ehh. ehh. semangat plak doodle reena ni kan. heheh!
okeh, hari ini, reena mencuba satu lagi resepi baru..
egg tart ataupun tart telur.
sebenarnya reena tak makan sangat tart telur ni, ngade2 je nak try buat.
so mari memasak bersama reena!
BAHAN-BAHAN
CRUST:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula halus
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/2 cawan butter
- 2 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan air
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- setitis pewarna 'yellow egg'
CRUST:
- masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati dan hingga menjadi doh/dough.
pukul semua bahan sehingga sebati.
- ambil sedikit doh dan terapkan pada acuan. kemudian tuangkan bancuhan telur diatas.
- bakar dengan suhu 180' celcius [10-20minit]. bergantung pada oven.
hokehh. mudah kan?
base dia korang boleh tukar resepi kepada yang puff.
ni first time reena buat tart telur dan ianya menjadi!
err. err. terliur? sila cuba resepi ini ye! :)
*reena tak makan tart telur. jap lagi nak hantar bagi org lain. hee~


