31 May 2012

Jom join 'Giveaway dari Cik Reena Tan'







Salam.. kali ni reena nak buat GIVEAWAY untuk semua.. 
tak perlu susah-susah fikirkan idea.. yang penting ikut syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT-SYARAT:

  1. Korang perlu buat satu entry bertajuk 'Giveaway dari Cik Reena Tan'.
  2. Sertakan link entry Giveaway reena ni dan promotekan.
  3. Berikan 3 komen korang mengenai blog reena. (ikhlas.. nak kutuk pon silakan)
  4. Terpulang pada korang nak follow atau tidak. :)
  5. Tinggalkan link url entry giveaway korang diruangan komen entry ini dan sertakan email anda. 
syarat yang mudah? tak payah buat entry panjang2 lebar pon ye. simple2 aje.
eh? eh? hadiah Giveaway? 

Voucher bernilai RM250 ke Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur.

Tarikh tutup giveaway: 31 Mei 2012

*kepada yang baru nak kahwin, buleh join. kot2 menang rezeki nak naik pelamin.haa. buleh hanimun. hihihi :)

28 May 2012

Permainan Hati


LOVE.. atau dalam bahasa melayunya CINTA.. 
itu permainan hati yang ada kalanya indah namun adakalanya menyakitkan sehingga ada yang sanggup merosakkan diri kerana CINTA..
Dilihat seperti indah belaka. namun percayalah. jangan terlalu gembira dengan apa yang anda miliki sekarang kerana Allah akan tarik bila-bila masa sahaja. 




"Its hard to pretend you love someone when you don't, but its even harder to pretend that you don't love someone when you really do."


Ya.. ini salah satu permainan hati yang sering membelenggu diri kita. 
Sukar untuk berpura-pura cintakan seseorang yang anda tidak cintainya.. Namun anda lakukan kerana ingin menjaga hatinya? Yakinlah sebenarnya anda sedang menyakitkan hati anda sendiri. malah akan mengecewakan hati insan tersebut. 


Malah lebih sukar untuk menafikan cinta terhadap orang yang benar2 kita cintai. menafikan sesuatu yang benar. nak menafikan memang mudah. tapi hati yang sakit. hati yang menanggung? hanya mampu tersenyum.. tersenyum bukan untuk menutup kesedihan. tapi dengan harapan kesakitan yang dirasai terubat. :)


Hebat bukan permainan hati itu? tersalah sedikit langkah, maka hancur sepasang hati.. 


"If you love me, let me know. If not, please gently let me go."


bak kata pepatah "kalau padi kata padi, tidak aku tertampi tampi. kalau benci kata benci, tidak aku ternanti-nanti"
kalau cinta luahkan.. bukan semudah itu. banyak hati yang perlu kita ambil kira. mungkin juga berfikir-fikir takut cinta itu ditolak. mungkin juga hiraukan nilai persahabatan itu hilang bila cinta itu diluahkan. Nampak permainannya disitu?
Lepaskan ia pergi jika tidak mencintainya.. hmm. terlalu banyak sukarnya. ada rasa sayang tapi tidak menyinta. mungkin rasa sayang itu atas dasar kesian. 


permainan hati memang tak pernah hilang dalam diri setiap insan.


apa yang pasti Cinta pada Maha Pencipta itu lebih agung. :)
jangan pernah rasakan cinta anda dirampas sebaliknya bersyukur kerana ALLAH bakal mengantikan dengan yang lebih baik. 


"whatever burden you have in your heart, have faith in HIM. and let it go.."


bercintalah dengan Agama.. bercintalah dengan Allah.. kerana DIA lebih mengetahui segalanya. menangislah ketika bersujud padaNYA. Insyallah ada jawapannya. :)


*Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya, kemana hilangnya sinar? rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 

24 May 2012

Sebuah Pengakuan.. :)








Gratisan Musik

"Oh Tuhan, aku bukanlah ahli surga
Juga tak mampu menahan siksa neraka
Kabulkan taubat ampuni dosa-dosaku
Hanyalah Engkau pengampun dosa hamba-Mu
Dosa-dosaku tak terhitung bagai debu
Ya Illahi terimalah amal taubatku
Sisa umurku berkurang setiap hari
Dosa-dosaku makin bertambah Yaa Illahi
Hamba yang berdosa datang bersimpuh
Menyembah-Mu
Mengaku menyeru dan memohon ampunan-Mu"

Selalunya aku menangis kerana cinta manusia yang tidak berkesudahan.. dan kini aku tak malu untuk mengaku. tika saat ini, aku menangis kerana cinta kepada yang agung. cinta pada ALLAH. :')

sebelum saya mulakan bicara. izinkan saya bertanya. Adakah salah jika saya jadikan seseorang itu sebagai tunggak perubahan saya ke Jalan ALLAH? Ya. saya jahil dalam agama. banyak perkara yang masih kosong. yang pastinya saya terjumpa seorang SAHABAT. terdetik dalam hati untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. aneh perasaan itu. makin membuak-buak. keinginan yang mendalam tapi tak mampu dan tak tahu nak mulakan dari mana.

Tepuk dada, tanya hati.. saya tahu sejauh mana kejahilan saya, anda juga pasti tahu sejauh mana jahilnya anda. saya tahu mana silap saya, anda juga pasti tahu dimana silap anda. Jujur saya akui, perasaan ini bukan seperti biasa. sangat aneh. seperti mencari sinar baru tp hilang punca. 

Saya tak menyesal hilang cinta seorang manusia.. sebab saya mendapat cinta baru. cinta pada Allah. cuma saya masih baru bertindak. orang kata 'menuju ke jalan ALLAH selalunya dipermudahkan' kan? mudah-mudahan. saya mohon rakan sekalian agar doakan saya. semoga anda semua menjadi semangat saya untuk perubahan kearah kebaikan. 


"Although they plan, Allah also plans. And Allah is the best planners." -Suraj Al-Anfal:30

terima kasih SAHABAT.. saya terkesan dengan nasihat-nasihat kamu secara tidak langsung. Harap kamu juga mendoakan yang terbaik untuk saya. :)
saya harus bermula dari bawah semula. 
semoga kita semua dibawah payung rahmat ALLAH selalu. 

*nukilan diatas adalah seikhlasnya dari hati. hati yang sedang mencari sinar keredhaan.:')

21 May 2012

telanlah walau ianya pahit. :)


"Kadang-kadang ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana ALLAH tahu kita berhak lebih baik daripada itu"

mungkin sukar untuk kita terima hakikat itu. terasa perit ditekak seperti ada sesuatu yang tidak tertanggung, tapi sebenarnya perit itu hadir dari hati. Namun, tersenyumlah anda.. walaupun ianya palsu. ukirkan senyuman itu. telan sendiri dan simpan sendiri.. kerana tak siapa yang akan fahami hati kita, malah lebih menyedihkan kadang-kala kita sendiri tak mampu memahami apa kehendak hati kita. 

"Faking a smile is easier than explaining why you are sad"

namun kita harus bersyukur. mungkin kita tak dapat yang yang kita mahu, tapi ALLAH dah aturkan yang lebih baik untuk kita. 'Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan'. hidup ini juga terlalu singkat untuk kita bersedih, jadikan ianya sebaga sebagai kesempatan untuk kita bangkit dan hadapi masalah itu. :)

"Everyone want's happiness. Nobody want's pain, but u can't have a rainbow without a little rain.."

Ya benar.. tiada siapa yang mahukan kesakitan. namun jika tiada pengorbanan manakan tiba kebahagiaan yang dicari? kita mungkin cintakan orang yang salah, menangis kerana orang yang salah. namun satu perkara yang pasti ialah kerana orang yang salah itu alasan kita bertemu orang yang benar. :)

*kita selalu berkata, 'langit tak selalunya cerah, namun percayalah bahawa langit juga tidak selalunya gelap' :) wake up and move on.


12 May 2012

Gian pancing Jodoh. EH? ikan!

*ni betul2 pancing jodoh* keh keh keh keh!


ehemm. kedengaran bunyik kegatalan disitu. 
jangan nak miang cengkerik sangat wahai cik reena tan.. haha! [mentang2 entry pasal pancing, miang cengkerik pon bulehh] :p


seperti pernah dinyatakan dalam entry sebelum ini. atok muncet yang bawa reena pergi mancing kan? sebenarnya kami pergi kadang-kadang berempat. kadang-kadang bertiga. ditemani mama dan pakcik.


acane boleh start hobi memancing ni? sebenarnya mama sering g rumah atok muncet dan menjala walaupun saya berada jauh dia Kuala Lumpur. nampak tak pakatan mereka disitu. :p dari menjala, berjangkit ke aktiviti memancing. dan reena ni bile ade geng memancing, sgt best! lagi2 semua atok muncet tolong pasang. joran, mata kail, batu ladung, sampailah ke umpan. hihihi! *bawa badan je selalu*


dan selalunya kalau pergi memancing mesti reena dapat ikan paling banyak. heh. mama panggil reena 'juara pancing'. konon la kan. atok muncet pulak kedengkian cakap reena mandrem/goda ikan tu. haha! boleh plak reena pikat ikan tu kan? baik reena pikat jejaka kacak je abang! :p setiap kali memancing, hasilnya tidak mengecewakan. nak tengok?


ni hasil memancing di lombong..


ini jugak hasil memancing di lombong. ikan talapia! sedap dimasak sambal. *terliur*


muka eksaited dapat ikan ketuka [anak pari]


maka dengan itu. jangan anda pandang sebelah mata dengan puteri bunian bersara ni. bakal nelayan berjaya oke kata abam reez. hihi. bila dah kerap mancing, seriusly jadi gian. seronok tahu? lagi2 bila dapat ikan besar. 


*sekarang je dah kurang sket aktiviti memancing ni. kalau tidak tiap2 hari pergi. 











11 May 2012

bila jodoh tiba? persiapan menyusuri..





"Ya Allah..Seandainya dia jodohku, maka dekatkanlah dia di hatiku, suburkanlah rasa sayang aku padanya, berkatilah perasaan itu..namun sebaliknya jika dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dari aku. Tutuplah pintu hatiku kepadanya...Amin"


seperti yang reena pernah nyatakan. jodoh itu rahsia Allah. ia tiba bila sampai masanya. reena pon tidak pasti bila tibanya jodoh itu. 


cuti sekolah bakal tiba. ramai rakan-rakan yang bakal menamatkan zaman bujangnya. tahniah buat kamu semua. semoga kekal bahagia sampai ke syurga. :)


benar jodoh itu rahsia Allah. tapi bila jodoh tiba? maka persiapan mula menyusuri.. satu demi satu persiapan perlu dilakukan. adakah anda bersedia menjadi suri dalam hidup si suami? bersediakah anda? ungkapan 'nak kahwin' itu mudah.. tanggungjawabnya tak semudah ungkapan. 


si hawa berkata kepada sang adam "kalau takut nak menanggung dosa si isteri kelak, kenapa tak bersifat membimbing dan memimpin?" 
sang adam pula berkata kepada si hawa "dan tahu nak jadi isteri, kenapa tak berubah menjadi lebih baik?"


dalam hidup kadang-kadang perlu ada prinsip memberi dan menerima. jangan menjadi insan yang hanya mahu menerima tapi berat tangan untuk memberi. kaitannya? 
ya mungkin si hawa mahukan bakal suami yang bisa membimbingnya kelak. tapi si hawa juga perlu membantu dirinya merubah ke arah kebaikan, bukan sekadar hanya berharap. begitu juga sebaliknya. 


reena berkata seolah dah menjadi ahli falsafah rumah tangga. tak semestinya korang harus ikut semua yang diperkatakan. mana yang baik, ambil jadi teladan. mana yang buruk mungkin dijadikan sempadan. :) yang pasti reena sendiri bukanlah sesiapa. 


*semoga kita semua dipertemukan jodoh yang tepat.



Hukum memakai inai lukis(henna) mengikut syarak

sebelum ini reena pernah buat entry berkenaan "Kenapa inai lukis diharamkan?". di entry sebelum ini rujukan adalah daripada Ustaz Nor Amin. dan setelah dirujuk semula dari portal e-Fatwa


Keputusannya ialah:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
maka dengan itu. tidak salah sebenarnya memakai ini lukis. kenyataan ini telah dikeluarkan dari e-Fatwa JAKIM. harap pengkonsian ini sedikit sebanyak dapat memberi rujukan buat semua. :)

*musim kahwin akan tiba tak lama lagi. :) tetiba dah terasa nak pakai lagi inai lukis.hihi

09 May 2012

bila perunding insurans mengorat customer.



mengorat? ok itu tipu.. jom lihat perbualan antara reena dan perunding insurans ini. 


IC: selamat sejahtera cik. buleh saya tau siapa cakap disana?
Me: owh. nama Sandereena.
IC: ape? candereena? 
Me: =.= SANdereena. S.A.N. 
IC: owh cik sandereena.. kami disini menawarkan life insurans yang memberi benefit. bla bla bla bla.
Me: ok. ermm. ye.. owhhh. oke.
IC: bahasa melayu cik sandereena sangat fasih la.. i tot u bukan malay tak la sefasih ni.
Me: err. actually memang saya melayu pun.. tapi saya mix. 
*nama wa ni tak macam nama melayu kaaaa* =..=
IC: owhh. mix ape tu?
Me: malay mix chinese. 
IC: owhh. mesti cantik kan? single ke nih?
Me: *duhhh.. mamat ni nak jual insurans ke nak ngorat nih?* errr.
IC= Insurances consultant


sebenarnya tak anggap dia nak mengorat pon. memang skill comunication untuk meredakan suasana tegang. tapi yang tak boleh terima dek akal nurani ni. adeke dia ingat reena ni bukan melayu. =.= sedeh ai tau. naseb tak pura2 cakap cina tadi. haha!


apa perasaan korang bila insurance consultant ni call dan bebel tanpa henti? pasti rasa annoying kan? orang taknak dah la. takyah la call promote2 lagi. nak marah? tu tugas dorang. sebab reena hampir terjebak dalam bidang insurans ni.. dan inilah bidang yang paling reena tak suka. sebab apa? orang yang promote insurans ni selalu dirasakan annoying.. dan reena bukan jenis yg suka memujuk atau memaksa. itu bukan reena. :)


*pernah korang alami situasi sebegini? jom kongsi.

08 May 2012

Jodoh itu rahsia terindah..


Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan..
Ya. jodoh itu adalah rahsia terhebat dan terindah yang ALLAH ciptakan untuk kita. mungkin anda jatuh cinta pada si dia. tapi adakah itu Jodoh anda? 

mencintai tak semestinya memiliki. ada jodoh, tak perlu cinta.. sekelip mata pasti menjadi milik kita yang hakiki. dan ketika itu, baru rasanya kemanisan cinta. :) 
jangan persalahkan takdir kerana kita bertemu dengan orang yang salah. tapi ianya memberi kita peluang untuk mengenal yang lebih baik. 

janganlah kau bersedih kerana cinta tidak kesampaian. *mesti tipu kalau tak bersedih kan?* berpada-pada bersedih, jangan sampai mudaratkan diri.
kadang kala.. rahsia itu perlu.. tidak semua perkara perlu dihebohkan sedunia. biar sampai dah betul-betul menjadi hak milik anda. dan ketika itu, tiada halangan lagi untuk anda ceritakan.

mengapa reena berfalsafah lagi tentang cinta/jodoh/hati dan perasaan? bila umur makin meningkat, ya terasa perkara sebegini bukan lagi main-main. tiada lagi cinta monyet. bukan lagi masa untuk mencari cinta suka-suka. tapi dah tiba masa mencari cinta sampai mati. fuhh. ayat power saje! 

kita tak tau siapa jodoh kita sehingga tertulis oleh maha pencipta bila tiba saatnya. mungkin lepas ini, diam-diam lebih baik dari heboh sana sini. mudah-mudahan hubungan itu terjalinkan dengan niat ikhlas, tulus hanya kerana ALLAH. :)

*indahkan kejutan rahsia yang ALLAH berikan kepada kita.

06 May 2012

bila puteri bunian pulang ke buminya..

Masih ingatkah anda pada bunian ini? satu ketika dahulu puteri bunian ini mengganas di burmese pool. dan Puteri bunian ini jugak yang pernah masuk ke majalah Remaja baru baru ini. setelah lama beliau mendiamkan diri kerana hilang saktinya. sudah kembali menjadi manusia biasa.

dan kini bila hari ini ianya kembali ke tempat asal usulnya. sikit lagi nak bertukar. tapi lupa pulak bawa costume bunian. selendang bunian pulak dicuri. apalah malang nasib kau puteri bunian. :p

kawasan bunian yang dicemari manusia. padanlah kuasa aku semakin lemah. :( 
*air terjun pecah batu*


puteri bunian tanpa costume.. tapi masih bertenggek diatas batu. mencari haluan pulang ke dunianya. i iz sad. :(

sebenarnya entry ini adalah dongeng semata-mata. dulu pernah kena tegur dengan kawan. 'kang tak memasal je ko kena sorok dgn bunian' yang penting saya tak kacau dia. takde pape kot. :) motif disini adalah. tetiba tadi masa pergi memancing di air terjun pecah batu, trong ni. rindu pulak semasa photoshoot bunian. hihi. ini aktiviti hujung minggu saya. meneman mereka-mereka memancing ikan. kt air terjun ni reena tak terer. kalau kat laut. kat lombong seronok sket nak mancing. 

*ade yang cakap wa nampak gemok dalam gambar tadi. sobs. mungkin sbb efek pakai baju garis melintang tu kot. (nak jugak salahkan bende lain :p)

03 May 2012

Jujurkah kau pada hati?



"Sometime its hard to say NO when you really mean YES.Its hard to forget when you really can't and the hardest is to go when you really want to stay"


cuba anda renung seketika.. dalam tempoh sehari, berapa kalikah anda tipu hati anda? berapa kalikah anda tipu hati orang sekeliling anda? pasti ada walau sekali kan.


malah diri sendiri pun seringkali tak jujur pada hati walau hakikatnya anda berat nak menipu.. sukar untuk mengatakan tidak bilamana anda betul2 katakan ya. tapi kadang-kadang kita terpaksa menipu diri sendiri demi menjaga hati orang lain. rasa seperti hidup didunia ini hanya untuk menjaga hati orang lain. 


kadang-kadang berkata jujur dan membuat seseorang tu menangis lebih baik daripada berbohong yang membuatkan dia tersenyum. ini kerana, senyum yang dicipta itu adalah palsu. satu hari nanti, bila kebenaran diketahui, ianya lebih pedih dan pahit. kesihan hati kita kan? sering terluka dan dilukai. 




"The worst feeling is when someone makes u feel special, then suddenly leaves u hanging, and u have to act like u dont care at all."


tiada kata yang mampu diungkapkan. pejam mata, selami hati. dan anda akan rasa bagaimana jika diperlakukan sebegitu. mengapa cipta kenangan jika kenangan itu harus dilupakan. :)


*bermadah, berpuitis lagi reena kali ni. coming soon, reena bakal buat blog baru. tunggu ye. :)


gambar dishoot oleh: Cha
talent : Reena :)

02 May 2012

Mei sudah tiba..


Hei.. pejam celik pejam celik. dah hampir separuh tahun 2012 kan? pantas waktu berlalu. 
kadang-kadang tidak terkejar masa yang lari meninggalkan kita. dan kita masih terkedek-kedek tiada kemajuan dalam diri. Ya! itu saya tuju pada diri sendiri. :)


permulaan bulan lima yang agak mengecewakan diri. kerana saya sendiri tak pasti dimana diri saya sebenarnya. matlamat yang masih kabur. masa depan yang masih dibina.. saya terasa rugi hidup saya selama 23 tahun dan 18 hari ni. pasti semua nampak saya sepertinya ada apa yang diingini. saya tersenyum sana sini. tapi hati kita tiada yang nampak bukan? itu kenyataan dan itu hakikatnya. tiada siapa bisa memahami hati kita. *ahh sudah bercerita tentang hati lagi*


buka fb, makin ramai rakan-rakan bakal menamatkan zaman bujang beliau. tahniah semua! reena tumpang gembira. :) bila ditanya empunya diri bila lagi? harus saya jawab 'jodoh saya tersesat tu..' tipu la kalau cakap takde rasa nak kawen. gilo kot. cuma jodoh tak sampai lagi. org cakap, kalau jodoh dah sampai. sekelip mata je. dan tetiba 'eh? aku da kawen rupenye..' hihi.


mungkin ada yang perasan, penulisan reena dalam blog semakin panjang lebar. semakin formal kadang-kadang. ada juga yang asyik isu hati, dan soal perasaan. sila baca semula tagline ye 'bila hati berbicara' :) maka semua yang ditulis semakin dari hati, semakin jujur dan ikhlas. mungkin bosan disitu. *terlalu banyak mungkin*


dan kesekian kalinya. selamat datang bulan lima. dengan harapan, bulan lima ni dapat memberi keberkatan buat semuanya. 


*yeah.. bulan 5 jugak memberi banyak makna dalam hidup aku satu ketika dulu. :)