22 January 2012

Kenapa Inai Lukis Diharamkan?





Salam hujung minggu semua~
mesti ada yang dah tahu kenapa Inai lukis atau lebih dikenali sebagai Henna itu diharamkan.
dan pasti juga ada yang tak pasti tentang isu halal dan haramnya.
-inai lukis/henna-

reena pon tak pasti dan sebenarnya semalam baru reena buat henna dikedai.
setelah gambar henna diuploadkan di facebook, ada beberapa rakan yang menegur bahawa henna/inai lukis itu haram.
kenapa?

orang cakap, jangan menbaca tanpa berguru. tapi setakat ni reena cuma mampu google dan terjumpa artikel ini:

bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
 taken from: Ustaz Nor Amin

ada jugak beberapa orang yang masih was-was dan bertanya pada ustaz tersebut di ruangan komen.
 bagi yang membaca entry ini, korang juga disarankan bertanya pada yang lebih arif.
jangan bergantung semata dengan info bacaan anda tanpa bimbingan lagi-lagi isu agama ni..

dan ini terakhir kalinya reena memakai henna.
-sekali pandang, okeh, ade macam tatoo-

so silap sendiri sebab tak peka pada isu ini. dan i love the word dari Ustaz Nor Amin:
"jangan menghalalkan cara untuk kepentingan peribadi biar Islam yang menghalal dan mengharamkan cara."

*korang buleh rujuk dengan ustaz nor azmi tu jugak kalau ada keraguan. ada fb dan blog. :)