jom meriahkan #TwtUpIpoh
Pasti ramai yang tertanya-tanya.. apa itu #TwtUpIpoh ? lagi-lagi bagi yang tak pernah ada akaun twitter si burung biru itu.. #TwtUp atau lebih senang disebut 'tweetUp' atau 'Titap' ni adalah sejenis makanan *eh tipu!* ianya sebuah program gathering bagi mengumpul pemegang akaun twitter. dan julung kalinya kini dibuat di IPOH.
korang nak tahu lebih lanjut berkenaan program ni boleh rujuk SINI..
disini dengan besar hatinya reena ingin menjemput semua yang bakal memeriahkan #TwtUpIpoh untuk singgah ke booth reena iaitu "Raintown Corner". nak tau reena jual ape? tungguuuuuu~ Terjah dan korang akan tahu ape yang reena bakal jual. *seprais sangat* korang boleh follow tweethandle @iYayaaaa dan @cikreenatan kerna kami akan yang akan uruskan gerai bersama. :)
bagi yang mula terasa berminat nak join #TwtUpIpoh ni. ape lagi? cepat-cepat sign up akaun twitter dan hadirkan diri anda ke port ipoh. yang paling utama, ada banyak program yang menarik disana. Speed Dating, PES, DOTA, pertandingan karaoke dan lain-lain. TV9 turut hadir untuk menyokong.
*Saya sokong #TwtUpIpoh , anda bila lagi?