26 January 2012

Selepas 12 Tahun....




selepas 12 tahun..
baru bertemu semula..
bunga-bunga kembali berputik..
teringat kenangan silam aku dan dia..
saat kita lari berkejaran dipadang bola..
makan bersama disekolah.
dirotan bersama kerana tak siapkan kerja rumah..
semua seperti berputaran dalam minda..
satu persatu kenangan dimainkan dikotak fikiran..


mesti korang tertanya-tanya..
siapa dia yang reena maksudkan?
DIA adalah mereka.. klasmate reena sewaktu sekolah rendah. :)
seriusly.. dah 12 tahun tak jumpa langsung.


-yang dibulatkan je hadir mini reunion kelas reena-


mini reunion ni diadakan sempena CNY.. 
pada mulanya sangat segan nak pergi. 
dah 12 tahun tak jumpa.
banyak perbezaan dulu dan sekarang.
lebih neves bila reena perlu berspeaking mandarin dengan dorang!
sumpah neves! da lama kot tinggal mandarin. kadang2 je wa bebel2 dalam mandarin.
tapi tetiba motivate diri sendiri:
A- tukang motivate 
B- diri yang tak yakin
A :"cik reena tan! ko ade hidung kan?"
B: "HADE!"
A: "ko ade mata kan?"
B: "HADE!"
A: "jadi.. nape nak segan! ko kan da lama tak jumpe dorang.."
B: "tapii~ wa da lain.. dulu wa tak pakai tudung.."
A: "alaaa~ bukan dorang tu duduk HK pon.. mesia beb, mesia.."
B: "okeh.. fine! wa pergi sekarang jugak! pfttt~"


keh keh keh
itu la sesi motivate diri sendiri.
setiba di starbuck. wa rasa wa shaking. [neves sangat nih]
so mula borak-borak.
1st soalan dari dorang.
"你要我们讲马来文,华文 or english?"
translate: awak nak kami cakap BM, mandarin atau BI?


masa tu reena jawab. BM boleh?
dan semua berdekah-dekah ketawa.. #malu
borak itu ini.. berkongsi semula cerita.. mengimbau kembali kenangan..
happy sangat. walaupun rasa malu masih berbaki.


lawak! reena yang request dorang cakap BM, BI. 
tapi bila dorang tanya dalam BI, reena jawab dalam chinese. hehe!
tetiba rasa reunion tu macam kelas bahasa. 
dan kawan reena tu cakap: "ur mandarin is still good" 
BANGGA JAP. haha!
#padahal kemain malu~


jom lihat gambar beberapa orang yang datang. :)
-masa ni, reena tak sampai lagi-




-sama sepet je kan, bezanya wa pakai tudung-




-tetiba rasa nak ngorat~ muahaha!-




-tai low time skolah dulu nih. haha!-




-leng chai! hehe. jumpa jugak dengan dorang nih-


tak ramai pun. ade 6 orang semuanya termasuk reena. 
tapi cukup la sekadar mengubat rindu selama 12 tahun tak jumpa.
hope lepas ni ada lagi reunion yang lebih besar. 
[eleh.. kemain. nanti lu jugak yang malu! =.=]


*best jugak bila sesekali jumpe selepas 12 tahun. :)