ayam penyet? ditaja? hebat sangat ka blogger perak sampai orang nak taja buat mini gath?
Lokasi : JJ Kinta City, Ayam Penyet De Garden, Mydin Meru Jaya. Ipoh.
Waktu : 10.00 Pagi
Tarikh : 15 Julai 2012
Tujuan utama gath ini dibuat adalah untuk penyerahan baju t shirt BP(Blogger Perak) kepada yang telah membuat tempahan yang sekian kalinya lama menunggu. Reena minta maaf disini kerana ada yang cakap sampai kena marah dengan abang, ada yang tunggu lama. Banyak masalah teknikal yang berlaku sepanjang masa. Reena dan Bro Azqar mohon maaf atas kekurangan dari pihak kami. Baju baru ada dalam tangan reena semalam 15 Julai. dan dalam minggu ini reena akan pos sikit2. (harap korang faham jugak sbb nak uruskan seorang part pos ni). -okeh dah panjang lebar tujuan utama mini gath BP ini.
mini gath ni jugak dibuat bersempena meeting admin bersama ahli yang hadir dan kami pihak admin memerlukan cadangan dan persetujuan dalam beberapa hal berbangkit. lepas meeting? kita ENJOY! *ape punya admin laaa*
-kami yang masih menjadi penunggu.. *kesian kami tahu* sobs
Reena yang dari Taiping ni bergerak dalam Jam 9 lebih bersama atok muncet. *ni kes duit takde.. nasib atok muncet baik hati nak tumpangkan.* baru sampai lepas terowong, Syakir dah telefon.. *tengok jam "ohh dah pukul 10" kemain semangat sampai awal*.. dah sampai Jelapang.. Laila Azwa pulak call.. maaf sbb kami sedikit lambat dr korang, biase laa orang JAUH.. :p
gambar sini.. gambar sana.. gosip sini.. gosip sana.. sorang-sorang sampai.. berkenalan sesama sendiri dengan ahli yang baru join.. *masih menunggu kehadiran yang lain*. (pfffttt. tetiba rasa macam reena buat novel. semua nak cerita)
- Derita Merindu dan Syakir Rahman.
Syakir Rahman? tak kenal punn... ermm ooooooooooo yang ada gambar dengan tuttttttt!
*wakakakaka, haku gelak guling2 ni syakir* :p
-Lailatul Fatiqah dan Kak Maya.. (dedua ada unsur biruuu)
dan selesai menjadi penunggu yang tidak berkesudahan. maka kami berpindah ke De Garden pulak, memandangkan nak langsungkan meeting perlukan tempat yang sedikit tenteram.. Yeahhh. Ayam Penyet yang menaja Gath kali ini. (tapi duit keluar sendiri ye)
-kegigihan muka kami yang sedang kusyuk membetulkan baju t-shirt BP
-yeah.. ini bukti baju baru berada dalam tangan reena. :)
lepas makan makan, poking poking, liking liking, meeting meeting di Ayam Penyet De Garden. Kami semua menuju ke Mydin Meru Jaya atas cadangan Ruzz Ezzanie.. dan aktiviti dijalankan dengan sesi menyumbangkan lagu.
-Tak Tahu kenapa, selalu kalau gambar g karok dgn dak BP, time ambik gambar je reena tgh kusyuk memilih lagu. zzzz..
selepas sejam tiga puluh minit berada dalam MYKara, Mydin.. habis gelek hindustan semua keluar.
-ada jugak aksi syok2 ambik gambar sendiri..
-gelek apakah ini? tak silap ni masa lagu hindustan berkumandang.. XD
-Baru dan Lama.. tapi kita masih "We Are Family"
-nantikan produk baru dari Blogger Perak. Ubat gigi BP. *dah semua tayang gigi* (rasa nak edit je gambar ain buh gigi) haha!
Tahniah bagi ahli yang baru 1st time join mini gathering BP ni. walau ada yang singgah kejap, ada yang ada prog lain tp still datang.. TAHNIAH sekali lagi sbb korang semua ada hidung, ada mata, ada telinga. sebab tu korang tak jadikan alasan 'alaaa.. saya malu nak join'.. Hope gath akan datang lebih ramai orang baru yang join.
Yang hadir mini gath:
- Cik Reena Tan
- Rahim Wan Ghazali
- Reezluv Reez
- Ain laa
- Cik Maya Culleen
- Ruzz Ezanie
- Laila Azwa
- Lailatul Fatiqah
- Nur Intan Syafinaz
- Nur Aimi Farhana
- Derita Merindu
- Syakir Rahman
- Abdullah Ghazali
- M. S. Anuar (Syukri)
- Lynda Lynn
- Ainina Jelani
- Sinichi Yaya (Nadia) dan teman
- Touya Karuma
- Hanis Aleeya
- Nurhani Hidayah
Semestinya.. We Are Family. :)





