30 August 2011

catatan aidilfitri 1 2011

salam aidilfitri~

pasti banyak cerita suka duka anda pada hari lebaran ini kan.
seperti biasa pagi raya, akan bermula sesi mohon maaf dengan kedua ibu-bapa kita kan.
dan...
menitis jua airmata ini bila saat itu tiba.
haisyhh~ 
nampak sangat banyak buat dosa dengan mama/papa.
#sayabudakjahat okbai!

kueh dan mueh telah tersedia untuk menjamu tetamu yang kujung tiba.


saling bermaaf-maafan sesama sendiri. 


sengal bersama anak buah terchenta. :)


                                              
tadaaaa~ ni baju raya rina. #sama kann dengan blog?


dan gambar akhir dari rina..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haha! ni la bila jumpe budak gemok nih. pasti sengal bersama.. :)


*esok nak beraya rumah sape plak ye. hehe!



28 August 2011

Ucapan Raya dari seluruh Kaum Bunian

salam 28 ramadhan~
alhamdulillah dah masuk ramadhan ke28 nih.
semoga semua sihat-sihat belaka.
nak raya nih, mana boleh sakit.
walaupun diri sendiri tak berapa sehat hari ini.
#food poisoning kot

dengan ini, 
saya Sandereena Tan aka Cik Reena Tan aka Cik Puteri Bunian
ingin mengucapkan 
SALAM AIDILFITRI 
buat semua yang membaca blog ini. :)
mohon maaf jika ada tersalah silap sepanjang berblogging nih.


tahun ini rina semangat berblogging,
sampai baju raya ai pon macam background blog.
haha!
#siyes tak tipu..
tungguuuuuuu jela entry raya okeh. :)

*semangat nak raya nih.. nak jemput artis beraya dirumah? cepat rebut peluang INI.

25 August 2011

Rumah kena pecah masuk!!


salam 25 Ramadhan..
masih ingat lagi iklan raya yang adibah nor tu..

Adibah Nor: HOii! kalau orang cakap orang, kalo kucing cakap kucing..
Penyamun: Kuceeenggggggg~ 

sengal kan? haha!

okeh, lebih kurang lagi 5 hari je lagi nak raya..
time-time macam ni la kita harus berjaga-jaga.
bukan apa, penyamun, penyangak, perompak dan bersekutu dengannya sedang mencari mangsa mereka.
yelaa.. bile da dekat nak raya, macam-macam persiapan raya dah buat. 
ada yang dah simpan duit banyak-banyak..
even kawan rina sendiri pon, rumah dia dah dipecah masuk..

so mari rina kasi sedikit langkah berjaga-jaga ataupun tips-tips melindungi rumah kita.

1. KULIT KERANG
okeh, jangan cakap kerang je, korang fikir kerang bakar or kerang rebus. tapi fikirkan apa kepentingan kulit kerang itu. bagi rumah yang kelilingnya tanah. korang boleh menggunakan teknik tabur kulit kerang di tingkap rumah, pintu belakang, pintu masuk. ini adalah untuk mengesan jika terdapat orang pijak atas kulit kerang tu.

2. MATA KAIL
mata kail bukan untuk pancing ikan je.. 'pancing' penyamun pun buleh.. bagi rumah yang berpagar. korang buleh ikat mata kail dengan tali lepas tu, sangkut kat pagar tu.. mana tau, untung2 dapat mangsa 'IKAN' besar.. haha!

3. PAKU
paku ni dah komersial kot. jangan tabur je. pakukan paku tu ke papan nipis dan biarkan paku tu tercacak. sebelum tido tu, letak la kat luar tingkap ke. tapi yang ini, make sure orang dalam rumah tau. kang tak pasal2 sendiri terjerat.

4. KUNCI
yang ini semestinya korang sendiri harus buat setiap hari. sentiasa kunci pintu rumah dan kalau boleh, letak mangga besar kepala gajah. #takde lagi besar ke cik rina oii.. ok ni ai dah mengarut.

5. LAMPU
pastikan lampu depan rumah sentiasa terpasang time malam. dan kalau korang tinggalkan rumah waktu malam, biarkan lampu terus terpasang. memang la bazir sket, tapi bila penyamun2 mih tengok rumah da terpaam lampu, kete plak takde, memang dorang akan fikir, senang2 je nak pecah masuk rumah tu..

6.DUIT
yang terakhir kot dari rina, duit banyak-banyak tu simpan kat bank je laa.. takyah simpan kat rumah.. 
kalau nak simpan kat rumah tu, bia tempat yg orang tak bajet. dalam stokin je. dalam tilam ke, dalam err.. dalam pe lagi eh.. tapi lebih selamatnya simpan je kat bank.

okeh, sekian sahaja tips-tips berguna untuk kita semua. 
#da macam inspektor polis plak haku.
semoga kita semua sentiasa selamat dari ancaman bahaya.

*dah nak raya nih, manusia pulak yang menjadi setan.
korang dah tengok iklan raya petronas? SINI

24 August 2011

Kek Coklat Moist untuk dijual 2011

salam 24 ramadhan..
dalam entry kuih raya untuk dijual ni rina ada mention nak buat entry pasal kek pulak.
rina pun ada ambil tempahan untuk kek coklat moist.















1Bekas ~ RM15
Topping: boleh request nak SMARTIES atau CHOCLATE RICE

*siapa yang berminat buleh order melalui FB rina atau sms 
rina- 0195516046
#delivery area Taiping dan sekitarnya sahaja.

#wordless wednesday [9] / rabu kedu





#err.. okbai! *jom kedu beramai-ramai

22 August 2011

Kuih Raya Untuk Dijual 2011

salam~ 
haa.. mesti semua tengah sibuk buat kueh raya lagi kan.
minggu lepas cik eyra ade buat entry berkenaan kuih raya yang rina jual..
#untung ada marketing manager free..

stok dirumah rina masih ada beberapa jenis.
so jom membeli untuk pelbagaikan lagi kuih raya anda. :)

Batang Buruk
1bekas[100 biji] ~ RM 15


Biskut Honey Lemon
1bekas[50biji] ~ RM15
dalam tepung ada campuran kacang badam hancur. lepas tu disalut dengan coklat perisa lemon. topping atas tu ada breadcrum kasi rangup.. so mmg ade rasa lemon dan manis.



Biskut Ais Krim
1bekas[50biji] ~ RM15
Biskut Ais Krim ni tepungnya ada campuran susu tepung untuk buatkan rasa berlemak, kemudian di sapukan coklat diatas untuk lebih cantik.


Biskut Almond Crunchies
1bekas[50biji] ~ RM15
Tepung biskut ini ada campuran serbuk badam hancur
bertambah ranggup dengan adanya topping Kacang badan diatas. 



Biskut Cinta Salju
1bekas[50biji] ~ RM15

tepung berperisa Strawberi dan topping coklat putih dan dihiasi dengan kelapa kering.
biskut ni limited ada 2 bekas saja lagi..
jadi rina promosi sket ye. 
1 bekas RM15
2 bekas RM25


haa.. tunggu apa lagi.. mari2.. kalau nak tau lebih lanjut sila add reena dalam FB.

hot stuff: batang buruk.

*berminat? sila hubungi FB rina ye. nak order dalam ni pun boleh
*coming soon: kek coklat moist

Mekdi dan Puasa

SAYA: hello boleh cakap dengan mek di [mek=kelate]
ENCIK MEKDI: ye mekdi disini.. nak delivery ke?
SAYA: ehh? nape mek di ni suara jantan? da tuka jantina ke?? 
*bingung*
ENCIK MEKDI: Mek Donal disini.. boleh saya bantu cik?
SAYA: laaaa.. mekdonal kee? sori salah orang. 
ENCIK MEKDI: .........

#saje sebenarnya buat salah call, padahal nak order. :p

*cerita ini rekaan semata, sebab harini rasa teringin nak mkn mekdi.. =.=

kosong tidak terisi

[sila mutekan volume laptop anda jika taknak dengar lagu dalam entry ini]


lenaku panjang diusik persis angin..
bagai membisik jauh kedalam hati..
terasa kedinginan itu..
bagai bergetar jantungku..
aku mencari dimana kekurangannya.
kosong..

terperuk aku menahan pedih itu..
mencari kekosongan yang tiada terisi.
masih..
kosong..

menangis.. 
aku biarkan butir mutiara jernih ini terus hinggap dipipi.
menanti insan yang datang menyeka tangis itu.
....

wahai SIDIA yang aku nanti.
kau anugerah terindah dalam hidup ini.
biarpun beribu yang datang..
hati ini tetap beku..
bekunya hanya untuk kamu..



Cinta tak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. 

21 August 2011

mereka kesayangan saya..

sejak kebelakangan ini..
rasa seronok sangat dengan kehadiran DIA..
siapa DIA?

teman suka, duka..
bila jumpa gelak tak ingat dunia..
bila sedeh ada tempat mengadu..
bila bab bergosip pun boleh..
hehe!

mesti korang teruja kan nak tau siapa kesayangan rina?


hell yes~
mereka semua kesayangan rina. #i mean semua BPians


mereka semua sangat best! sampai rasa macam nak gathering hari-hari jek.. :)


ni gambar semasa IFTAR bersama di Seri Iskandar 12 Ogos 2011.
credit gambar: www.penyuagar.com [untunglaaaaa]

day after IFTAR bersama. lokasi Jusco Ipoh. untunglaa dapat kenal #retis


ini antara gadis-gadis BPians yang CUN! :) #sayang korang semua.


ini faridzul~ punyalah nak bergambar dengan ai, camera HP pon jadik la. hehe!


ni pulak Encik Penyu.. abam sayam saya! #bwekk muntah!

ini kanda Fahmi~ :) dari johor ke Perak, gathering punya pasal. 




*no camera please* ini #retis bro framestone bersama #bajetretis cik reena tan




.
mereka kesayangan saya dari Perak Utara~
aida, al dan encik angah.



sangat la banyak kalau rina nak kogsi satu persatu gambar kesayangan rina nih..
#kami sangat suka bergathering. hehe!


tenkiu semua.. best sangat dapat kenal korang.
yang paling penting, group Blogger Perak ni meriah sebab..
..
..
..
..
..
.
.
.
.
.
adanya 'bunga-bunga' comel nih..#okbai!
hahahaha!


*petang ni gath IFTAR bersama lagi tapi di TAIPING pulak. :)

19 August 2011

menu lunch hari ini~






buerrkkk! alhamdulillah.. kenyang sudah..
ini lah menu lunch rina hari ni..
#oktipu!


gila kott.. ai puasa okeh..
even ada ABC [Allah Bagi Cuti]
tapi tu rahsia ai ye.. :p


ini adalah menu berbuka rina kelmarin [Rabu]
gila lambat update kan.
yelaa.. dah balik Taiping nih.. 
memanjang buat kueh rayaaa jek!




*banyak lagi kueh nih*


bagi yang nak baca entry promote kueh kat ieyra.com
terima kasih kepada marketing manager rina yang tak berbayar nih.. :)




*bila da sibuk buat kueh raya, blog pon da tak tengok. =.=

18 August 2011

encik celcom dengan asam jawa



SAYA: hello, saya nak report berukbank arini tak de signal la, kenapa ye?
ENCIK CELCOM: owh.. ada beberapa kawasan yang ada gangguan signal harini. siapa nama Cik? duduk kawasan mana?
SAYA: nama saya Reena. duduk kat Taiping, area assam kumbang
ENCIK CELCOM : sebentar ya..

*****sabar aku menanti*****

ENCIK CELCOM : Taiping kawasan mana tadi Cik Reena? Asam Jawa?
SAYA: ehh? Asam Jawa? Assam Kumbang la encik.. 
#sedang tahan ketawa
ENCIK CELCOM: #sedikit ketawa owh ye. Assam Kumbang..

*mesti encik celcom tu kemaluan kan. ops~=.=

#spontaneous thursday [7]

owh mama.. saya mahu kahwin.. :P
#okbai!



16 August 2011

#wordless wednesday [8]



p/s: i miss you~

14 August 2011

alaaa~ batal puasa.. :( #ragam puasa

aku rasa nak menangis laa.. 
kesedihan menimpa diri ni.
.........
kemudian ada hamba allah ni berkata:
kalau menangis membuatkan hati lebih tenang. y not?

dengan yakin aku menjawab:
ehh.. takmo laaaa.. nanti batal puasa.
ehh? batal ke kalau nanges?

*dem arr.. yakin jek aku kasi hukum. haha! 

12 August 2011

Hukum Memakai Kanta Mata/ Contact Lens di Bulan Ramadhan


pasti ada yang masih meragui  hukum memakai kanta mata/contact lens di Bulan Ramadhan
rina pun pada mulanya rasa was-was.. #buleh ke pakai time puasa kan.

so dengan menggunakan khidmat google, terjumpa satu sesi soal jawab.

Soalan : Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal?
Jawapan :
Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
Wallahu alam.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

selepas baca artikel ni, then baru yakin nak pakai lens. :)

*jap lagi nak gerak ke Ipoh~ sesi berbuka puasa bersama Blogger Perak. :)

11 August 2011

#retis: Kad Kahwin Norman Hakim dan Memey Suhaiza

salam 11 ramadhan~

ada yang nak kahwin,
ada yang putus tunang,
ada yang bercerai-berai..
tapi entry ini menceritakan kisah Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal membina hari bahagia mereka.
perkahwinan yang bakal menjadi Wedding of The Year.
mendapat tajaan hampir 7.2 juta #kalau tak salah.

gila mantap arr..
belom kahwin, kad dah posing manje2 gituu.. :p


paling suka ayat abgNara:
Cantik kan? Abang Nara suka sangat kad kahwin diorang nie. Lain daripada yang lain. Jarang nampak bakal pengantin guna gambar posing manja untuk dijadikan kad kahwin. Sungguh berbeza. Mana tahu selepas ini makin ramai yang mencontohi kad kahwin Norman dan Memey kerana keunikannya.
 semoga berbahagia la ye. :) #ayat abangNara agak memerli disitu. haha!


*untunglaaaaa dapat tajaan belambak.. kalau tak, berhutang pulak Mas kahwin ko Memey. :p

header khas untuk Cik Wana~

salam semua~
Cik Wana?
siapakah gerangan beliau?

fine~ korang mesti nak kenal dengan gadis manis bernama Cik Wana je kann..
#sentap!
haha!

kelmarin Cik Wana ni bertanyakan pada rina,
camne nak buat header cantek-cantek?
err.. senang sangat la soalan tu wana..
sampai rina tak reti nak jawab. hoho!

so dengan bermurah hati rina nak try buatkan header untuk beliau.
tak teror pon.. dah bape hari hutang dengan beliau nih.
semalam nak buat tapi saket kepala.
so hari ni dengan menggunakan seluruh ilham yang ada.
jeng jeng jeng~
#poyo je kau rina!
[dah tak pandai memang gini la gayanyaa]

hope Cik Wana kite ni suke la ye.. :)

haaa~ cantek tak? cantek tak?
#sape cakap tak cantek meh nak tembak laju2.. :p


agak-agak kalau rina buat business header ade orang nak order tak? 


hope wana suke la ye. 
mesti semua tertunggu-tunggu, mana la link blog wana..
#saje nak kasi last-last. :p


Belog Cik Wana <--ni la blog beliau..
masih baru dilahirkan.
selamat berblogging Wana..
pesanan untuk wana:jangan kejar followers, jaga kualiti blog..jangan followers beribu tapi takde traffic.berblogging la dengan ikhlas okeh. :)
Peluang menemani Diana Danielle dan 2 wanita Hot ke Singapore GP
*pesanan khas ini ditaja oleh Cik Reena Tan si Puteri Bunian. :) 

10 August 2011

Maut Selepas Makan juadah yang dibeli di Bazar Ramadhan


MERU: “Ketika ke bilik air kira-kira jam 6.10 pagi saya dengar bunyi dengusan nafas yang kuat dan terkejut melihat Dini terlentang dengan mata terbeliak serta mulut berbuih.
“Saya membawanya ke hospital, tapi sebaik tiba, doktor beritahu anak saya sudah meninggal dunia,” kata Mohamad Ali Khir, menceritakan detik kematian anak perempuannya berusia 11 tahun selepas berbuka puasa dengan juadah dibeli di bazar Ramadan.
Mohamad Ali, 37, berkata dia membeli air batu campur (ABC) dan otak-otak untuk juadah berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran rumahnya di Taman Seri Mewah Fasa 2, di sini, pada petang Ahad lalu.
Menurutnya, anak perempuan tunggalnya, Nurdini, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, di sini, meminta untuk berbuka puasa dengan ABC dan otak-otak sejak hari pertama berpuasa.
“Hanya pada hujung minggu lalu (Ahad) saya sempat membeli juadah itu. Arwah amat berselera menghirup ABC ketika berbuka puasa. Saya dan anak-anak serta pembantu rumah juga menikmati juadah itu.

sumber: harian metro

terkedu rina membaca berita ni dalam surat khabar hari ni.
#baru kelmarin makan otak-otak.
naseb hidup lagi hari ni. 

bile perkara ini terjadi.
salah siapa?
pihak yang menjual juga perlu prihatin dengan kebersihan. 
bukan berniaga hanya untuk keuntungan sendiri. 
jangan sampai tragedi sebegini berulang. 

*rina pon tolong mak cik berniaga kat bazar ramadhan. 
*jom layan cerita baru.. The Reef-permulaannya kisah benar, kini tiada jalan keluar.

berjejak kasih di Bazar Ramadhan

salam 10 ramadhan semua. :)
#dah 10 hari puasa kan. cepat je.


ini sepatutnya entry semalam.
tapi lepas balik rumah je, guling-guling nak buat entry.
sekali terlelap.


semalam masa berniaga tu, saje la rina nak pusing bazar tu.
sebab teringin nak makan NASI KERABU..
#ai da rindu Terengganu yuu.. :(


jalan dengan adek.
skali ade orang tegur.
"ehh.. akak budak UMT kan?"
"akak mesti tak kenal saya, tapi kenal sufi kann?"


mula-mula rina cam pelik, 'dia ni cakap dengan haku ke'
haha! kesian beliau.
then bile terdengar je nama SUFI.
okeh itu junior aku.
then dari seberang jalan itu jugak la Sufi menjerit.
"akaaaakkkkk" 
#sambil bergaya seperti terlalu terharu dan tangan cam nak peluk haku je. haha


ini lah adik sufi yang lame dah rina tak jumpe.
tapi kebetulan terjumpa kat Bazar semalam..

jodoh pertemuan, semua Allah dah tetapkan.
"kalau ada jodoh, pasti jumpa lagi"
walaupun kita tak bercadang pon untuk berjumpa.

for Sufi:akak rindu gila dengan korang semua.
rindu zaman kita sepasukan menjalankan program-program,
now u have ur own part kan. #YB UMT
gud luck ye sufi. :)

*pesan adik-adik junior kepada rina. "kawen jangan lupa jemput ye kakkk" =.=

#wordless wednesday [8]


nak tau kenapa?



*same ke?

09 August 2011

tutup je la blog nih...

tutup blog? 
ape kau bajet retis la..
takde orangnyee nak kisah kalau rina tutup blog kan.

dah ramai sangat dah blogger-blogger baru yang naik.
lagi teror macam-macam dari rina yang dah 2 tahun berblogging.
#kejap je dah 2 tahun.

pernah satu ketika dulu,
sket-sket nak update blog..
kua sana sini ingat blog..
yelaa, rina xde gadget canggih-canggih yang buleh nak update blog dimana-mana.
sampai ade orang cakap rina gila blogging.
haha!

tapi lately, rasa makin malas..
#huhu! cakap je malas, takat ni jek dah tatau nak tulis ape.

dah 9 hari puasa kan?
selamat berpuasa untuk semua yang rajin membaca blog rina,
even kadang-kadang takde pape pon.

*tapi sayang jugak nak tutup blog, nanti takleh nak bebel2 dalam blog dah.. :)