25 September 2012

Peduli orang kata..

Sedang kusyuk meneliti laman sosial yang kian melalaikan diri. Terpikat pada kata-kata di laman beliau..

tak usahlah kecah dengan pelbagai sindiran dan tuding2 sesama lelaki dan perempuan dalam situasi hantaran tinggi mengikut kertas kualifikasi.

yang pergi ngok ikut statistik siapa suruh?

korang yang nak kawen—
apa sibuk cakap orang?

nak puaskan hati orang satu hari.
sepanjang hidup bertekak hutang laki-bini.
buat apa?

orang mampu— biar dia mampu.
jangan la marah.
dah dia ada duit nak tanggung semua itu.

yang kita orang biasa2—
jangan la dengki busuk hati.

orang sewa baju pengantin ribu2—
nak juga.
walhal baju sepasang boleh makan sebulan.
tak ke bodoh tu?

harta orang—
biar la dia.

kita ni—
sedar diri.

-via Fynn Jamal

Selalu isu perkahwinan menjadi bahan nak bergaduh antara pasangan kekasih.
Yg perempuan nak semegah boleh. Yang lelaki mula datang migrain..
Yang perempuan nak jemput sekampung sedunia. Yang lelaki botak memikirkan beban bakal mendatang lepas berkahwin.

Most of the time, org akan cakap kaum hawa yg selalu menjadi punca.. Tak perlu reena nak panjang lebarkan segala bagai.
Pendek cerita, kalau terlebih kemampuan, nak buat majlis mcmana sekalipun tiada masalah. Kalau rasa cukup2 makan, jangan tambah masalah lepas berkahwin. Jangan dipedulikan kata orang. Agama didahulukan, adat diutamakan. Selesaikan part agama, yang wajib nikah dulu. Adat? Kenduri, sanding. Ada rezeki lebih, langsung la.

Saya pemberi nasihat umpama pakar. Masih menanti jodoh sampai. Kalau jodoh dah sampai, esok pun boleh kahwin. :)