biskut Famous Amos
hai semua~
jangan ade yang terliur plak kt sini. heheh!
siang tadi terlebih rajin. so saje nak try buat cookies.
ada yang tak tahu Famous Amos tu ape? [sila google]
dan secara tak langsung ade yang minta resepi ini dikongsi bersama.
Bahan-bahan: [1 kilo=100 biji]
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan gula perang
- 1 1/2 cawan mentega
- 1 cawan gula
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
- 4 cawan tepung gamdum
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil cream of tartar
- 1/2 cawan walnut cincang [boleh ditukar dengan kekacang lain]
- 2 cawan choclate chips
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara penyediaan:
- 1.pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
- 2.masukkan tepung gandum, cream tar tar, baking powder, garam, susu segar, minyak, garam dan esen vanila. pukul sehingga sebati.
- 3.akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips.
- 4.sudukan adunan ke dulang dan bakar pada suhu 175'C dalam 10-15 minit.
*selepas disudukan ke dulang, pastikan adunan disimpan sementara di dalam peti sejuk.
hokeh. da siapppp.
so bulehlaa korang menikmati biskut famous amos tanpa wang yang banyak.
[gigihh wa buat entry ni sambil komen2 dalam group BP]
*selamat mencuba. kalau berjaya silalah inform reena. :)

