29 December 2011

memasak adalah terapi terbaik. :)



hai korang!
fuhh. rasa macam berkurun lamanya rina tak update.
sejak DOT COM ni pemalas gila nak update blog.
haha!
#saje leteww nak gitau orang lu ade DOT COM kan rina?
=.= <-- muka minta penampo!

ehem.. back to topik asal.
memasak adalah terapi terbaik?
err. err. mungkin ada yang tak bersetuju dengan rina.
bukan nak puji diri sendiri, bukan nak cakap rina pandai masak.
siyes wa pon tak pandai masak. 
tapi bila duduk dapur, try masak itu ini..
komfem korang lupa semua masalah.
tak ingat dah semua perkara luar. 
tapi tabiat rina, kalau duk dapur, laptop mesti ada sekali.
sambil masak, dengar lagu.. 
kahkahkah!
-sila jangan tiru aksi ini dirumah-

orang cakap nyanyi kt dapur dapat suami TUA?
korang nak? 
wa pon tanak tapi benarkah pepatah orang tua-tua tu?
grrr~ buat2 tak ingat je la pepatah tu. hehehe

siapa yang SUKA makan PETAI kat sini?
owh tidak! sumpah wa tak reti makan petai.
tapi mama selalu pesan, tak reti makan tak semestinya tak belajar masak. 
=.= <--- muka akur pada mamanya. [baikkan wa?] 
so dengan berjaya dan kagumnya wa nak cakap, rina berjaya masak sambal tumis petai wehh.
#itu pun nak heboh ke CRT! [sekali lagi sila tampo wa laju2]

-SAMBAL TUMIS PETAI PUTERI BUNIAN-
#cehh, nak jugak puteri bunian. 

dan semalam lepas mama makan sambal petai ni, mama cakap. 
"daging dalam peti ada kan? mama teringin la nak makan asam pedas daging."
so wa dengan gigih google [wehhh, bikin kantoi lu tatau masak jek]
mama outstation arini so terkedek-kedek la rina masak.
lama dah tak makan masak asam daging sampai sendiri pon da lupa cane rasa dia.

-daging tetel masak asam pedas melaka-

fuhh. mesti korang lapo kan baca entry rina nih. hahaha!

dan ini jugak merupakan salah satu sebab kenapa rina jarang update blog. 
manjang bz jadi BIBIK sepenuh masa kat rumah, mama lak busy kerja. :)

*jom kasi idea, sok nak masak pe lak. heh~

27 December 2011

download link tentang DHIA [slot akasia TV3] -STICKY ENTRY-





tempoh hari rina dah buat entry berkenaan drama slot akasia TV3 ni. Tentang Dhia.
so kali ni nak share Download link tentang DHIA.
untuk sinopsis dan download link ost tentang Dhia DISINI

FREE DOWNLOAD LINK TENTANG DHIA

EPISOD 1 [hotfile]- updated
EPISOD 2 [hotfile]- updated
EPISOD 3 [mediafire]- updated
EPISOD 4 [mediafire]- updated
EPISOD 5 [mediafire]- updated
EPISOD 6 [mediafire]- updated
EPISOD 7 [hotfile] - updated
EPISOD 8 [mediafire] - updated
EPISOD 9 [mediafire] - updated
EPISOD 10 [mediafire] - updated
EPISOD 11 [mediafire] - updated
EPISOD 12 [mediafire] - updated
EPISOD 13 [mediafire] - updated
EPISOD 14 [mediafire] - updated
EPISOD 15 [mediafire] - updated
EPISOD 16 [mediafire] - updated
EPISOD 17 [mediafire] - updated
EPISOD 18 [mediafire] - updated
EPISOD 19 [mediafire]  - updated
EPISOD 20 [mediafire]  - updated
EPISOD 21 [mediafire]  - updated
EPISOD 22 [mediafire]  - updated
EPISOD 23 [mediafire]  - updated
EPISOD 24 [mediafire]  - updated
EPISOD 25 [mediafire] - updated
EPISOD 26 [mediafire] - updated
EPISOD 27 [mediafire] - updated
EPISOD 28 [mediafire] - updated
EPISOD 29 [mediafire] - updated
EPISOD 30 [mediafire] - updated
*akan diupdate setiap hari. :) 

25 December 2011

ombak rindu :)

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


setelah 24 hari tayangan ombak rindu. 
dan semalam baru rina berjaya layan filem tu.
tak perlu review kot sebab semua dah berjuta-juta ribu lemon orang dah buat entry review.
dan rina.. 
sungguh tak menahan tengok cite tu.
tersedu-sedu guwa nanges tengok filem ombak rindu.
dan sangat kecewa..
kecawa bukan kerna cerita tak best.
tapi kecewa kerana setelah sebulan baru rina tersedar. rina menang tiket ke malam gala red carpet 29 NOVEMBER 2011 aritu. :(


korang nampak tak tarikh tu? 28nov. T__T


sumpah kecewa lagi buat kali kedua. 
dulu gala nite Lagenda Budak Setan[LBS] rina menang tiket gala nite gak. 
tapi mama tak kasi pergi. 


pendapat rina tentang filem ni.
sebagai penonton yang tak pernah baca novel, rina rasa best cerita ni even ade part yg nampak sangat dipotong-potong.
dan lebih dari setengah jalan cerita tu buatkan rina nanges tak ingat. sedu2 wehh. 
kua cinema hall je bengkak mata. 


dan malam ni masih melayan perasaan. #gelora


*mata dah macam panda. semalam tidur tak cukup. o_O

23 December 2011

Buai Laju-laju.. saya nak kahwin dgn anak raja~ eh?

tua-tua bangka pun duk main buaian. :p

siapa tak pernah dengar lagu tu?
"buai laju-laju.. saya nak kahwin dengan anak raja...~"
kalau tak salah la, ni lagu dalam cerita "bawang putih, bawang merah"

dari kecik lagi kalau naik buai je mesti rina nyanyi lagu tu.
haha! 
#berangan leteww nak kawen dgn anak raja!

sebenarnya kebosanan melanda. 
idea nak mengupdate pon takde.
itu yang jadi entry mengarut nih.

tapi di saat mengisi masa yang terbuang..
ni lah aktiviti bersama anak buah rina
petang-petang jenjalan kat taman tasik, makan angin. :)

ni la budak gemok yang meneman maksunya berjimba sekarang.



perasan sesuatu?
ohyaa.. memang nampak tembam bila rina bergaya tudung sebegitu. :p


rina datang tempat ni je mesti ingat dak Blogger Perak.
sbb disini la lokasi Photoshoot masa gath Burmese Julai lepas.
#maksudnye wa rindu korang wehh. :)


*cepat masa berlalu kan. tau2 da nak masuk tahun lain dah:)


20 December 2011

Tempahan Baju Blogger Perak

TEMPAHAN BAJU BLOGGER PERAK [BP]

Assalamualaikum, tempahan semula baju BP dibuka.
berikut adalah cara-cara tempahan:
    • Isi borang tempahan dibawah dengan lengkap dan hantar.
    • Pembayaran harus dibuat selepas tempahan dilakukan secara bank in, bank transfer.
    • Slip pembayaran haruslah disimpan dan emailkan bukti pembayaran itu pada reena.
    • Sila SMS sejurus selepas anda buat pembayaran [penting]
    • Tempahan yang tidak dibayar dalam masa 5HARI akan dibatalkan. [mohon perhatian] -jika ada permasalahan maklumkan secepat mungkin


                                  


Harga Sehelai RM25 sahaja [tidak termasuk kos penghantaran]
      • Tambahan RM5 [untuk penghantaran melalui pos]
      • By Hand adalah hanya untuk sekitar kawasan Taiping dan berhampiran sahaja.



Tarikh tutup tempahan dan bayaran: 10 JANUARI 2012
ingin membuat tempahan? sila isi borang dibawah.


BORANG TEMPAHAN



Nama Penuh & Nama FB





No HP:





Alamat:





Kuantiti:





Saiz:


XS
S
M
L
XL
XXL
XXXL


Cara Penghantaran:





Maklumat Tambahan:






isi ruangan Maklumat Tambahan jika ada sebarang keraguan atau pertanyaan. :)






This contact form was created by Freedback.



Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan anda boleh hubungi:
          • Email : greenrose1213@gmail.com
          • Call/SMS : 019-5516046 [sila nyatakan nama anda]
          • Maybank : 108057262958 [Sandereena Tan]


PERINGATAN: SILA SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN DIMASA HADAPAN.
Tempahan yang tidak dibayar selepas 5 HARI AKAN DIBATALKAN secara automatik. 
[sekiranya ada masalah pembayaran, sila maklumkan SEGERA]

19 December 2011

Dena dan Ariff love story :)

"bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah"
ohsem gila the guy propose this girl.
walau video ni bukan tuju untuk rina, tapi rina tetap nak terharu aci tak?
video ni rasanya dah tersebar luas di laman muka buku.
hati mana tak tersentuh nak2 lagi perempuan kan?
semua pakat la berangan dah ni.

really owesome bagaimana Ariff melamar Dena. :)


'give us the best halal relationship till in Jannah. INSYAALLAH"
congrat to you Dena and Ariff.

taken from: Dena blog
[mesti lepas ni femes blog beliau]

suweet kan mereka. :)

*tengok video tu buleh senyum-senyum sorang dan tersentuh hati. :')

18 December 2011

nak blog masuk REMAJA?

selamat hari minggu semua. :)
korang pernah baca tak majalah Remaja?
bagi yang pernah tu pasti korang tau dalam majalah tu ada segmen 'BLOGSPOT'
dalam tu ada segmen review blog bagi blogger-blogger.
mesti ada yang tertanya, macam mana blog itu dipilih?

review blog dalam majalah remaja macam ni. 


atau blog ini: admiral hafiz

untunglaa semua yang masuk remaja retis-retis belaka.
[retis: artis]

so rina nak kongsikan cara untuk blog anda direview oleh pihak Remaja.
[walaupun guwa tak pernah direview lagi]

Ingin REMAJA review blog anda?? 
senang sahaja anda hanya perlu ikuti syarat-syarat seperti di bawah ini:
1.Sila sertakan nama penuh, alamat, umur
2.Ringkasan blog anda(pastikan yang terbaik)
3.5 print scrn pic blog anda
4. Hantarkan ke m.shahir@karangkraf.com

hanya yang terbaik akan kami masukkan ke dalam REMAJA!!!

iklan diatas ni rina ternampak group FB 'remaja' yang update. 
so sesiapa yang rasa nak jadi retis, buleh la cuba ye.
mesti ramai gilaaa yang cuba nasib.
kalau korang bertuah, dapat la direview oleh REMAJA. 

*blog guwa tak fofular. tayah berangan nak masuk REMAJA. :p

15 December 2011

download link Aku Bukan Tomboy

Release Date: 17 November 2011 (Malaysia) 
 Country: Malaysia 
 Language: Malay 
Genres: Comedy 
Quality: DVDRip

SINOPSIS
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. 
Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. 
Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

DOWNLOAD LINK [mediafire]:

*selamat menonton semua. :)

13 December 2011

selamat hari 13.12.11 :)

hai korang.. :)
sejak detik jam 12 tengah malam semalam lagi.
rina asyik tersenyum je..
alhamdulillah.. dah melihat muka bumi ni selama 23 tahun.
cantekkan tarikh hari ni. 13.12.11

terima kasih pada semua rakan FB, rakan skola, rakan blog dan semua yang mengenali tak putus2 ucapkan birthday untuk rina. 

siap ada birthday wish special lagi dari DeritaMerindu.
tenkiu DeritaMerindu.:)

dan tenkiu jugak kepada BroFramestone yang hadiahkan domain pada rina. 
[untunglaaaaa guwa dah dot com. :p]

ada yang bertanya..
"tak sambut dengan bf ke?"
sumpah guwa sentap dengan soalan nih.. o.O
encik chenta hati rina jauh di utara.
cukup semalam dia call dan nyanyi2 untuk rina. :)
tenkiu syg.
[nanti kte tuntut hadiah dari kmu tau syg!]

dan incik angah yang hadiahkan shawl untuk rina. mekasih. :)
dak-dak blogger perak. korang hadiah terbesar buat guwa tau! lebiyu semua. 

sebenarnya hari ini sama seperti hari-hari lain.
tapi kakak rina datang tadi hantar kek bufday.
the cake is here.. 

tapi......

siapa nak tolong nyanyikan lagu birthday untuk rina?
-siyes kek tu tak tersentuh lagi.-

#eh? tak rasa umur 23 pun? -alamak! tergtau umur plakkkkk! :p

Kuala Lumpur banjir..

terdengar heboh di FB dan Twitter.
KL banjir?
betul ke? 
dahsyat jugak hujan sampai banjir KL tu.

dan ini gambar yang rina dapat dari FB.


siapa yang duk KL? 
sila sahkan keadaan disana. :)

*naseb baek masa g pangkor hujan sket je. 

Blogger Perak menjajah Pulau Pangkor





salam semua..
di entry sebelum ni rina da ceritakan sedikit intro pasal gathering blogger perak.
mari kita mulakan cerita. :)


LOKASI : TELUK Dalam, Pulau Pangkor
Tarikh : 10-11 Disember 2011
Campfire Blogger Perak

tapi sebelum rina mulakan cerita perjalanan gath. nak ucap TENKIU banyak2 kat Pisyek sbb beliau sapot rina separuh untuk gathering ni [rasa cam hadiah bufday plak]. tenkiu pisyek.. 
-ni penaja utama guwa-

geng BP yang berkumpul di taiping terdiri daripada 7 orang yang join gath kali ni. seperti biasa, dorang berkumpul di rumah rina sebelum bertolak. [guwa kan kakak kawasan]
dalam perjalanan tu da bebel itu ini, borak borak sampai sedar tak sedar, sejam lebih dah pon tiba di pekan LUMUT. kami yang dari taiping ni sampai awal. so tunggu la yang lain dari UTP/IPOH/KL. 

setibanya mereka. rina dikejutkan dgn suprise dari AL! mati-mati rina ingat al tak pergi tau. :') [terharu ai]. so terus naek bangunan parking bertingkat. 

-sedang bergerak turun dari bangunan parking-

-yeahh~ kami nak pergi pangkor!-

dan setiba di Jeti, kami mengalami masalah komunikasi kerana anak buah pak cik yang uruskan tiket tu tunggu tempat lain. brrrr~ sabo jela kami menunggu hampir 2 jam lebih.
dan akhirnya kami naik juga feri.

-kami buat feri tu cam BP punya je. huha huha sana sini.:p-

-tenkiu adib for dis pic [rasa cam retis2 lak pose ceni] hahah!-

masa dinanti-nanti telahpun tiba. yeay~ dah sampai chalet! 
[mula-mula takot gila sebab jauh ke dalam hutan, pastu sampai je nampak bewak terdampar atas batu pantai] =.=

-seperti biasa.. sampai2 je snap gambo dulu.. [16org je ni sebab iera solat n abg fadil tak sampai lagi]-

lepas makan-makan, mestilaa sesi bermandi laut~! :)

-hureeeeyy~ ini laut guwa yang punya "reez"-

-takpe laa. biar la aku balikk sekarangg.. -merujuk kepada kejadian antara ruzz n aim- :p

-kami mandi pulau, korang hado?-

bila dah ada kat pantai nih. rugi pulak tak buat sukaneka kan?
so ada la beberapa game yang di ketuai oleh ruzz yang masih tidak stabil emosinya kerana beliau memandikan samsung beliau dengan air laut.. [sumpah guwa risau lu ngamok je mase tu] haha!

-belon yang berisi tepung!. sumpah guwa takot gila nak tiup kasi pecah wehh. tapi kagum sebab berjaya pecahkan 2 bijik!-

SESI MALAM:
-abg fadil pon da sampai!
-ada BBQ, karoke [semua teruja dengar aten yang suaranya sangat retis!]

-ayam BBQ yang rina langsung tak g bakar [saket gila kepala]-
*tapi karoke tak saket pale. :p

-aten the retis!- 

-safwan yang mencari lagu FT takde.-

-Jeton dan Adib lawan nyanyi sape sedap. eh?-

[wehh. pesal guwa rasa entry ni bosan? haaha! panjang ag nih.]

sedang kami kusyuk berkaroke, tetiba lampu ditutup kononnya nak feel mentik2[romantik] sket nyanyi lagu jiwang. [kebetulan time tu lagu dalam album 'heart'] dann tetibaa...

jeng jeng jenggg!

"ALLAH SELAMATKAN KAMU~ ALLAH SELAMATKAN KAMU~~ "
-birthday suprise untuk novemberian dan decemberian- [rina pun tergolong tau!]

-mekasih korang- :)

dan baru la bermula sesi ice breaking [dah gurau senda tak igt dunia baru nak ice breaking?] haha

-"hehehehehee~ orang semua cakap teman ni garang.." :p-

-"hmmm. apalah nasib aku malam ni. da la kena tepung, takde orang minta number telefon aku punnn." 

-"nama teman syamsid, nama glemer teman JETON.. cik reena tan cakap nama teman comel!"-

begitu panjang sesi ice breaking. lepas dari tu, ada yang main batu seremban[dan selepas ditegur, terus guwa tak berani main memalam], main ABC!, dan dengar aten yang bermain gitar. sesi buat unggun api.. [fuhh. panjang kalau nak cerita satu-satu. rina rasa malam tu masa sangat berharga, sampai rasa sayang nak tidur.. so kami berempat stay up malam tu]

dan keesokan harinya, kami meninggalkan tugu peringatan sebagai tanda BP telah menapak di Pulau Pangkor.. :)
-lambaian utk korang yang tak pergi!-

-TDDMKA untuk yang tak pergi. lalala~-
[TDDMKA = Tangan Di Dada Mata Ke Atas]

haa. part ni paling best! main "nenek-nenek"

- "guwa sumpah lu jadi bewak yang terdampar atas batu!" ting ting ting! -Al & Safwan-

cara mudah nak detect abg reez~ cari perut
cara mudah nak detect abg fadil~ kuruh kering & loghat ganu [sila jgn tipu sebut nama ruzz. terbukti sgt bila lu sebut ruhzz]
cara nak detect pisyek?~ bulu kaki banyak. erk? hahah

dan akhirnya tiba masa untuk pulang. hujan ye masa ni.
1st trip yang naik van da selamat berlepas.
then yang kami tinggal ni terpaksa naik boat dan motor sbb van takleh masuk, takot jalan licin.
fuhh fuhh. nebes naik boat tanpa life jacket.
[tapi guwa kelihatan cool berbanding yang lain. best woo~]

-korang hado naek boat ceni?- :p

tiba je di jeti, feri pon baru bergerak. hu~ 
part ni ada la yang sampai awal di jeti tu bising-bising kan cakap kami lambat?
-tayah tipu... guwa tauu :p-
biasa la sebab korang tunggu lama kan.
guwa redha je. sebab bukan kami sengaja nak lambat pun. 

-menanti next feri sambil ngap choki choki-

-"aku redha.. aku terpaksa tinggalkan kamu.. pulau pangkor" ~safwan-

-"im still invacation mood" -hani-

gath kali sangat fun.. 
tenkiu kepada geng BP ipoh yang anjurkan gath kali ni.:)
tenkiu incik angah sebab menjadi driver.
tenkiu pisyek.
tenkiu semua 4 the suprise bufday. 
tenkiu sebab kasi guwa berbedakkan tepung.
-korang adalah hadiah bufday guwa yang terbaek tau! :')-

antara yang hadir gath kali ni 18 ahli Blogger Perak:
                        Syamsid [Jeton] - flymoo.blogspot.com
                        Al -                      chentahatyaliaafiq.blogspot.com
                        Rahim -                kindofsoul.blogspot.com
                        Ruzz -                  ruzzezanie.blogspot.com
                        cik niaa -             cendawanpolkadot.blogspot.com
                        aten azhar -         mizzatendiary.blogspot.com
                        pisyek kumar -     www.pisyek.com
                        adired adib -        adiredadib.blogspot.com
                        safwan seth -       www.safwanz.com
                        BroFramestone -  www.broframestone.com
                        Reezluv -             www.reezluv.com
                        muhd fadil -         www.penyuagar.com
                        nurhani hidayah- hanikunie.blogspot.com
                        Cik Reena Tan -   www.cikreenatan.com
                        adish shida -        cahayanurqasih.blogspot.com
                        incik angah -       angahshark.blogspot.com
                        ierakan -             www.nurseira.com

pada yang tak join tu. memang rugi sesangat tau!

L.O.V.E


#i love BP. :)