27 November 2011

aku naik pelamin lagi~

tettt! rina naek pelamin?
mesti laaa.
tapi naik pelamin orang lain je.
alhamdulillah. tanggal 25 November 2011.
termeterai ikatan yang sah antara Rossa dan Raffi.
seorang lagi sepupu rina menamatkan zaman bujangnya.
tahniah shikin[rossa].. 
lets picture do the talk. :)



alhamdulillah. selesai upacara akad nikah dengan satu lafaz. :)


SAH. kucupan manis didahi isteri. 


ni sepupu rina. same tak muka kami?


madu empat? owh noo~ 
[shikin with her mom n sister's]

pengantin yang serba serbi putih. :)

err. err. abaikan. =.=

dan akhir sekali.
.
.
.
.
haha! pengantin sibuk melayan tetamu, guwa ceroboh pelamin dorang. :p



akhir kata dari rina:
Selamat Pengantin Baru Rossa dan Raffi.
semoga berkekalan hingga ke nafas terakhir. :)

Lovers don't finally meet somewhere. They're in each other all along.
*gambo non edit. kemalasan melampau. :p

24 November 2011

download link April Bride [2009] - J-Movie


April Bride with english subtitle

Summary: This tearjerker concerns a young woman who receives the most devastating news of her life: not only has she developed breast cancer, it is quickly metastasizing throughout her body and she has only a short time to live. Aware that the news will threaten to destroy her relationship with her boyfriend if he learns of it, she unsuccessfully attempts to conceal the information from him; he finds out anyway and plans to marry her despite her prognosis of only a month left to live.

2009

9/10 star

download link[mediafire]

*selamat mendownload. :) 

23 November 2011

terima kasih chenta ♥




Gratisan Musik




awak..
awak tahu tak saya sayang awak..
sayang banyak sangat!!
sayang banyak macam ni

awak selalu pesan.
suruh makan banyak-banyak.
walaupun awak tahu saya ni dah gemuk kan?
awak cakap takpe. gemuk pon awak sayang. :)

awak..
 kita rindu nak gelak ketawa dengan awak.

rindu dengan usik gurau senda awak. :(
 rindu sangat nak borak dengan awak.

kalau buleh. nak sangat sentiasa ada dengan awak.
tak kira kemana pun. 



awak..
kadang-kadang kita selalu gaduh dengan awak kan?
saya ni mengada..
saya ni kuat merajuk.
saya ni degil.
saya minta maaf.
sebab saya betul-betul degil. tapi jauh dalam hati saya.
awak je saya sayang tau.

awak..
saya selalu tunggu sms dari awak tau.
walaupun saya tahu awak sibuk.
awak..
bila saya rindu awak..
saya suka baca mesej pesanan awak tiap2 kali sebelum tido.
kadang-kadang saya baca sampai saya tertido.
dengan harapan semoga dapat saya berjumpa awak dalam mimpi

awak..
saya minta maaf lagi.
kalau awak tak suka saya buat entry ni.
awak jangan salahkan diri awak.
saya yang bersalah.
sebab saya selalu tak sabar.
saya selalu harapkan apa yang awak tak mampu buat untuk saya.
tapi yang penting, saya nak awak tau. 
tak kira jauh mana awak.
awak selalu dekat dalam hati saya.

terima kasih awak sebab sentiasa cintai saya. :')

*entry jiwa kacau. ♥♥

22 November 2011

rumah dah banjir wehh~!

memang banjir tapi ni gambar bulan April aritu.

rumah rina ni kerap jugak banjir. 
nak-nak lagi kalau hujan lebat gile tak berhenti 2,3 jam.
memang naek air la. 
tapi alhamdulillah tak teruk sangat.. 
pernah skali 2 je air masuk rumah.

sekarang ni da musim tengkujuh.
kawasan Pantai Timur cam Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa negeri lain yang turut mengalami banjir.
dulu masa belajar kt UMT. tabah la jalan kaki berpayung2 bagai nak g kelas. ikut jalan belakang pulak air naik. haha!

bagi yang kawasan rumah anda selalu mengalami banjir.
pastikan korang simpan dokumen2 penting dalam fail dan letakkan di tempat yang tinggi.
dan yang paling penting awasi anak-anak kecil supaya tidak asyik bermain air. 
takot kang terlemas. tak pasal2 hilang nyawa. 

bagi rumah-rumah yang dah mula banjir tu..
nahh rina kasi nih.
.
.
.
.
selamatkan diri anda... :)

rina doakan semoga semua selamat. harap tiada yang buruk berlaku kepada mangsa-mangsa banjir :)

haa. tak lupa jugak bagi yang dah plan kenduri kahwin hujung2 tahun ni. 
jangan korang bersanding atas boat sudahh. 
macam ni pon style
nape dah 2 entry guwa cte pasal kahwin nih.. grr~

*harap2 rumah rina pon tak banjir la. baru 3 hari lepas rumah naik air jugak. huu~

bila cuti sekolah tiba..

seronok bila berceritakan tentang cuti sekolah.
seronok tu untuk 5/6 tahun yang lepas bagi rina.
jugak bagi adik-adik yang masih lagi di alam persekolahan.

ingat lagi dulu, bila hujung tahun je, dpaat kalender.
gigih mengira cuti sekolah yang ada. bulan berapa.
haha! sebabnya?
time cuti sekolah tu la nak bangun lambat2.
time cuti sekolah tu la nak pulun tengok TV sampai lebam!
time cuti sekolah tu jugak la berfikir nak pergi bercuti kan?
tapi zaman rina dulu nak bercuti tu susah la sebab mama berniaga kedai makan.
cuti tak cuti, memang kena tolong mama berniaga. hihi

bila bercerita tentang CUTI SEKOLAH ni.
pasti ada 4 perkara yang menarik.

yang pertama:
tadaaa~ ni la golongan yang paling bahagia bila cuti sekolah tiba.
guwa dulu siap kire bape hari cuti skolah dalam tahun tu. haha!

yang kedua:
haa. sape tak faham lagi tengok gambo nih?
time cuti sekolah jugak la. budak2 bakal dipotong belalainye. erk?
oke2. berkhatan beramai-ramai. hihi!

yang ketiga:
time cuti sekolah la family bercadang untuk pergi bercuti bersama-sama.
yela anak-anak kan cuti. so ni la time paling sesuai nak habiskan masa bersama keluarga kan?
#tapi rina tak suka bercuti time sekolah cuti, sebab tu peak season, everything nak mahal. tapi tak kawen lagi lain la kan. 

dan yang paling utama disini

yang keempat:
err. err. [ini hanya gambar hiasan! :p]
golongan yang terakhir ni pulak adalah orang-orang yang bakal nak kahwin.
fuhh. kalau datang musim cuti sekolah je.
berderet haa jemputan walimatulurus. 
lagi2 bile time tarikh cantek2 plak. cam tahun ni:
01.01.11
11.11.11
13.12.11 <-- ade orang kawen tak tarikh nih?
[saje nak gtau tarikh HARI JADI guwa cantek tahun nih!]
kbai!

*lecturer guwa pernah cakap. ramai orang suka kahwin time musim hujan. 
[tak faham? guwa pon tak faham.. =.=]

20 November 2011

izinkan suami berpoligami, isteri peroleh payung emas.

salleh yaakob kini sering menjadi ikon poligami.

kenapa? dia mampu. kau hado?

fuhh. mesti sang jejaka sekalian seronok rina buat entry ni kan?
sebenarnya terpanggil untuk buat entry ni lepas tengok cerekarama TV3 malam td.
PAYUNG EMAS

antara skrip dalam cerekarama tu.
"baiknya hati kau izinkan suami kau kahwin lain, payung emas menanti kau di syurga nanti"

ada yang mengatakan tiada hadith yang sah bahawa isteri yang membenarkan si suami berpoligami ganjaran payung emas diakhirat.

ganjaran buat isteri yang membenarkan suami berpoligami:
Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-
إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

bagi si suami jangan pula gunakan alasan hadith-hadith ni untuk ambil peluang untuk tambah cawangan pulak. :p

ketahui kemampuan anda.
layakkah korang ni nak tambah cawangan kalau nak bagi bini yang sorang yang makan pon tak berapa nak cukup.

syarat-syarat berpoligami:
1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
  • Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.
3. Disyaratkan pula berlaku adil
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
  • Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami.
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak.
5. Berkuasa menanggung nafkah.
  • Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
  • Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya.

bagi si suami yang rasa-rasa nak tambah cawangan tu, sila tepuk dada, tanya kemampuan diri. [bukan tanya selera ye]
jangan tahu nak tambah cawangan je. tapi tanggungjawab terabai. tanggung dosa sampai kesudah. 

*renung-renungkan dan selamat beramal. :p 

penangan ayam bakar, Kenduri tak jadi


hai korang!
entri ni sepatutnya semalam lagi rina cerita.
tapi tertangguh lak.
al kisahnya. semalam mama rina ajak temankan beliau untuk ke kenduri.
dengan senang hati la rina setuju kan.
sebab dapat makan kenduri kan.

setiba di rumah yang sepatutnya kenduri.
mama tanya.
"sandy, hari ni berapa haribulan? 20 kan?"
rina pon pelik. 
"hari ni 19 laaaa mama!"
sudahnyaa bukan kenduri tak jadi. tapi kami yang salah haribulan. :p

so gerak la ke bagan serai sebab mama pernah cakap makan ayam/ ikan bakar kat situ sedap!
tengok da kan gambo di atas?
sesungguhnya ayam bakar percik dia SANGAT MARVELOUS

-ini pak cik yang setia membakar-

bukan ayam bakar je ada. ikan keli bakar, talapia bakar, kembung bakar.
[saat menulis entry ni, da terliur da]

harga pon berpatutan.
tadi makan dengan mama.
nasi 2, ikan keli bakar 1[besar] dgn air asam, ayam bakar 1ketul, sambal kerang, daging masak kicap, air teh ais 1. semua baru dalam rm15.
berbaloi la harga dengan kesedapan ayam bakar percik and ikan keli bakar.

sambil-sambil makan dengan mama, rina cakap.
"mama.. ramai orang salah haribulan kenduri jugak ke nih?"
nak tau kenapa?

tetiba lepas ktorg pergi makan, ramai orang datang makan. 
dah la semua berbaju kurung cam rina dengan mama. :p
sah! dorng salah haribulan g kenduri gak tuuu. 

*kedai ni dekat dgn simpang PARIT GABIS. jalan nak ke Bagan Serai. 

18 November 2011

kerana cinta aku turutkan.


"JANGAN KERANA CINTA, MASA DEPAN DAN HIDUP ANDA TERSEKSA"
ni petikan dari blog BroFramestone yang retis.
bila baca entri yang dibuat beliau, rina komen kemain panjang. 
so sambungannya rina buat entry. [dah macam entry balas]

masalah ini semakin berleluasa kian hari.
hari demi hari makin banyak kes dipukul kekasih, tinggalkan ibu demi kekasih, lari rumah kerana kekasih. semua kerana KEKASIH.
bagi pendapat rina sendiri. 
insan yang bernama perempuan/wanita ini bodoh.
[rina tak maksudkan semua tapi kebanyakannya sekarang]
semua demi CINTA, semua demi SAYANG.
perempuan sanggup terima apa saja keburukan lelaki itu.
tak kisah lelaki itu penagih dadah, perompak atau pembunuh sekalipun.
kalau mata wanita ini telah dikaburi cinta maka bagi dia, itulah yang terbaik baginya.

perempuan ini berhati lembut dan sering menjadi orang yang selalu menagih kasih.
cukup la kalau lelaki tu tunjukkan dia sayang sket, 
pukul sepak terajang la perempuan sekalipun, jauh didalam hati perempuan itu masih ada kemaafan buat lelaki itu. see? bodoh kan perempuan ni kadang-kadang.

buktinya?

tapi ceritanya disini, wajarkah kaum lelaki ni yang baru bergelar kekasih nak sepak terajang/ugut si kekasihnya?
bahkan dalam rumahtangga pon islam tidak menggalakkan suami memukul isteri jika tak bersebab.
si suami halal memukul isterinya apabila berlaku nusyuz (derhaka) atau isteri meninggalkan kewajipan agama spt solat, menjaga anak, puasa, mandi hadas, dan seumpamanya 

(Imam Muhd Abduh, tafsir alManar, ayat anNisaa':34)
dan Maksud keharusan memukul isteri ialah pukulan yg tidak berkesan (kpd fizikalnya) (Hasan alBasri), juga bermaksud pukulan yg tidak melukai (Musnad Imam Ahmad) atau pukulan yg tidak menyakitkan (Ibn Majah dan Termidzi) dan pukulan yg tidak ada unsur dera dan siksa (Fi Zilal)

jadi apa hak sang kekasih nak memukul perempuan ini?
so kepada semua kaum wanita/hawa,
jangan biar diri anda diperlembukan.
bercinta sudah berani ditangan-tangan kaki kan. dah kahwin?
simbah asid? dera?
wanita diciptakan untuk disayangi, diberi kasih sayang.
manakala kaum adam dicipta untuk menjaga/ membela maruah perempuan.
maka renungkan bersama.


STOP HURTING US wahai kaum lelaki. :)


kredit kepada broframestone kerana entry beliau telah mewujudkan idea rina untuk membebel panjang disini. 

17 November 2011

#spontaneous thursday / life

If you cant fly then run,
If you cant run then walk,
If you cant walk then crawl,
but whatever you do,
you have to keep
MOVING FOWARD. :)

16 November 2011

ini kisah ASMARA

hai korang!
eh.. nape rasa cam pelik je tajok entry kali ni.
sebenarnya nak tulis ASRAMA.
so takpela. malas plak nak betulkan. haha

semalam masa keluar ikut mama rina pergi Giant beli barang-barang dapur, 
tengok ke arah PICK n MIX tu. tetiba rindu nak makan steamboat budget rendah.
haa. mesti korang tatau kan cane tu steamboat budget rendah.
ni la menu paling heaven rina dengan roomate time dekat asrama dulu.
[adik-adik yang duduk asrama, sila jangan ikut jejak langkah kakakmu ini]
so bercerita tentang life asrama.
rina ni style yang suka memasak.
so dulu masa duk asrama, wajib la ai bawa periuk nasi kecik.
rina dulu jawatankuasa dalam kolej.
[da keluar UMT baru leh cerita, kalo tak nanti kena rampas naya je]
korang bayangkan, periuk nasi tu la rina buat masak nasi,
periuk nasi tu la rina masak megi
periuk nasi tu la rina buat masak lauk/sayur,
periuk tu jugak masak nasi lemak,
periuk tu jugak masak spagethi..
haaa. dasyat tak periuk nasi rina?
jangan sangka periuk kecik tak berjasa.
ini la orang cakap kecil-kecil cili api. [ade kaitan ke?] haha
sangat la rindu semua tu.
semalam bila fikir nak masak steamboat buatan sendiri tu, rasa tak best lak makan sensorang. Nadia!! akak rindu la zaman tu :(

jom nak share sket gambo2 bilik time kt asrama.
ini katil saya! rindu~

meja study yang masih kelihatan suci. :)

tadaa~ ni la steamboat budget rendah. RM6 da buleh makan sampai lebam!
[fufuhh rindu!]

mushroom soup pon buleh masak ye. :) [periuk nasi kat belakang tuu]

ni meja rina selepas ditinggalkan. see? nampak cam dapur kan?

telur, sos tiram, minyak masak, garam, lada, mayoniese. hah? apa lagi tak cukup?
haha

still masih berfikir nak buat steamboat budget rendah tu. tapi makan sorang? 
cam tak best je. 
semua orang ade kisah tersendiri di asrama kan?
jom share cerita korang pulak. ^^

jangan lepas korang baca entry ni pakat nak bawak periuk nasi p asrama sudah. 
naya guwa. okbai!

15 November 2011

hobi guwa dulu dan sekarang.

setiap orang pasti ada hobi tersendiri kan?
paling best kalau time zaman skolah dulu.
bila ditanya cikgu pe hobi kita?
yang jawab pon skema2 je kan.
membaca, bermain bola, mengumpul setem, membantu ibu dirumah.
hahaha! sumpah lawak kalo diingat balik.
tapi budak-budak zaman sekarang mesti da advance sket.
mesti dorang jawab:
onlice facebook, main angry bird, blogging. ye dak?

tu tolak tepi la. so rina nak ceritakan pe hobi rina dulu.
rina memang suka membaca. [ehemm. tak cite abes lagi]
membaca komik tau. haha! 
dari kecik memang pengumpul setia komik demon[doraemon]
pastu komik anak-anak sidek. 
tapi dah besar2 ni suke komik gempakstarz.
sebenarnya nak tunjuk koleksi semua komik2 tu, tapi malangnya..
rina ni dulu ade anak sdara yang duduk bersama.
so, aunty dia ni pengumpul, dan dia pulak tukang menghilangkan. grr~
so tinggal ni la koleksi yang buleh rina tunjuk.
ni koleksi Le.Gardenie [complete]



Lawak Gengkey, Lawak Cambest, Lawak Seleb, Lawak Shabu2
[banyak hilang sebab abg dengan anak buah guwa baca pastu tatau mana pergi, grr]



Lawak Kampus memang terbaik.
[still byk yang hilang. grrr!]


ni baru separuh dari koleksi. 
belom lagi komik UTOPIA. zaman tak pernah miss dulu. dari 1st edisi sampai 200 kot, ade miss pon 2,3 je. 

ni kisah hobi rina dulu.
sekarang?
.
.
.
.
siapa tak nampak tu, klik la untuk tumbesaran sihat.:) [naseb la nampak PS typo sape]
haa. mesti pelik pe hobi ni kan?


kalau sekarang rina still skolah, and cikgu tanya. apa hobi awak?
rina nak jawab ceni.


HOBI SAYA MENGUMPUL PRINTSCREEN TYPO CIKGU!!
[bhahaha~ ai memang suke bahan orang]
jahat kan? jahat kan?


*sampai guwa dicop 'pengawas typo' dalam group Blogger Perak. :p

14 November 2011

TYPO. apa itu typo?

hai semua.
mesti ada yang tertanya-tanya kan. 
mana datangnya istilah TYPO. apa itu TYPO?
rina pon dulu tak faham sangat dengan semua ni.
nak kata bahasa perancis, takkan la kot.
tapi bila pernah dibahan kerana tersalah typing.
sejak itu la da tau apa itu TYPO.
tapi nak dijadikan cerita.
kawan blogger rina yang datang beraya aidiladha tempoh hari bertanya:

"wehh. typo tu apa? penat aku google search cari maksud typo, tapi takda."
"haa.. betul2. aku siap guna google translator"

so dengan rajinnya, rina pon godek2 dalam google, cari mana datangnya istilah TYPO ni.

The definition of TYPO is "Typing mistake"

ataupun maksud typo yang lebih lengkap

a mistake in printed matter resulting from mechanical failures of some kind


so mungkin rina boleh ringkaskan bahawa TYPO ini adalah slang internet ataupun istilah internet. sebab dalam wesite internetslang ni pun ada maksud bagi SPAM.

contoh TYPO:
REBONTING atau rebonding?

COLEM atau comel?

MANAJ atau manja?

ini adalah contoh-contoh typo yang sering berlaku.
ada jugak istilah TYPOGRAPHY: is the art and technique of arranging type in order to make language visible.
sumber: wikipedia
ni adalah contoh typography:

dan sekarang baru rina fahamm.
kenapa cha sokmo typo.
sebab blog dia pon da menunjukkan beliau sorang yang typography:

pemilik header: SyahadaSubri

*sekian entry yang penuh fakta berkenaan TYPO, TYPOGRAPHY. hope korang jangan pertikaikan lagi yee. [tuju kepada orang2 yang tak puas hati membantah TYPO :p]