02 August 2012

Sekuntum Senyuman Mengukir 1000 kebahagiaan



Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


indahkan sebuah kuntuman senyuman itu? ia bisa membuatkan seribu hati yang memandang merasakan kebahagiaan yang terpancar. Senyuman itu salah satu ibadah, kerana senyuman itu salah satu cara kita bersedekah. tak salah kalau kita lemparkan senyuman ketika berurusan dengan sesiapa sekalipun.


kenapa reena sentuh berkenaan senyuman? alhamdulillah hari ni merupakan hari ke3 reena bekerja di Maxis Center. kerja biasa je tapi kerja yang memerlukan kesabaran dan senyuman yang sentiasa lekat dibibir tak kira apa situasi sekalipun. 
Ya.. dibulan-bulan puasa ni macam2 la dugaan datang kan. mungkin dari segi yang menguji kesabaran kita. ada yang datang pong pang pong pang ngadu itu ini tidak puas hati.. dan reena tetap membalasnya dengan senyuman. tak rugi pun mengukir sedikit senyuman tu. lagi-lagi bulan puasa ni. senyumlah sebanyak boleh. walaupun senyuman kita tak seindah senyuman Wardina ni. 


kerana senyuman jugalah wujudnya cinta pandang pertama. opss opss. ini part tak boleh nak diselami. :p 




"Orang kaya masuk Syurga kerana SEDEKAH. Si miskin jangan lupa SENYUMAN IKHLAS juga SEDEKAH" :)


senyumanlah selagi mampu.. jangan sehingga Allah tarik nikmat kita untuk 'senyum' baru menyesali. jangan kerana alasan penat berpuasa, muka masam muncung macam cencurut. owh... itu tidak manis ye adik, abang kakak semua. SAY CHEESEEEEE~ :D


tips paling mudah untuk menceriakan hari anda ialah. selepas bangun pagi dan siap utk bekerja/belajar, pandang pada cermin dan senyum beberapa saat dan katakan pada diri sendiri "manis senyuman aku.. semoga bertambah-tambah ceria hari ini" :) 
*ini yang selalu reena amalkan. kadang-kadang kita perlu puji diri sendiri utk keyakinan diri. :)


seburuk-buruk monyet, dia pun pandai senyum tahu? jangan sehebat-hebat manusia, muka masam mencuka.




*selamat menjalani ibadah puasa. banyak2lah tersenyum ye. :)