29 February 2012

jemputan majlis bertunang Cik Reena Tan





tiada angin.. tiada guruh.. tetiba nak jemput majlis pertunangan?
inilah jadinya apabila permintaan keluarga terchenta..
memang tak dapat dielak.

hari ni dah 29hb..
dan 31hb ni adalah tarikh keramatnya.
sesiapa yang free, silalah jemput ye. :)
masih tak percaya? bermimpi?
sungguh reena pon tak percaya..
kenapa jadi begini..
tapi korang perlu percaya..




















YA! korang perlu percaya yang korang ditipu. :p
manade hari ke 31 bulan dua nih. hee~
saje je nak buat entry sempena 29hb nih.
TAHUKAH ANDA, 4 tahun sekali baru ade hari ke 29 untuk bulan DUA. :)

#maaf kalau ade yang tertipu. :p

26 February 2012

bila Cik Reena Tan shopping kasut.

hai semua!
dah lama sangat entry blog ni takde pasal diri sendiri kan?
tapi bukannya ada cerita yang best untuk diceritakan.
cume kali ni, reena nak kongsi cerita membeli belah kasut.

sebenarnya kelmarin dulu, tiga hari seminggu yang lepas
[err.. bila sebenarnya?]
tak kisah la bila. tapi yang penting, reena dapat voucher dari PADINI.
bukan banyak pon. rm10 je. tapi rugi jugak kalau tak guna kan?
so semalam jenjalan ke Taiping Sentral carik la Vincci memandangkan dah lama tak beli kasut baru.

seperti biasa.. Vincci sekarang dah tak banyak design cantek. so agak sukar untuk mencari dan memilih.. reena prefer cari RED MODDANI. [tu je kedai2 kasut yg ade kt taiping]

pusing-pusing.. try sini.. try sane.. 
pusing lagi.. ambik satu..
pusing lagi.. ni kot better..

ini antara pilihan awal~

sungguh terpikat dengan yang warna merah tu..
tapi dipengaruh oleh kakak terchenta untuk tidak memilih yang warna merah.
dan akhirnyaaa..

 ini yang menjadi pilihan..


riben dan tumit yang hijau.. 

seperti biasa.. wa akan segera merasmikan kasut tu.
kalau tak, satu rumah wa tawaf dengan kasut baru..
kbai~

*itu tabiat buruk wa. kalau ade kasut baru mesti nak try pastu pusing2 kt rumah. =..=


25 February 2012

Ana Raffali kahwin: Tolong ingatkan aku~

Kata Ana Raffali " TOLONG INGATKAN AKU!"

baru khamis lepas Lisa Surihani dan Yusry selamat diijabkabulkan. dah sampai giliran gadis ayu Ana Raffali dan Naim pulak..
jom tengok sket gambar yg reena cilok dari twitter dan beberapa sumber.

Tersenyum menunggu detik bahagia. 


Manis Ana Raffali bertudung. :)

tak pasti siapa disamping Ana Raffali.

Pelamin Ana yang ringkas tapi indah. :)


Naim.. suami Ana Raffali.

Tahniah diucapkan kepada Ana Raffali dan Ahmad Aznaim.. Manis sudah Ana bertudung.
Tolong ingatkan aku! dah jadi bini orang wehhh. hihi
info lebih mengenai perkahwinan Ana Raffali sila ke HyeBro.

#lepas ni dah buleh pegang-pegang.. duduk dekat-dekat. lol~


23 February 2012

Lisa Surihani & Yusry KRU telah selamat diijabkabul.


Tahniah buat pasangan merpati dua sejoli nih.. akhirnya telah selamat diijabkabulkan dengan satu lafaz.
Lisa dan Yusry selamat dinikahkan di Putrajaya Marriot Hotel.

jom ushar sket gambar sekitar majlis mereka.

Lisa disamping ibu tercinta.


Manis menanti saat genting dalam hidup beliau.


Yusry yang sedang bersiap sedia untuk lafaz akad. 

info lain lagi pasal perkahwinan Lisa dan Yusry korang boleh dapatkan di. HyeBro atau RotiKaya.

#tahniah!! lepas kahwin. Yusry sila ajar Lisa sebut R haghi-haghi yehh. eh? HARI HARI. lol

19 February 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang..


19 Februari 2012
Genap setahun usia Blogger Perak..

... ... ... ...
[sejam wa fikir nak tulis ape]

setahun bukan terlalu lama.. pejam celik, pejam celik dah setahun..
namun begitu.. rasanya dah banyak sangat memori bersama antara ahli BP..
disitu bermulanya kisah sebuah family yang sangat ohsem..
bergelak ketawa.. bergurau senda.. bahan membahan.. dan paling sukar dicari.. duka pun dikongsi bersama. terima kasih ALLAH kerana anugerah yang diberi.. :)

kalau tiada mereka, tiada BP.. tiada BP maka tiadalah kami semua..
terima kasih kepada kedua founder BP Kirin dan Eija.. jasamu tetap dikenang.

-'the moments of our relationship~' JETON-

terlalu banyak gambar kalau nak dimasukkan..
itu bermakna kami gila GATHERING..
kalau buleh. tetiap minggu nak jumpa..

dan sempena setahun BP. reena sebagai admin telah buat twiiter Bloggerperak.com
jadi marilah ramai-ramai follow twiiter BP. :)

Twitter BloggerPerak
Fanpage BloggerPerak
Website BloggerPerak
Group BloggerPerak


mari kita semua warga BP sekalian menjayakan lagi BP.. 
*saya sayang kamu semua.. ya! kamu BPians. <3 <3

10 February 2012

Kesibukan


salam jumaat semua.
mesti korang rindu kann dengan reena. 
takde? fine la.. #jalan seret beg sambil tunduk


beberapa hari abaikan blog terchenta..
ini semua kerana sapwan!
[ehh? kang sentap plak dia..]
takde la. sapwan aka admin femes Blogger Perak ni dtg jenjalan taiping.
so reena sebagai kakak kawasan ni kena laa ambil tugas sebagai tourist guide dan bawa beliau jenjalan taiping nih.
Zoo Taiping, Bukit Merah, Cendol, Muzium..
byk laa lagi tempat reena bawa.

seminggu wehhh wa berjalan-jalan..
sampaikan sapwan dah terbuka hati nak buat blog personal.haha!

ingatkan nak buat entry ringkas je...
tapi rasa macam dah terpanjang plak.
ini masalah bila wa da start membebel.
masih malas nak up gambar.
tunggu next entry la ye reena cerita tentang seminggu menjelajah TAIPING. :)

*lama jugak tak cerita pasal super A! :)

03 February 2012

Resepi Tart Telur / Egg Tart


ehh. ehh. semangat plak doodle reena ni kan. heheh!

okeh, hari ini, reena mencuba satu lagi resepi baru.. 
egg tart ataupun tart telur.
sebenarnya reena tak makan sangat tart telur ni, ngade2 je nak try buat.
so mari memasak bersama reena! 

BAHAN-BAHAN
CRUST:
  1. 2 1/2 cawan tepung gandum
  2. 1/4 cawan gula halus
  3. 1/2 sudu kecil baking powder
  4. 1/4 sudu kecil garam
  5. 1/2 cawan butter
  6. 2 biji telur
FILLING:
  1. 1 cawan susu cair
  2. 4 biji telur
  3. 1 cawan air
  4. 2 sudu besar tepung kastard
  5. 1/2 sudu kecil esen vanila
  6. setitis pewarna 'yellow egg'

CARA-CARA PENYEDIAAN:
CRUST:
  1. masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati dan hingga menjadi doh/dough.
FILLING:
pukul semua bahan sehingga sebati.

  1. ambil sedikit doh dan terapkan pada acuan. kemudian tuangkan bancuhan telur diatas.
  2. bakar dengan suhu 180' celcius [10-20minit]. bergantung pada oven.
*bakar sehingga telur itu kekuningan.

hokehh. mudah kan?
base dia korang boleh tukar resepi kepada yang puff. 
ni first time reena buat tart telur dan ianya menjadi!



err. err. terliur? sila cuba resepi ini ye! :)

*reena tak makan tart telur. jap lagi nak hantar bagi org lain. hee~

01 February 2012

selamat datang bulan dua







satu haribulan dua, dua ribu dua belas.
yaww!
dah masuk februari rupanya..
tarikh yang cantik 1.2.12
dan semoga februari ini menjadi lebih baik buat semua!
#februari jugak merupakan setahun Blogger Perak ditubuhkan..

so kepada semua. selamat bulan februari. :)


*katun comot wa pon ucap selamat datang bulan dua.

lukis buruk?


terima kasih atas suggestion. muahaha!
reena lukis suka2 je. aesya tu dah pro. wa amatur wehhh. :p
tapi wa tetap nak #tingtingting dengan lu sapwan!



*da macam wordless wednesday pon ada kan? lama da tinggal #WW