18 August 2012

Salam Aidilfitri dari Cik Reena Tan


Assalamualaikum..
kesian blog kesayangan ni dah berhabuk.. berkurun lamanya reena tak update..
alhamdulillah.. hari ni merupakan hari terakhir kita semua berpuasa. ESOK RAYA OIII!
*tapi dihari terakhir puasa ni saya masih bekerja* sobs sobs T.T.
masih bersyukur kerana cuti pada hari raya. masih dapat salam peluk cium mama papa pada hari raya. (saya dah feel2 raya niii.. memandangkan ofis pun hari2 dah pasang lagu raya) :D

sejak dua menjak dah bekerja ni.. life semakin sibuk.. takde dah nak berguling macam ular sawa dah sepanjang hari. eh? saya rajin tahu! :p

haaaa. cakap pasal kerja, mesti ramai minta duit raya. maaf. permintaan anda dibatalkan. kerana saya tak dapat gaji lagi. sesennn pun takde. sbb saya baru keje ye.. so tahun ni saya kena buat muka kesian dan g minta duit raya di rumah anda semua. *acu pisau* hihi.

eh. da melalut panjang pulak. tak sedor kau tu sedang bekerja ye reena. sebenarnya reena bawa laptop g ofis, curi line wifi. wohh. laju saya nak update blog. *jeling2 tengok bos* psstt.. bos saya cuti hari ni. :p

oke2.. ini serius. disini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat yang saya kenali.. walau kita berkenalan hanya dalam alam maya. insyallah semoga persahabatan ni kekal sampai syurga. dan saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh saya berblog ini, ada terbuat anda semua terasa dengan entry2 yang jari ini menaip dengan lancarnya. salahkan jari saya. saya tak bersalah langsung tauu. *buat muka comel* :p

last dari reena.. NAK DUIT RAYA!!!! *mata bercahaya* (._. )