Hai semua.. kakak kawasan lapor diri nih. hah. entry ini berceritakan tentang Taman Tasik Taiping.. (Gambar diatas dah menunjukkan keindahan Taman Tasik Taiping)
Taman Tasik Taiping terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau dan Pokok Hujan-Hujan atau 'Samanea Saman'. Pokok Hujan-Hujan ini berusia lebih 125 tahun yang membentuk kanopi semulajadi yang indah di Taman Tasik Taiping. Ia merupakan taman awam pertama di Malaysia.
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. Ia merupakan idea dari Residen British di Perak Robert Sandilands Frowd Walker. Dilakar oleh perancang bandar Charles Compton Reade. Ianya menjadi tumpuan sehingga kini.
ini pokok Hujan-Hujan yang membentuk kanopi di laluan Taman Tasik Taiping.
keindahan Tasik Taiping
Kayak Itik..
Laluan jogging di Taman Tasik Taiping
Pondok bersantai..
sudah ternyata keindahan semula jadi di Taman Tasik Taiping ini kan? selalunya ia menjadi lokasi pilihan bagi pengantin baru untuk membuat photoshoot outdoor.
bagi yang berminat nak kayak itik boleh lihat gambar dibawah:
Harga bagi yang berminat nak naik boat itik/sampan/ferry.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
- berjogging
- berkelah bersama keluarga
- sesi photoshoot perkahwinan/modeling
- bersantai
- kayak itik
Tempat-tempat menarik di sekitar:
- Zoo Taiping/Safari Night
- Bukit Larut/Maxwell
- Burmees Pool
- Muzium Taiping
- Tugu Peringatan Perang
apa lagi korang tunggu? jom la melawat Perak. :)
*nanti kakak kawasan update hotel/tempat penginapan dan makanan yang menarik di Taiping pula ya. :)






