28 September 2011

#wordless wednesday [13] /sebelum dan selepas


^_^

27 September 2011

download link Karipap-karipap Cinta


free download Karipap Karipap Cinta

Part 2

untuk baca review dan sinopsis cerita DI SINI.


*jom daftar laman sosial baru ini untuk menang ipad2 SINI.

23 September 2011

download link Hantu Bonceng


download link filem Hantu Bonceng


*untuk cerita ni rina tak buat pulak review. best cerita dia. :)

22 September 2011

Bini biniku Gangster - review


"suami didahulukan, pencapaian diutamakan"

ni tagline dalam cerita BINI BINIKU GANGSTER yang buat rina ingat sampai sekarang. haha!
hebakk.
jom layan sinopsis dulu
sinopsis
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

review:
bila tengok part yana yang dilantik oleh ayahanda untuk jadi 'kakak kawasan' ni, rina dapat rasakan ade macam cerita Jepun "GOKUSEN". yela dalam cerita tu yang jadi kakak kawasan adalah Cucu Perempuannya.
watak yang dibawa oleh Yana sangat bagus. yela.. bukan senang perempuan nak lakonkan watak gangster dengan penuh aksi. dah la gangster, tapi sayangnya pada suami tak pernah kurang. part Yana nak lamar Intan Lydiana tu, serius rasa sedeh[tetiba kann, orang hepi2 tengok filem tu, rina plak tacing].. faham la hati seorang perempuan, dia tak mampu nak bagi zuriat pada suaminya, dia relakan suaminya kahwin lain sebab nak penuhi impian untuk ada budak kecil dirumah. 
secara keseluruhannya, nak kasi 4.5/5 bintang

tergerak nak tengok movie harini, kebetulan pulak hari ni ditayangkan. :)

*tetiba kagum tengok cerita kakak-kakak kawasan nih. :p
[wa kan kakak kawasan TAIPING, Taiping ni wa yang pegang. hahah!]

21 September 2011

#wordless wednesday [12] / benarkah?



#ehemmm

19 September 2011

Gegata atau Kelompok Garam

salam~
pe motif rina berceritakan tentang GEGATA atau KELOMPOK GARAM nih tetiba?
korang pernah dengar dua perkataan diatas nih?
yes~ gambar diatas menunjukkan apa itu gegata/kelompok garam.

bagi yang baru mengenali, gegata ni sejenis tompok-tompok gatal, macam kena gigit nyamuk tapi banyak dan macam peta diatas badan. kalau jadi macam ni, badan terasa panas.

kenapa rina berceritakan tentang ini?
dah lama rina pon mencari maklumat tentang gegata sebab dulu masa zaman matrik, selalu kena. dan malang sungguh nasib. selepas pulang dari Johor semalam pon tetiba jadi. 

cara-cara nak menghilangkan Gegata/Kelompok Garam:
  1. tangan kena control. kalau garu, gegata ini akan merebak menjadi lagi banyak. [sumpah tak tertahan rasa nak garuuuu =.=]
  2. Calamine lotion. info ni rina dapat selepas google. disapukan lotion di tempat gatal sebelum tidur.
  3. Pil Selsema. disebabkan Pil selsema adalah sama dengan Pil untuk kulit gatal-gatal. kesannya bergantung pada individu itu sendiri.
  4. Air Suam Panas. rendam tempat gegata itu dalam air suam/panas untuk redakan gegata.
  5. Kunyit dan Kapur Sireh. Gosok kunyit di permukaan kasar. campurkan dengan kapur sireh dan sapukan ke tempat gatal itu.
  6. bersihkan tikar or carpet. dan basuh baju guna air panas. mungkin ada hama.
  7. Sireh. Layurkan sireh diatas bara api dan sapukan ditempat gegata.
  8. Garam. Sapu garam ditempat gegata itu. 
okeh, rina rasa dah banyak tips untuk hilangkan hama/kelompok garam ni. 
doakan rina cepat2 sembuh dari penyakit gatal-gatal ni.
SUMPAH! rasa terseksa dengan gegata nih.. =.=

*susah betul nak menahan diri dari menggaruuuu! :(



16 September 2011

Karipap Karipap Cinta- review

salam jumaat~
ini bukan cerita hantu mak cik karipap.
bukan cerita rina yang suka makan karipap.
tapi review cerita KARIPAP KARIPAP CINTA.

#mesti ramai bloggers yang tak rase nak support gambit tu kot, sebab isu gambit hina bloggers kan.

rina tengok cerita ni bukan untuk support beliau tetapi disebaliknya, semua wayang dah tengok dan akhirnya filem Karipap-karipap Cinta menjadi pilihan.

SINOPSIS filem Karipap Karipap Cinta
Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamatkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

baca sinopsisnya gaya macam serius je kan cerita nih.
seriusly masuk je panggung sampai habis.
rina gelak habis la.lawak cerita ni sengal~
setiap orang berbeza pendapatnya kan.
ada jugak yang katakan filem ni tak sehebat novel.
part ni rina tak boleh nak komen sebab tak baca lagi novel tu.

dah la rina ni hantu karipap[suka karipap] kalau makan karipap jek teringat cerita tu. 

overall nak kasi 3.5/5 bintang la.


*nak buat syarat jugak laa. sesiapa yang nak kahwin dengan rina, kena belajar resepi karipap yang paling sedapp. :p 
NASI LEMAK 2.0 pon best tau... jom tengok!

14 September 2011

#wordless wednesday [11]



kerana setitis air~

13 September 2011

mimpi ular punya pasal..

salam selasa~
ehemm ehemm..
kalau diceritakan tentang mimpi ular je, mesti semua nak kaitkan dengan orang masuk meminang.
fakta ke itu? 
yela. orang cakap mimpi itu mainan tidur.
tapi ada pulak tafsiran mimpi.
ini sedikit sebanyak tafsiran mimpi yang rina dapat setelah google. 
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

 menurut Islam:
o Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami. 
banyak kan tafsiran disini?
semalam rina mimpi ular tu macam nak mematuk, tapi rina sembur dengan spray serangga tu.
then terus ular tu mati terburai perutnya. 
#iskk~ dasyat sangat la. sampai hari ni rasa cam fobia je nak ke tempat gelap2.
dalam bilik pon da jadi takut-takut. 


*member FB siap wish selamat pengantin baru. demyuu la!  =.=

12 September 2011

Laksam terbaik abad ini

salam isnin~
terbaik la sangat kann..

minggu lepas dah buat laksam sebab mama teringin nak makan.
semalam mama beli ikan kembung lagi then minta buatkan laksam.
hehe! #sedap letewwww mama!:p


jom nak share resepi laksam dengan semua.

resepi laksam:

BAHAN-BAHAN
1. mee laksam
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
2. kuah
  • ikan kembung [direbus dan dibuang tulang macam buat laksa]
  • sedikit halia -dikisar
  • sedikit bawang putih -dkisar
  • bawang besar/merah -dikisar
  • 1 sudu lada hitam -dikisar
  • santan
  • asam keping
  • garam dan gula secukupnya
3. ulam
  • timun, kacang panjang, taugeh.
4. sambal
  • cili masak merah
  • cili padi [kalau nak pedaskan sambal]
  • belacan
  • garam dan gula secukupnya


cara membuat mee laksam:
  • gaulkan semua bahan. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak. ambik sedikit adunan dan ratakan diatas tudung periuk. kukus sehingga masak. dan gulung.
  • ulang sehingga adunan habis.
cara membuat kuah laksam:
  • kisar isi ikan. halia, bawang putih, bawang besar dan lada hitam dikisar bersama dan dituangkan ke dalam peiuk berisi ikan. masukkan santan pekat.
  • kemudian masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
  • kuah dimasak sehingga sedikit pekat.
cara membuat sambal cili:
  • tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. sedia dimakan bersama laksam.

tadaaa~
senang jek kan.
rina ni bukan la orang terengganu, tapi pernah belajar disana.
sesekali bila dah berjauhan dari terengganu ni, rindu jugak masakan sana.

*lepas nih nak try nasi kerabu dengan nasi dagang pulak laa. :)



10 September 2011

SEO aku banyak duit. kau hado?

suatu hari ketika blogger perak sedang bergathering...

MUNA[bukan nama sebenar] datang menghampiri BRO[bukan nama sebenar jugak] dengan konfiden tahap gila babas alagapas berkata..

MUNA: haii.. saya Bro framestone.. duit saya dalam SEO banyak..

lalu kesemuanya ketawa berguling-guling sampai pengsan..

itulah kisah adekk rina yang comel nih..
heheh! cukup yakin nak bahan orang.. akhirnya.. kesian adek akak nih kena bahan..
#tapi nak jugak bahann dia. 


yang berkaca mata hitam tu laa adek rina yang comel! #sayang adek lebehh..
sampai sekarang bila rina mendengar perkataan SEO je, mesti ingatkan Muna.

*ailebyu Muna.. nanti balik asrama rindu2 kakak tau!

09 September 2011

bunga dan harga diri

jangan jadikan diri seperti bunga..
megah dengan kecantikan yang ada padanya..
dibiar kumbang datang menyinggah
dipuja kumbang ketika madunya segar.

hidup tak selalu diatas.
habis madu sepah dibuang..
layu diri, dibuang sini sana.
itulah juga umpama harga diri.

#siapa pandai teka tu bunga apa?

07 September 2011

#wordless wednesday [10] / Hijau



#teringin nak ada kampung. 

03 September 2011

berhenti




lampu merah garang menyala..
dan kita jugak berhenti..
berkuasanya lampu merah itu..
sekali menyala, kita menurut..
tapi masih ada jugak yang mengikarinya..




#begitu jugak dengan suruhan yang Maha Esa, walau dilarang makin dibuat. 

aku dapat duit raya.. kau HADO?

haha! salam lebaran..
saje nak kasi howtt jek tajuk..
sebelum korang komen, meh nak jelaskan..
raya tahun ini, memang rina tak dapat langsung duit raya.
yela.. 
bila umur dah mencecah 20-an ni.. 
kalau time belajar maybe ada kemungkinan dapat duit raya.
tapi bila dah mula bekerja...
boleh tengok anak-anak kecil je la dapat duit raya kann..
#banyak betul perkataan duit raya. haha!

so dengan BANGGANYA..
nak cakap. wa dapat duit raya!!!
kau hado? :p

nahh bukti skali.. 

isi didalam? biarlah rahsia..
minta maaf kepada pemberi duit raya siap-siap..
#beliau pesan jangan heboh. tapi sebabkan ni duit raya 1st, harus masok entry. hehe!

saje nak gtau, wa layak lagi hokeh untuk dapat duit raya.. ^^

*agak-agak, ade orang nak kasi duit raya lagi takkk.. hehe!