Salam Jumaat semua..
Banner ini menarik perhatian reena ketika kereta menyusuri jalan ini. *al maklum tengah mencari kerja juga*
bila mengamati satu persatu iklan banner ini. dan reena mula tersenyum. :)
JAWATAN KOSONG : MAKMUM SOLAT BERJEMAAH LIMA WAKTU.
Ya.. kini semakin ramai Hamba Allah yang semakin berkurang untuk memenuhi ruang Masjid/Surau, walaupun Masjid yang tersergam indah itu telah dibekalkan banyak kemudahan-kemudahan. dan ada juga Masjid yang lengkap dengan fasiliti seperti penghawa dingin. Namun? masih kekurangan Makmum ketika sola berjemaah. Salah Siapa?
tempoh hari kita semua di kecohkan dengan isu Gempa Bumi dan amaran TSUNAMI yang bakal melanda di sekitar semenanjung Malaysia. Masa tu semua pakat kecoh itu ini. doa sini sana. tweet "selamatkan lah hambamu..". tapi bila amaran Allah itu telah reda? maka keluarlah entry "detim dengan abam ucuk", "kitew cayunk awak".. *saya tak tuju pada sesiapa, tetapi selalunya mmg seperti ini*
diri ini juga masih banyak kekurangan. tak perlu tunding jari mencari kesalahan orang lain. kerana pabila anda tunding satu jari pada orang lain, 4 jari lagi pada anda. tepuk dada, tanya hati. anda sahaja tahu siapa diri anda. kelebihan dan kekurangan pada diri sendiri.
Maka dengan ini. marilah kita memenuhi jawatan kosong tersebut. Pendapatan yang cukup lumayan sebagai bekalan Akhirat nanti. beringatlah. Amaran Allah datang bila-bila sahaja. bersiaplah diri dengan amal ibadat. :)
*reena juga banyak kelemahan diri, tapi pesan ini kepada diri sendiri dan juga kepada saudara seislam. :)


