haih.. sejak internet semakin 'LAJU' ni.. sangat menyiksa jiwa raga untuk update blog.
mana tak nye.. buka blogger.com.. *tunggu* eh da stop loading? tapi kosong. *refresh* tunggu lagi. rasanya sampai tahun depan pon tak abeh abeh refresh je. zzzzz~
-popular sangat ke?-
okeh. mukadimah yang sangat panjang. haha!
seperti yang sedia maklum. tempoh hari blog picisan reena ni masuk dlm segmen Blogspot review dalam majalah Remaja. bagi yang tak tau lagi. sila baca DI SINI.
ada rakan-rakan seperjuangan yang tahu sebelum reena. ada yang ucap tahniah. ada jugak yang teringin nak ikut jejak langkah. [ayat kemain kau reena].. yang paling best siap ada yang cakap.
"mula-mula blog. lepas ni tuan blog plak dalam Remaja"
"wahh. retis da blog ko reena.. ajar aku buat blog jugak boleh?"
"lepas ni banyak la tawaran photoshoot lagi ye reena"
dan banyak lagi ucap-ucap yang tinggi melambung. haha
lawak pulak rasa.. bukan ape. segmen Blogspot tu 1 muka surat. terbahagi pada 4 blog yang direview. celah mana la orang nak fokus sangat mende tu sayang sayang ku. celah mana orang nak ajak photoshoot anje anje sekalian. heh. tapi sebenarnya terima kasih juga sebab semua yang ucap tahniah. :)
bukan tak hargai. syukur sangat bila blog yang tak de pape dapat jugak masuk Remaja. untunglaa jadi blog www.cikreenatan.com nih. tuan blog pon tak masuk remaja. #eh
tujuan disini.. terima kasih kepada semua yang ucap tahniah. ucap kata2 semangat sebab blog ni masuk remaja. tapi sebenarnya takde pape sangat pon. masuk remaja je. blog ni tetap macam dulu. tetap takde orang baca. *ade orang baca ke?* ok, cukup bebelan setakat ini. :) reena sayang korang semua <3
*bagi yang mula berjinak dengan twitter, jom follow reena @cikreenatan . itupun kalau sanggup lihat timeline korang penuh dengan bebelan reena. hehe!

