05 July 2012

rezeki.. kenapa dia bukan aku?





Rezeki kita masing-masing telah ditetapkan oleh Allah. Islam melarang umatnya bergantung harap kepada Allah SWT tanpa berusaha untuk memperolehi rezeki sendiri. Rasulullah SAW pernah ditanya: “Pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda SAW menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik.” (Hadis riwayat Ahmad).


Hakikatnya, setiap manusia telah ditetapkan rezeki yang tertentu oleh Allah SWT. Mereka hanya perlu berikhtiar sedikit lagi untuk mendapatkan rezeki tersebut. Islam juga melarang kita mengamalkan sikap meminta-minta daripada orang lain. Kadang kala kita leka dibuai keasyikan dunia. kita leka dengan keseronokan dunia. kita terlupa yang rezeki itu datangnya dari Allah. pernah satu ketika, reena mengeluh dan bertanya pada diri sendiri. "Mengapa dia yang senang-senang murah rezeki. mudah betul dapatnya.. kenapa bukan aku? kenapa rezeki aku masih tertutup?" sesungguhnya reena tidak menyedari, kadang-kadang ada diantara amalan kita yang membuat pintu rezeki ini tertutup. 


“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak... ” Surah An Nisaa’ : ayat 100


rezeki itu ada dimana-mana. cumanya kita yang mahu berusaha atau tidak.. banyak lagi hadis yang dikeluarkan berkenaan rezeki.. “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)


mama selalu berpesan, terbit sahaja mentari pagi, disitu mulanya rezeki perlu dicari. kalau kita leka orang lain akan mendahului. hadis turut mengatakan sebaik-baiknya jangan kita tidur setelah selesai solat subuh tanpa mencari rezeki. :)


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


bukannya sukar. mendoakan kesejahteraan kedua orang tua kita setiap kali solat. sepertimana ibu bapa kita tidak lupa mendoakan kita. sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. kalau kita sering lupa padaNYA, bagaimana Allah nak ingat kita?


sekiranya sepanjang entry ini, ada kesilapan fakta hadis yang diberikan. reena mohon maaf dan perbetulkan ye. marilah kita bersyukur dengan kurniaan yang Allah pinjamkan pada kita sekarang. 


*alhamdulillah, reena bersyukur dengan kurniaan Allah pada reena. :)
** hadis diambil dari: dalil