratisan Musik

masih ada orang percayakah pada cinta pertama? 
kata orang, cinta pertama itu besar kesannya. 
mungkin juga ada yang kata.. sejauh mana kita lari.. pasti kita kembali pada cinta pertama?
ianya mungkin kebetulan.. yang sebenarnya ialah jodoh..
'larilah sejauh manapun, jika ditetapkan ia jodoh kamu, maka akan bersatu juga..'
tak kira ianya cinta pertama atau bukan..


cerita tentang cinta pertama ataupun 1st love. buatkan reena teringatkan lagu Utada Hikaru-First Love.. lagu yang sedang diputarkan di music player. 


'you will always gonna be my love'.. :)
sampai bila pun, cinta pertama tetap menjadi yang pertama. walau digantikan dengan yang lain.. 
alamak! tetiba rasa geli pulak nak berjiwang sekarang..
bagi yang nak tahu translation lirik First Love-Utada Hikaru ni boleh klik sini.


semoga jodoh tak sesat lagi..:)


*bagi yang tak tengok lagi blog baru reena, jom klik Reena Bakery

14 June 2012

ReenaBakery dibuka. :)



Assalamualaikum semua..
reena baru je buat blog baru.. blog online bakery, mohon sokongan dari korang semua.
blog tu masih dalam proses pembikinan.. banyak lagi yang tak lengkap.


REENA BAKERY <--- boleh klik sini untuk ke blog itu.


tadaa tadaa.. header blog tersebut yang tak secantik mana. 
bulan puasa dah semakin hampir, kuih raya akan mula dipromosikan. wait and keep in touch dengan blog ReenaBakery ok?

13 June 2012

#WordlessWednesday senyuman


#i can easily fake my smile. :)

11 June 2012

Rahsia





kadang-kadang ada perkara yang tak mampu kita ceritakan, tapi sebenarnya perkara itu yang sangat dirindukan. RAHSIA.. dalam hidup pasti ada rahsia. yang semestinya tidak dapat dikongsikan. mengapa? kerana ianya rahsia..


percaya atau tidak setiap manusia ada satu rahsia yang hanya disimpan sendiri? mungkin simpan selama-lamanya atau ada seorang teman baiknya yang dijadikan tempat meluahkan segala rahsia yang terbuku. bagi reena, ada perkara yang lebih baik disimpan kerana tak semua itu akan dapat pengakhiran cerita yang sempurna.




mengapa wujudnya rahsia? kita takot menghadapi kebenaran itu.. mungkin rahsia itu adalah rahsia yang disembunyikan dari orang lain.. ataupun rahsia yang kita cuba sembunyikan dari diri sendiri? kebenaran yang menghantui kita, dan kita sedaya upaya menafikannya.. nampak tak betapa ngerinya RAHSIA itu.. Rahsia itu kadang-kadang bisa berlaku kejam dengan kita..




bila kita berahsia, kita pasti cuba mengelak dari diceritakan lagi perkara yang sama..
nak diceritakan pada teman? ada kalanya terlalu terhad untuk diceritakan..


apa yang pasti.. kita hanya mampu berkongsi rahsia kita itu bersama Allah.. segalanya mampu diceritakan padaNYA.. menangislah disujudNYA.. ketenangan yang dicari pasti anda temui. :)


tiada rahsia antara kita dan Sang Pencipta. kerana hidup ini umpama ada CCTV kekal.. sembunyi ke lubang cacing sekalipun, ALLAH melihat kita. :)


*awak rahsiakan yang awak sukakan saya? tak baik tau rahsia perkara baik. :p 
[ok gurau]

09 June 2012

Selamat Hari Lahir Mama

HAPPY BIRTHDAY.....

tanggal 8 Jun 2012. itu hari lahir mama. tapi digabungkan 3 dalam 1. birthday anak buah reena 14 Jun, dan birthday kakak reena 25 Mei. #Untunglaaa birthday dekat2. :p
maka mama buat sedikit kenduri doa selamat/kesyukuran. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
jom biarkan gambar bercerita. :)

Mama dan Iff'wat.. Happy Birthday! :)


Bibik Yati, Kak Asmidar dan PAPA. :)


nampak disitu? siap pasang khemah okeh.


 -jiran tetangga yang turut hadir meriahkan majlis.-


 -another jiran-

fyi: jiran2 reena disini semua non muslim. ada satu rumah je yg orang melayu. 


 -okeh ini abg long taiping.:p abg guwa laaa!


 -sanak saudara~ makan dik makan.. 


 sibuk memotong kek untuk dijamukan pada tetamu.. :)


 -orang surau yang membacakan doa. 


 -Kek Sponge Cappucino.. okeh ini reena yang buat ye. :)


-anak2 mama. mama: "ramai plak anak mama malam ni. tetiba semua dah besar!" hihi

seperti biasa. kalau kakak kawasan buat majlis. mesti ada budak2 Blogger Perak. :)

tetiba nak kongsikan cerita ini:
MAMA: meriahkan majlis ni. siap ada khemah. dah mcm kenduri tunang/kahwin anak mama dah..
ME: tu la mama besar betul mama buat kenduri.
MAMA: tak lama dah letewww anak mama ni nak kahwin.
ME: =..=" ape la mama niiiiiiii.. calon ponnn takde lagi. huu

*persoalannya kenapa mama tuju kat guwa? abg guwa tak kahwin lagi ouhhhh.. #dushdush [tumbuk muka sendiri]

maka dengan ini, selamat hari lahir mama, iffwat dan kakak. semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati ALLAH selalu. amin..

*kalau bebudak Blogger perak yang baca entry ni. perkara pertama is dorang akan detect taipo. KAN? :p