31 October 2011

Photoshoot bersama SyahadaSubri [part 1]

alhamdulillah.. 
rina dah selamat sampai ke Taiping bumi terchenta.:)
dalam entry sebelum ini rina ade nyatakan tujuan rina ke johor kan.
ok, back to topik asal.
nak share hasil kerja bff rina nih. cha/syahadasubri.

ni kali kedua rina jadi talent beliau yang tak bape ade talent. hihi
tenkiu weh sebab sudi snap pic aku lagi.
ni entry 1st photoshoot rina dengan cha.
lokasi: Taman Tasik Taiping. 
photographer: SyahadaSubri









ade lagi gambo. tunggu next entry plak. hehe!

#ape beza gambo photoshoot ni dengan photoshoot lama? 
[persamaan je wa nampak, TEMBAM! =.=]

Perak!!here i come.

Ehemm. Setelah hampir seminggu rina meninggalkan taiping.
Yela bz menuguruskan perkahwinan pak ngah rina.
Alhamdulillah semuanya dah selesai.
Tak sabo teman nak pulang ke perak nih.
Rindu nak update blog dengan laptop.
Rindu nak berjimba dengan dak blogger perak nihh.
Haaa. Ni gambar wa saje gedik nak tunjuk inai. Hihi


selamat pengantin baru pak ngah dolah n mak ngah rokiah. :)

#meriah yuu.

*ok, nak g siap blk perak. Bai. Doakan perjalanan rina selamat ye. :)

30 October 2011

bila ibu mertua bermuka-muka

Haa. Tajuk da howt2 gitu.
Currently tgh tengok tv3.
Tak pasti sangat tajuknya."keampunan yang tertangguh" rasanya.
Seriusly ibu mertuanya sangat lah bermuka-muka.
Menantu dibuatnya macam orang gaji, tiap2 tahun wajib beraya pertama dirumahnya.
Itu je takpe, suami pulak anak mak. Oh mai god. Mmg terseksa jiwa raga kan.
Manusia ni macam2 ragam. Tak semua ibu mertua yg kejam camtu, tak semua ibu mertua yang bermuka-muka.
Mama selalu pesan biar suami yang boleh bertolak ansur dgn kita. Jangan kita sendiri yang makan hati.

Mohon dijauhkan dr mertua yang bermuka-muka. :)

#menantu pon jangan buat2 lupa diri, tak reti2 masuk dapur. Itu memang komfem ibu mertua benci.

29 October 2011

nikah

Salam sabtu semua.
Alhamdulillah, dah selamat diijabkabulkan.

Heppp!! Bukan rina yek. #wa belum sampai seru. Hihi
actually pak ngah rina yg selamat diijabkabulkan.
Currently rina ada kt bukit serampang Johor.
Baru selesai majlis akad nikah.

Jugak tak lupa, mari sedekahkan al fatihah kepada arwah mak ngah rina.


Tahniah sekali lagi buat pak ngah dan mak ngah baru
abdullah bin yusof dan rokiah bt abd rahman.

25 October 2011

perjalanan ke Johor

Salam semua..
Rina dalam perjalanan ke johor nih.
Gigih plak update blog pakai tab mama rina. (untunglaa mama wa pon pakai tab.)
Ekceli nak ke johor sebab ade kenduri bersanding dan bertandang.
Doakan perjalanan rina selamat ye.
Da la hujan lebat gila. Td siap ada pokok tumbang lagi.
Now da sampai ke simpang pulai da.
#entry yang kosong takde gambar.

*nanti kena blaja cane buat entry bergambar pakai tab nih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

22 October 2011

saya ada burung. awak hado?

Haaa. Apa yang korang fikir tu?
Burung yang rina maksudkan adalah burung TWITTER.
Sesiapa yang ada twitter tu jom ramai2 add rina ye.
@cikreenatan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

19 October 2011

Biskut Almond Chocolate Chips - untuk dijual

salam..
pasti semua dapat bayangkan Biskut Almond Chocolate Chips kan?
biskut yang ala-ala Famous Amos.
rapuh dan enak dimakan. :)

Fresh from Oven cik reena tan. :)




Biskut Almond Chocolate Chips- terbaek dari dapur.


Biskut Almond Chocolate Chip ni biskut yang mengandungi chocolate chips bersama kacang almond [badam]. rapuh dan enak dimakan ketika bersantai.


HARGA: RM 15 - 50 biji
bagi yang luar kawasan Taiping. harga tidak termasuk postage.
bagi yang ingin menempah biskut ini buleh hubungi rina:
019-5516046
atau email kepada:
greenrose1213@gmail.com
PM dalam Facebook:
Cik Reena Tan

#bagi yang nak tempah Kek Coklat Moist, tempahan sentiasa dibuka. 

#wordless wednesday [15] / Gergasi


#besaaaa punye. :p

18 October 2011

Selamat bertunang sahabat..

alhamdulillah..
seorang lagi teman rina yang telah melayari ke alam pertunangan..
tahniah buat 


FARHANAH dan FIRDAUS


ramai dah kawan2 kami ni dah kahwin, tunang..
yang jadi mak orang pon sudah..
sila perhatikan dialog rina dengan cik elin kita nih


               elin:   ena.. kawan2 kita semua dah kahwin kan.. siap ada anak dua dah..
                rina:   a'ah la kann. kita ni bila lagi elin?
                elin:   takpa.. depa ada anak2. kita pon ada anak.. anak TEKAK, anak RAMBUT.


hahaha! #sengal sungguh kannn.. =.=


ok, berbalik pada cerita asal.
Farhanah ni kawan baik kami dari sekolah lagi.
study sama, makan sama, gosip sama.
[kahwin je tak sama, jodoh dia sampai dulu]


"cantik jugak aku kann"... Farhanah
#suke nak perasan tauuu.. :p
gambar ni tak cukup lengkap.Tikah tak dapat balik Perak.




merpati dua sejoli~
16 oktober 2011


Farhanah dan Firdaus..
Ena ucapkan selamat bertunang..
cepat-cepat naik pelamin ye..
#jangan lupa jemput aku. :p


*Perodua nak taja kita jalan2 la.. jommmm!

17 October 2011

Istimewa aku kerana DIA..

Ini bukan kisah dongeng..
Ya.. aku istimewa kerana dia..
jangan salah faham.
aku itu adalah Taiping dan dia itu Cendol.

"Istimewa Taiping kerana Cendol"
semalam masa menikmati cendol semasa hujan.
rina tertarik dengan satu keratan akhar yang dibingkaikan di kedai beliau.

ini menunjukkan satu keistimewaan Bandar Taiping.
dan rina akui, cendol ni memang terbaek..

rasai nikmatnya ke titisan terakhir
#wa da macam buat iklan free untuk kedai ni. haha!


AFC- generasi ketiga sudah.

bagi yang teringin nak rasa nikmatnya cendol ni, jom rina bawakan. 
#tapi bayar sendiri okeh. :p

*wa memang suka tangkap gambar makanan. :)
andakah pemilik MANGO BAG.  trip ke Spain menanti.

16 October 2011

Kau Seindah Pelangi Petang.



betapa hujan mencintaimu..
jejak-jejak kemarau dihapusnya dari kekontangan..
tak dibiar bunga cinta terkulai tanpa kegembiraan..
Disiramnya airmata langit yang kian membasahi jiwa..


indahnya pelangi seindah hadirmu..
andainya aku dapat capai..
inginku ukir indah namamu..
agar mereka tahu hidup ini seindah pelangi adanya dirimu.


Malam mencintaimu selalu..
dinyalakan kelip-kelip indah mengisi ruangan hati..
bulan terang ibarat cermin chinta.
kerna jauh mana kau dan aku,
kita masih memandang bulan yang sama.


dan bila hati berbicara..
adakah yang lebih bahagia dari matahari memeluk suam hatimu.
matahari yang hangat seperti cintaku.
yang selalu menyapamu tak kenal erti jemu.
begitu jua cintaku padamu. 


#entri ini dibuat kerana atas permintaan Cik Niaa.:) [jiwang abes wehh]
cukup syarat kann korang? *hujan, pelangi, bulan, matahari

15 October 2011

kisah Someone bersama Anyone

Pemanggil  : Helo,boleh sy cakap dgn Ani Wan?(Ani Wan=Anyone)
Operator    : Ya,awk blh ckp dgn sy.
Pemanggil  : Bukan,sy nak cakap dengan Ani Wan!
Operator    : Ye, sy paham awk nak bercakap dgn sesiapa.Awk boleh bercakap dgn  
                    saya.Siapa ni?
Pemanggil  : Saya Sam Wan.Saya nak cakap dgn Ani Wan.Ada perkara penting
                   (Sam Wan=Someone)
Operator    : Ye saya tahu awak Someone,dan awak nak bercakap dgn Anyone. 
                   Awak nak cakap ape?
Pemanggil  : Tolong beritahu adik saya, Ani Wan,abang kami Noe Wan terlibat dalam 
                   kemalangan,tapi Noe Wan tak cedera,Sekarang Avery Wan dalam perjalanan 
                   ke Hospital.(Noe Wan=No one,Avery Wan=Everyone).
Operator    : Jangan nak berlawak dengan saya!
Pemanggil  : Hey! awak ni sape ha?
Operator    : Saya Saw Ree(Saw Ree=Sorry)
Pemanggil   : Memang patut pun awak mintak maaf.

*apedaa punye nama. bikin semua pening. haha!

12 October 2011

#wordless wednesday [14] / gila kentang


*muke kejam. haha!

11 October 2011

cara mendownload movie

salam~
sebelum ni rina ade kongsi beberapa movie dalam blog kan?
ade salah sorang rakan ni tanya.

"rina kenapa movie yang aku download takleh tengok eh?"

so rina nak menjawab persoalan beliau.
seperti biasa, korang kena download mana2 movie:
boleh pilih mana2 movie yang ada di side bar blog ni.

contohnya download Johnny English Reborn(2011)
[link ni dari mediafire, pastikan download kedua-dua part]

lepas siap download kedua2 part, pastikan korang buat 'new folder' dan masukkan kedua file download tu dalam folder baru.

korang kena extract/join dulu sbb tu dalam format mkv.

bagi yang gunakan 7zip:
klik pada file 001, kemudian right klik>7zip>extract here.
maka terciptalah satu lagi file baru. so dah boleh tengok movie dengan bahagia.

bagi yang gunakan hjsplit:
korang boleh buka HJSPLIT, dan klik pada butang join.
[masukkan file yang korang nak join tu]
#sori yang ni rina tak ingat sgt. tp lebih kurang camni la caranya. sbb selalu pakai 7zip senang sket.


sebarang pertanyaan korang boleh tinggalkan di komen ye. :)

#harap sedikit sebanyak dapat bantu, sori la penerangan yang tak expert. rina pon tak pandai, just kongsi ilmu. 

10 October 2011

download link Johnny English Reborn [2011]


Johnny English Reborn(2011)

Release Date: 15 September 2011 (Malaysia)
Language: English
Genres: Adventure, comedy, thriller
Size: 400MB



*selamat mendownload ye. :)

bulan yang menakjubkan [moon halo]

salam..
sedang bertweet. tetiba ramai pulak ceritakan indahnya bulan pada malam ini.
so rina pon ambik kesempatan kua rumah dan tengok.
tapi kecewa, sebab taiping mendung.
so masuk bilik on9 balik.
dan cubaan kedua, menghampakan jugak.

tapi takpe la. ade kawan yang post gamba dalam FB.
moon halo.
atau dikatakan bulan yang terdapat lingkaran cahaya dikelilingnya.
"Lingkaran halo adalah biasan cahaya dari titis-titis air kat atmosfera . Kuasa tuhan menakjubkan ."


indahnya ciptaan Allah bukan?

*sayangnya rina tak dapat saksikan sendiri. :(

09 October 2011

selamat bertunang :)

alhamdulillah.. 
tanggal 8 Oktober merupakan salah satu tarikh keramat.
selesai sudah majlis pertunangan.
err err.. sape tunang.
finw la. wa tau korang semua mesti teruja nak tau sape tunang kan. 
komfem2 bukan rina. #jodoh wa tak sampai lagi la.

tahniah pada sepupu rina yang telah bertunang semalam.
majlis yang bertemakan Merah Hitam. #siyes cantek. 

jom layan gambar. :)

cousin rina yang gojes. rosa shikin. :)


jelingan manja.


"ini buah hati saya"~ rosa shikin


kebetulan baju ai same kaler dgn rosa shikin. 
#naseb tak salah orang sarung cincin tau. :p


termeterailah ikatan pertunangan. <3

bersama ibu dan ayah. 


juadah yang dihidang. 


cincin pertunangan


ambik berkat kot. hehe!
#anak buah sulung rosa shikin.

alhamdulillah. selesai majlis dengan sempurna.
rina tak sempat nak snap gambar rosa shikin dengan tunang beliau.

perkara yang mensensetifkan rina sepanjang majlis.
"sandy bila lagi?"
"dengar cite sandy tahun depan eh?"
"ni ke bakal tunangnyaa?"

zzzz~ wa rasa nak tido terguling2 je bila orang sebut semua diatas.

*minggu depan skolmate rina lak tunang. :)


07 October 2011

Angry Bird untuk dimakan..

tadaa~ salam Jumaat semua.

angry bird? korang tau tak pe tu angry bird?
haaa.. yang game tembak2 vavi hijau tu laa.

ekceli arini tatau nak buat ape.
dan anak2 buah ai ade kat rumah. 
so ingat nak buat la Apam Angry Bird untuk dorang.

heheh. patut kaler merah. tp jadi pink. halal je la. :)

resepinya rina guna resepi Apam Polka-dot tu je.
cume beza lukisan jek. :)


pe lagi, jom la try lagi. mesti korang buat lagi cantek. 

*kucar kacir wa bila anak2 buah semua pakat nak tolong kat dapur. 

06 October 2011

Blogger Perak di Sinar Harian 5 Oktober

alhamdulillah. program yang dibuat oleh Blogger Perak kali ni tercapai misinya.
dan semalam kecoh di FB Blogger Perak.

dah kua Paper....!


thanx kepada meor/derita merindu atas kepekaan beliau. kalau tak sampai kesudah kita pakat tunggu bile nak kua paper kann. :)

semoga Blogger Perak terus maju selepas ini. 

*ehemm.. nampak tak nama wa? sandereena tan! [muka kagum]

05 October 2011

#wordless wednesday [13] / love

xoxo

03 October 2011

Majlis Rumah Terbuka Sekalung Kasih- Blogger Perak.

Salam Oktober.
alhamdulillah. permulaan Oktober yang memberi seribu kenangan buat diri rina dan jugak beberapa ahli Blogger Perak.
seperti yang telah dirancang, rina telah menganjurkan program/gathering buat BP kali ni.
saje nak test buat event.
setulus ikhlas dari hati, penat n pening jugak dengan event sebenarnya.
tapi, bila kenangkan balik, terasa keoptimuman kepuasannya[ape failed sangat BM wa nih] membuat program ni.
taknak la bebel panjang2, kang ramai muntah disini. haha!

Majlis Rumah Terbuka Sekalung Kasih BP

Tempat: Dewan Taman Suria, Taiping
Tarikh : 2 Oktober 2011
Masa: 9.00 Pagi - 1 Petang


ni untuk pertama kali rasanya, BP buat program kemasyarakatan seperti ni.
biasa lah, bila buat program pon pakai dana dari ahli2 sendiri. so ala- kadar je program ni.

jom lihat gambar dan rasai keriangan yang kami rasakan. :)

ini sebahagian dari kami, semuanya pantang nampak lensa. mesti nak menempek muka. 


bersama adik2 anak yatim yang menyambut hari lahir bulan 10. 


kami bersama abg long dil. haha!


ehem2.. aksi hot dari ticer anis dan azhan kanipan the bufday boy. 


ni yang paling berharga. hehe! kek untuk BPians dan anak-anak yatim yang lahir pada bulan Oktober. 
#semua sayang nak potong logo BP. :)


persembahan hafazan dari anak yatim Nur Qaseh


semua adik-adik yang diraikan. comel sungguh budak2 ni tau. ^^


KAMI Blogger Perak dan diraikan rumah anak yatim Nur Qaseh, <3


dah semestinya, sesi bergambar BPians yang join. tenkiu so much korang!

kredit pic to: meor & muhd fadil. 
[rina tak bawa camera langsung hari ni]

so dengan ini, rina nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada semua BPians yang join event kali nih. bagi yang baru 1st time join, hope lepas ni korang rajin2kan diri join gath lagi kalau ada. bagi yang datang jauh-jauh pon thanx.

tak lupa jugak pada BPians yang tak dapat menghadirkan diri tetapi turut menjayakan program kali ini dengan memberi sumbangan ikhlas korang. thanx a lots. 
#kenapa wa rasa macam tengah bagi ucapan jek

salah silap rina sepanjang program ni harap dimaafkan. insyallah program ini akan dimasukkan dalam ruangan di surat khabar Sinar Harian. :)

*penat masih terasa, tapi melihat kegembiraan yang dirasakan tu hilang sket penat.