31 January 2012

jakun sekejap..




hai semua..
dipetang yang indah permai ni. hujan membasahi bumi..
err. pehal ayat berbunga sangat nih. HAHA!

jakun terlebih.. haaa! korang tau tak ape tu jakun?
JAKUN tu sejenis buah-buahan yang rupanya sedikit seperti buah sukun.
[ok.. wa tipu] ada yang percaya ke? muahaha!

jakun ni sebenarnya nama salah satu suku kaum orang asli di Malaysia.
kita sering kaitkan jakun dengan sesuatu yang 'ketinggalan zaman'..
kenapa dengan tajuk kali ni? 'JAKUN SEKEJAP'

sebab wa nak bagitau, sabtu yang lepas reena pergi KL dari ipoh.
dan nak cakap. reena dah naek ETS wehh. [takde la jakun sangat sebenarnya]
tapi jakun sebab reena dah lama tak naek tren. >.<
last naek darjah 6 dulu. fuhh gila lama kan?
buat apa g KL?
err. err. nanti la cerita kan entry lain. hee~


*gigih wa lukis dgn tab wa semasa dalam perjalanan dalam tren. :)

28 January 2012

Biskut Famous Amos

biskut Famous Amos

hai semua~
jangan ade yang terliur plak kt sini. heheh!
siang tadi terlebih rajin. so saje nak try buat cookies.
ada yang tak tahu Famous Amos tu ape? [sila google]
dan secara tak langsung ade yang minta resepi ini dikongsi bersama.

Bahan-bahan: [1 kilo=100 biji]
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gamdum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1/2 cawan walnut cincang [boleh ditukar dengan kekacang lain]
  • 2 cawan choclate chips
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara penyediaan:

  • 1.pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
  • 2.masukkan tepung gandum, cream tar tar, baking powder, garam, susu segar, minyak, garam dan esen vanila. pukul sehingga sebati.
  • 3.akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips.
  • 4.sudukan adunan ke dulang dan bakar pada suhu 175'C dalam 10-15 minit.
*jika nak cookies ni lebih keras dan rapuh, sila tambah sedikit lagi tepung gandum dan tepung jagung
*selepas disudukan ke dulang, pastikan adunan disimpan sementara di dalam peti sejuk.

hokeh. da siapppp. 
so bulehlaa korang menikmati biskut famous amos tanpa wang yang banyak.
[gigihh wa buat entry ni sambil komen2 dalam group BP]

*selamat mencuba. kalau berjaya silalah inform reena. :)

26 January 2012

Selepas 12 Tahun....




selepas 12 tahun..
baru bertemu semula..
bunga-bunga kembali berputik..
teringat kenangan silam aku dan dia..
saat kita lari berkejaran dipadang bola..
makan bersama disekolah.
dirotan bersama kerana tak siapkan kerja rumah..
semua seperti berputaran dalam minda..
satu persatu kenangan dimainkan dikotak fikiran..


mesti korang tertanya-tanya..
siapa dia yang reena maksudkan?
DIA adalah mereka.. klasmate reena sewaktu sekolah rendah. :)
seriusly.. dah 12 tahun tak jumpa langsung.


-yang dibulatkan je hadir mini reunion kelas reena-


mini reunion ni diadakan sempena CNY.. 
pada mulanya sangat segan nak pergi. 
dah 12 tahun tak jumpa.
banyak perbezaan dulu dan sekarang.
lebih neves bila reena perlu berspeaking mandarin dengan dorang!
sumpah neves! da lama kot tinggal mandarin. kadang2 je wa bebel2 dalam mandarin.
tapi tetiba motivate diri sendiri:
A- tukang motivate 
B- diri yang tak yakin
A :"cik reena tan! ko ade hidung kan?"
B: "HADE!"
A: "ko ade mata kan?"
B: "HADE!"
A: "jadi.. nape nak segan! ko kan da lama tak jumpe dorang.."
B: "tapii~ wa da lain.. dulu wa tak pakai tudung.."
A: "alaaa~ bukan dorang tu duduk HK pon.. mesia beb, mesia.."
B: "okeh.. fine! wa pergi sekarang jugak! pfttt~"


keh keh keh
itu la sesi motivate diri sendiri.
setiba di starbuck. wa rasa wa shaking. [neves sangat nih]
so mula borak-borak.
1st soalan dari dorang.
"你要我们讲马来文,华文 or english?"
translate: awak nak kami cakap BM, mandarin atau BI?


masa tu reena jawab. BM boleh?
dan semua berdekah-dekah ketawa.. #malu
borak itu ini.. berkongsi semula cerita.. mengimbau kembali kenangan..
happy sangat. walaupun rasa malu masih berbaki.


lawak! reena yang request dorang cakap BM, BI. 
tapi bila dorang tanya dalam BI, reena jawab dalam chinese. hehe!
tetiba rasa reunion tu macam kelas bahasa. 
dan kawan reena tu cakap: "ur mandarin is still good" 
BANGGA JAP. haha!
#padahal kemain malu~


jom lihat gambar beberapa orang yang datang. :)
-masa ni, reena tak sampai lagi-




-sama sepet je kan, bezanya wa pakai tudung-




-tetiba rasa nak ngorat~ muahaha!-




-tai low time skolah dulu nih. haha!-




-leng chai! hehe. jumpa jugak dengan dorang nih-


tak ramai pun. ade 6 orang semuanya termasuk reena. 
tapi cukup la sekadar mengubat rindu selama 12 tahun tak jumpa.
hope lepas ni ada lagi reunion yang lebih besar. 
[eleh.. kemain. nanti lu jugak yang malu! =.=]


*best jugak bila sesekali jumpe selepas 12 tahun. :)

22 January 2012

Ucapan CNY dari Gadis Mata Sepet





mula-mula ingatkan nak buat entry ni dalam english.
tapi memandangkan BI guwa ni tahap nyawa-nyawa ikan je. kang lagi merosakkan bahasa.
cuma entry ringkas untuk mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua rakan-rakan yang berbangsa cina.

mungkin ada yang bertanya[kalau tak tanya pon ngaku jela korang tanya]
Cik Reena Tan<-- kenapa ada Tan?
reena ni berdarah kacukan. Papa reena Chinese dan Mama Melayu.
tak nampak header tu? minah mata sepet.. =..=
tapi lepas ama[nenek] reena da meninggal dan abg kakak duduk australia, takde la sambut sangat CNY nih. kalau rajen, pergi la rumah uncle aunty.

tapi kannn.
cane nih. wa takde baju laya lagi wooo.[saje pelat]
-abaikan-

-saje nak masuk gambar wa pakai cheongsam dedulu-

新年快乐
[xin nian kuai le]
HAPPY CHINESE NEW YEAR to all who celebrate.
wishing your prosperity,healthy and happiness in new year.:)

*reena lahir tahun NAGA.. garang tak guwa? Auuummmm! [eh?]

Kenapa Inai Lukis Diharamkan?





Salam hujung minggu semua~
mesti ada yang dah tahu kenapa Inai lukis atau lebih dikenali sebagai Henna itu diharamkan.
dan pasti juga ada yang tak pasti tentang isu halal dan haramnya.
-inai lukis/henna-

reena pon tak pasti dan sebenarnya semalam baru reena buat henna dikedai.
setelah gambar henna diuploadkan di facebook, ada beberapa rakan yang menegur bahawa henna/inai lukis itu haram.
kenapa?

orang cakap, jangan menbaca tanpa berguru. tapi setakat ni reena cuma mampu google dan terjumpa artikel ini:

bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
 taken from: Ustaz Nor Amin

ada jugak beberapa orang yang masih was-was dan bertanya pada ustaz tersebut di ruangan komen.
 bagi yang membaca entry ini, korang juga disarankan bertanya pada yang lebih arif.
jangan bergantung semata dengan info bacaan anda tanpa bimbingan lagi-lagi isu agama ni..

dan ini terakhir kalinya reena memakai henna.
-sekali pandang, okeh, ade macam tatoo-

so silap sendiri sebab tak peka pada isu ini. dan i love the word dari Ustaz Nor Amin:
"jangan menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi biar Islam yang menghalal dan mengharamkan cara."

*korang buleh rujuk dengan ustaz nor azmi tu jugak kalau ada keraguan. ada fb dan blog. :)

21 January 2012

Bebola Daging Masak Ala Masala

-bebola itu kelihatan sedikit hodoh-

Bahan-bahan Bebola Daging:
  • 600 gram daging cincang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 hiris halia [ditumbuk halus]
  • 4 ulas bawang putih [ditumbuk halus]
  • 1ulas bawang besar [ditumbuk halus]
  • 1 biji telur
  • garam secukupnya


Bahan-bahan Masala:
  • 2 biji tomato
  • 1 ulas bawang besar [dihiris]
  • 3 ulas bawang putih [ditumbuk]
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • tomato puree
  • sos cili
  • 5 sudu besar pati limau
  • garam, gula secukupnya
  • sedikit air


Cara-Cara memasak bebola:
  1. campur semua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati
  2. didihkan air dalam periuk dan masukkan isi daging cincang yang telah dibulat-bulatkan seperti bebola ketika air sedang mendidih.
  3. tunggu sehingga bebola itu timbul dan tos kan. 


Cara-Cara memasak kuah Masala:
  1. panaskan kuali dan letak minyak
  2. masukkan bawang putih dan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
  3. masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air.
  4. akhir sekali, masukkan bebola yang dah siap direbus tadi ke dalam kuah masala.
*kalau nak daging tu lbeh keras, goreng dulu sebelum masukkan dalam kuah masala.

tadaaaa~ dah siap bebola berkuah masala versi CRT.
untuk pengetahuan semua, ni bukan la kuah masala yag betul-betul masala.
tapi rasanya lebih kurang sama.
reena sendiri yang reka resepi ni sebab teringatkan cheesebake meatball masala yang kt PIZZA HUT tu..
[okeh, dah terliur]

*resepi ni takde la menarik sgt. tapi kalau rasa nak cuba. silakan. :)

20 January 2012

download link Vanilla Coklat [Lestary TV3]


SINOPSIS:
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi. Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua.

DOWNLOAD LINK:
[mediafire]
Episod 2
[part 1]  [part 2]
Episod 3
[part 1]  [part 2]
Episod 4
[part 1]  [part 2]
Episod 5
[part 1]  [part 2]
Episod 6
[part 1]  [part 2]
Episod 7
[part 1]  [part 2]
Episod 8
Episod 9
Episod 10



*akan diupdate dari semasa ke semasa. :)

Peribahasa Budak Sekolah Cina

Salam Jumaat semua~ 

ada beza ke peribahasa budak sekolah cina, sekolah kebangsaan dan sekolah tamil?
peribahasa tu dah tentu sama.
tapi kehebatan menggunakan peribahasa tu yang berbeza.
dan dengan kagumnya nak buat pengakuan jujur ikhlas dan tulus dari hati.
SUMPAH reena failed gunakan peribahasa. =.=

mengapa begitu? jom tengok bukti.
see..? terbukti kan? dengan yakin dan semangat waja nak guna peribahasa.
sekali.. FAILED!

adeke patut ada hari atas batas? =.=
sebenarnya tahu peribahasa tu. tapi kadang2 kekeliruan melanda, jiwa tak tenteram[alasan]

nak dijadikan cerita. waktu SPM paper BM.
cikgu selalu berpesan. kalau nak mantap karangan. 
sila buat rumusan dengan baik, dan kalau boleh, letak satu peribahasa yang berkaitan.
tak silap reena, mase tu topik 'gejala negatif anak muda'
so dengan yakin nih, bubuh peribahasa.
-anak-anak perlu dididik sejak dari kecil lagi, bak kata pepatah "melentur buluh biar dari umbinya"- [not sure letak ubi ke umbi]

secara jujurnya, reena tau part 'umbinya' tu salah. reena terlupakan word 'rebung'. dalam exam tu jenuh fikir. apeeeee la perkataan betul. 
balik rumah naek kereta terus tanya mama.
                 reena: mama.. peribahasa melentur buluh tu kan.. biar dari ape eh?
                 mama: melentur buluh dari rebung la. awat?
                 reena: alamakkkkk! awat tadi dalam exam tak ingat nihh. =.=
                 mama: hang buh apa? 
                 reena: melentur buluh biar dari umbi/ubi nya.he he [buat muke tak bersalah]
                 mama: tudiaaaa aih. abeh la failed paper BM hang.. [bla bla bla kena berleter]

dan sekarang dah kena cop. peribahasa budak sekolah cina.
sebab dulu reena sekolah cina.
dan masa UPSR, guwa ambik paper BM SJKC [sekolah jenis kebangsaan cina]
memang BM wa slowww~
so? ada masalah? [cari gadoh!]

*sekian warta berita dari cik reena tan yang selalu rosakkan peribahasa. wasalam~

bila WANITA tak mahir pasal kereta..

Apa kata LELAKI bila wanita tak tahu menahu pasal kereta?
reena selalu terdengarkan ungkapan:
Perempuan ni tau bawa kereta je. bukan tau apa..
Perempuan ni selalu bawa kete cam kete lembu, tak reti nak check pape.

fuhh. 
berasap telinga guwa wehh..
 dah hakikat memang perempuan tak mahir dalam bab kereta nih.
jadi kenapa dipertikaikan?

sama jugak kes dimana lelaki yang tak mahir pasal memasak.
nak letak bahan apa kasi sedap, nak kasi lemak berkrimm, nak kasi gebu.. haa~


reena akui, memang tak tahu menahu pasal kereta nih.
even masa first time kereta reena break down sebab timing belt putus pon cuak habis.
[maklum la memang tak tahu pasal kereta nih]


ditelan mati mak, ditelan mati bapak.. [biar guwa sorang2 hidup]
ok, abaikan peribahasa budak skolah cina nih
#nanti reena cerita pasal peribahasa okeh.


salah siapa kalau perempuan tak mahir pasal kereta?
kalau perempuan mahir pasal kereta. silalah kaum lelaki pulak ambil alih tugas memasak.
kita tukar tugasan ye bangg [gaya2 cam bini cakap kt laki]
moh le kita berkongsi-kongsi pandangan. :)


*tapi tak dinafikan ada je lelaki yg mahir memasak. itu kelebihan yang lelaki ada. :)

19 January 2012

Pengambaran Ombak BP di Cameron Highland~

tettt..
Pengambaran filem ombak BP? [Blogger Perak].
filem yang bakal ditayangkan sekiranya ada tajaan.
[komfem takde]


pelakon utama:
Adired Adib
Cik Reena Tan


watak orang ketiga:
'miahahaha~ wa watak orang ketiga!" - Lai Akma


watak orang buta:
'siapalah aku ini. hanya insan hina yang menumpang didunia~' -Bro Aim


watak otai PARI-PARI dan konco-konconya:
Otai Pari-Pari : Ruzz Ezzanie
konco-konco : Ain Laa, Cik Niaa, Ros Anisza


watak gergasi lapar:
'heh heh heh~ wa gergasi yang COLEM.' -Reezluv


watak power rangers hitam:
'hiyarkkkk~ wa adalah power rangers hitam yang kacak!!" -Pisyek 




SINOPSIS:
ikut suka hati korang la nak cerita tu macam mana. ending: happily ever after~


haha! sinopsis ikut suka hati,watak kemain lagi~ konon plak da shooting.
entry ni dah tertangguh beberapa hari sebenarnya. 
kemain malas gila reena update blog sekarang.


14 Januari 2012. akhirnya reena jejak kaki semula ke tanah Cameron Highland nih.
kali terakhir reena datang pada 2010. dan mamang dah lama sangat teringin nak pergi cameron. tau kenapa reena suka sangat cameron? reena suka cuaca sana. dan paling penting, kedamaian yang tak dapat dicari ganti kat tempat lain. 


so jom tengok gambar je la. dari dengar reena bebel macam2. [mesti bosan]


-kami dah kat cameron. kau hado?-


reena dengan ruzz yang gojes! lebiyu syg!


sukaaaa gila gambar nih! mekasih awk~ :)




ohsem gila makan jagung bakar!


sampai ke malam la shopping kat pasar malam. ni dah masing-masing kepenatan.
atas jalan tar pon jadi la nak duduk. 


kalau nak dimasukkan semua gambar, sampai terlena korang baca entry nih.
yang penting reena happy sangat dapat pergi cameron skali lagi. :)
memori ni dapat menggantikan memori lama. 
dan part paling reena suka sewaktu kitorang balik.
cahaya lampu dari ladang-ladang buatkan kami semua teruja.


cantik kan? rasa bahagia je tengok lampu2 nih. :)


dan kami pon gigihh nak bergambar kat situ. :)


dan pergi cameron tu, rugi pulak kalo balik dengan tangan kosong kan? so reena beli baju cameron. dan ini la gosip ombak BP yang sering hangat diperkatakan.


-tenkiu jeton, tetiba wa pun rasa suweetttt gila! =.=


*serius enjoy sangat. muka pon kelihatan ceria dalam semua gambar. <3

10 January 2012

rasa nak benam kepala dalam tanah..



korang tau cane benam kepala?
reena rasa nak benam kepala je bila ternampak akaun gtalk reena on9 dalam galaxy tab mama sendiri.
T_______T


seriusly malu~
b4 mama hadiahkan galaxy tab 7.0 plus, reena rajin pinjam tab mama. 
dan selalunya 1st email yang diguna dalam android memang kekal.
email reena memang sah2 mama akan receive dalam tab beliau.
masalahnya cane laaa reena buleh lupa off gtalk reena.

dan untuk kesekiankalinya.
tahniah untuk diri sendiri kerana telah menkantoikan segala aktiviti anda di gtalk.
kepada geng gosip wa di gtalk. wehhh. mama wa dah tauuu.
chat mentik2 [romantik], chat gadoh2, chat rahsia..
semua dah terbongkar.

TAHNIAH REENA..!

kepada sesiapa nak meminang wa. sila propose wa dalam email. komfem mama wa baca dulu.
[kalau ade org buat memang wa bom korang laa] =..=

entry ini ditaja khas oleh gtalk~
*rasa nak kurung diri dalam jamban je. >..<

09 January 2012

akulah Cinderella

akulah Cinderella..
mesti korang terbayangkan kisah dongeng gadis yang tertinggalkan sepatu gelasnya semasa melarikan diri dari sang putera ketika detik 12 tengah malam.
ataupun 'fairy god mother' yang menggunakan ilmu sihir untuk mengubah labu menjadi kereta kuda yang indah?

-Where every Cinderella story comes true-

tapi ini bukan kisah Cinderella yang meninggalkan sepatu kacanya ketika berlari keluar dari majlis tari menari.
tapi saje nak cerita reena beli novel baru. 
dan itulah tajuknya. "akulah cinderella"



-bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara-

selamat menjiwang Cik Reena Tan.
dah sekian lama reena tak beli novel. dan sebenarnya memang tak suka beli novel.
sebab takot kecewa kalau baca novel tu tak best.
reena pernah beli 2 je novel setakat ni.
2005: Sang Dewa Cintaku
dan ini novel kedua.
2012: Akulah Cinderella.

tajuk ini menjadi pilihan sebab? 
.
.
.
.
.
 R.A.H.S.I.A

tergerak hati nak beli. mata hati dah memilih tajuk tu. 
[erghhh. stress tetiba wa menjiwang nih]
so nak bawa diri dari laptop.. nak layan novel plak sampai habis. 

*kisah cinderella selalunya berakhir dengan 'they lived happily ever after' dan aku jugak mengharapkan itu pengakhiran kisah aku. :)

07 January 2012

santai di petang sabtu

HAI KORANG!!!! [eh, terover]
reena ni memang failed nak buat ayat pembuka entry. 
petang-petang sabtu ni apa aktiviti korang?
dating?
hang out dengan kengkawan?
tidur?
what so ever la..
tapi reena petang sabtu ni tengok hindustann. [sket lagi nak guling2 sama cam dalam movie tu]
nak tau cerita apa? 
hero dan herion yang mantap-mantap dalam filem ni.

reena suka tengok rani mukerjee.
suka suara serak-serak basah dia. SEKSI!
dulu kann. kawan abg reena ada cakap muka reena cam RANI MUKERJEE.
cait~ perli wa ke ape? muke amoi ni dia cakap cam rani. =..=



motif letak gambar wa disini?

nak cakap wa comel.eh? tak takkk
reena nak cakap muka reena takde langsung macam rani mukerjee kannnn. 

*"jangan ucapkan selamat tinggal kerna ia membunuh impian kita untuk bertemu lagi."#KabhiAlvidaNaKehna


06 January 2012

baru aku tersedar

salam jumaat semua.
alhamdulillah. jumaat pertama bagi semua buat tahun ni.
dan baru reena tersedar..
hati ini telah dimiliki. eh?
[ok.. itu gimik]

baru reena tersedar yang dah hampir setahun rupanya folder "my document" dalam desktop ni tak tersentuh.
kesian kau folder. sejak wa dah abes belajar ni, tak pedulikan kau langsung dah.
sambil berborak-borak kosong di petang hari..
terceritakan tentang iklan. 
ok stop pasal iklan. dulu masa belajar, kami wajib buat satu assignment iklan.
1 iklan poster dan 1 lagi iklan tv.
masa tu memang jakun editing ni kan [sekarang pon tak terer]
gile babeng punya edit poster tu. 
nak tau reena edit cane?
copy image-->masuk microsoft word-->buh desgin+tambah itu ini kasi cantek--->copy semua masuk power point---> save as image.
then baru la gune picnik.com untuk cantek2 kan effect bagai.
haha!
GIGIHHH kan? sumpah masa tu tak reti guna photoscape/photoshop/paint bagai semua. =..=
dan akhirnya 1st try jadi ceni poster reena
-nampak sangat tak berseni. blerghhh-



sumpah poster ni kena kutuk habis-habisan.
kecewa habis laaaa.

cubaan kedua:
-looks better tapi bila print size A3 sangat menghampakan sbb part rambut tu trus nampak hitam saje-

dan akhirnya cubaan ketiga:
-macam paling simple. tapi ni la poster top 10-

masuk pameran kat library wehh. [poyo]

mesti korang bosan kan dengar cerita tentang iklan nih.
tapi wa tetap nak cerita jugak..
korang kena baca bagi abes jugak.. kalau tak, wa BOM rumah korang. [ok, emo!]

dan berkenaan iklan TV. reena ni sangat laaaa neves untuk tengok video cam. 
sebab bila tengok balik. mesti reena cakap ceni... 
" YA ALLAH!!!! hodohnya aku dalam video ni" =..= <-- sedehkan menjadi Cik Reena Tan.
korang tengok sendiri laa. pastu gelak ramai2 kt reena. 


oke sila pangkah blog wa. [menci tengok diri sendiri dalam video]
tapi sekurang-kurangnya reena dah ada muke dalam video. walau buruk.
n actually nak cakap. rindu jugak zaman belajar nih. :)


*gemok kan wa dalam video tu. arghhh! stress. haha

05 January 2012

download link Songlap - DVDRiP MKV



Genre: Aksi / Melayu
Bahasa: Melayu

DOWNLOAD LINK:

*selamat mendownload semua. :)

Blogger Perak New Year Gath



              • TARIKH: 1 Januari 2012
              • LOKASI: Lata Air Itam, Jelai [Batu Kurau]
              • AKTIVI: Mandi manda, ice breaking dan penukaran hadiah.


"Apa lagi? moh lerr kita mandi..." -abam bear :p

chop! 
sebelum kita mandi, ada banyak kisah nak diceritakan. 

SEPARTI [bukan typo] yang dinyatakan, gath ni berlangsung pada 1 Jan 2012.
geng BP ipoh, manjung turun awal ke taiping. 
dan pada malam tahun baru, seramai 12 orang yang berkampung dirumah reena.
terpaksa la dorang ni tidur tepi pintu, depan pintu, tepi tandas, tepi dapur [ok tipu]
semua berkampung diruang tamu.

-aksi abg reez bersama teddy bear-

banyak kejadian malam tu yang sangat memberi seribu satu memori [baru malam]
-BBQ beramai-ramai
-tonton movie bollywood
-menyaksikan kejadian masuk gear ketika tido
[hanya yang ada ditempat kejadian tau apa yg terjadi]
-sesi membalut hadiah dengan pembalut yang sama
-cerita pasal tidur mengigau

terlalu banyak kalau nak di senaraikan satu-satu.

dan pagi itu kami dikejutkan dengan mak NYAK terlepas masuk rumah reena.
duduk bersimpuh menanti pelanggan. [ceit!]
-sape nak? limited edition nih.. kbai-

diteruskan dengan sesi memasak dan tengok sape bangun paling lambat. 
sambil menanti geng UTPian sampai, kami breakfast dulu.
[erghhh, stress aku baca entry sendiri, skema!]

bla bla bla.

maka  sampai la semua yang dinanti.
kira-kira jam 10 pagi kami semua konvoi ke batu kurau~
[dah macam rombongan meminang cik kiah rupenye..]

-nice kan? kredit to Fatin Nur Atiqah-

sampai je di lata air itam, jelai. bermula sesi terjun menerjun, mandi manda, kuis-kuis air[pehal sopan je bunyi kuis =..=].
dan yang penting semua ENJOY!.

"huarggggghh! wa raksasa yg muncet nak makan lu!" -amal espraza 

seronok bermandi-manda sampai jam 2.30 kami naik ke darat. 
dan destinasi seterusnya ke Taman Tasek Taiping. 
disebabkan hujan renyai, reena sendiri pening nak berkumpul kat mana.
so disini berlaku sedikit salah faham tempat berkumpul. [sori ye korang]

sesi ice breaking dan tukar hadiah pun bermula.
seramai 32 orang ahli BP yang join kali ni.
[gathering yang paling ramai rasanya]
masing-masing mendapat memori baru bersama ahli BP dengan membawa pulang hadiah yang ditukar bersama. 
jom tengok gambar yang selebihnya. :)

 -wajah wajah ceria-


 -seribu satu memori dalam gambar ni kan?-


-sesi syampoo beramai-ramai pon ada-

semua membawa pulang memori mereka tersendiri.
dan reena jugak dapat memori yang berganda. kenapa?
sebab wa dapat ceklat LANGKAWI. kau hado?

dengan ini, reena sebagai pihak penganjur gathering kali ni nak ucap tenkiu kepada semua pihak yang membantu. yang tolong ajak kawan-kawan. yang sama-sama berkorban masa dan wang untuk join gathering Blogger Perak kali ni. segala kekurangan dari pihak reena, reena mohon maaf. korang memang OHSEM. :)

-gambar ni dah jadi cover timeline FB wa-

dan JETON! lu memang terbaik la sebab bahan wa.

lagi entry berkenaan gath ni:

#special thanx untuk mama sendiri, sebab beliau banyak membantu.