30 June 2011

#spontaneous thursday [3]

J A N G A N   P E R N A H

B
E
R
U
B
A
H

kerna
#cintaku tertinggal di KAJANG..

*anda akan faham jika membaca entry ini.

29 June 2011

cintaku tertinggal di KAJANG....

salam~
kalo yang ada singgah blog rina dalam minggu lepas tau la, rina dah seminggu berada di Kajang.
lame jugak la seminggu kan.
rina pergi majlis perkahwinan kawan rina. :)

18Jun 2011 [rumah perempuan]~ kajang
26Jun 2011 [rumah lelaki]~ ampangan N9

siapa sangka.. 
cintaku tertinggal di KAJANG!

sebelum korang salah sangka, sila perbetulkan minda masing2 ok.
hehe!

rina da sayangkan family kawan rina tu.
yela. kat rumah rina sorang2..
takde sibling yang dekat.
dorang plak adik beradik 6 orang.
tapi masing2 dekat.
rina da rasa cam dorang tu family rina.
semalam time b4 naek bus..
salam cium peluk, #ok, mata ai da berair..

last2.. hujan jugak diatas bus.
haha!

sedeh!! baru seminggu, tapi rasa aura kekeluargaan tu kuat. :)

they are the best. :)

pakcik[babah], aishah, adam, ain #senget!, mak cik
effa, anap n eiyra[pengantin baruuu], n also aina. 

*saya sudah sayang mereka*

see.. senget kan Ain tu.. siap buat mata juling! #tapi dia tetap comel! 

eiyra.. awak nampak sangat cantek okeh! 
#saya tukang andam tudung. cantek tak? hehe!


yaww~ like this pic so much.. sweet gituu.. :)

rindunye kat dorang semua nih..
bile lagi eh nak jumpe.. :(

*seminggu pon da memberi kesan dalam hidup. :)


#wordless wednesday [3]



#rindu dengan karya ZackZukhairi.. :)

26 June 2011

majlis bertandang pihak lelaki


celebration of love~

inszaura & ahnaf

sabtu yang lepas majlis bersanding side perempuan,
esok [ 26 Jun 2011] majlis bertandang side lelaki pulak.
rina dengan muka tak malunya menumpang rumah orang sampai seminggu..
jadi orang kajang jap.. hehe!
#memang ko muke tak malu kann!

kenduri esok bertemakan hijau.
so just wait and see la gambar menyusul kemudian.
#tabah la sok nak g majlis, sompet lagi ekau buek entry kan.. [rosakkan bahasa nogori]

 sangat suke dengan ucapan dari akak MC tu.. tulisan pon cantek kan?

ni la pengantin baru tu.. berseri2 kannn... 
#tenkiu kepada MKstreet. cantek gambo nih..

so then, tunggu gambo di entry yang lain ye. 

*semakin kurang berblogging. sebab duk rumah orang kann.. sabo jela.. 

23 June 2011

download link Dewa Cintaku [slot akasia TV3]

Nora Elena dari novel Kasih Yang Suci.
drama yang baru ni pulak diadaptasikan dari novel Dewa Cintaku..




rina pernah baca novel tu, sangat best.
rina beli novel tu tahun 2005.


novel ni ditulis oleh Dilla Hussien.






DEWA CINTA (TV3) 
Manggantikan drama: NORA ELENA (1-40 TAMAT)
Slot: Akasia,
Mula Tayangan: 20 Mei 2011
Episode: 24 episode
Masa Tayangan: 7.00malam.
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon: Fasya sandra, Iqram Dinzly, Hafizuddin, Aida Khalida, Lana Nordindan ramai lagi
Kredit: kdewacinta(facebook)



kepada yang nak buat koleksi, sila download disini:
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19 [new file]
Episod 20
Episod 21

Episod 22
Episod 23
Episod 24 [akhir]


*akan diupdatekan setiap episod.. :) 

#spontaneous thursday [2]

semalam wordless wednesday [Entry gambar]
hari ini spontaneous thursday [Entry Ayat]

ayat spontan arini ialah..

#saya demam! okbai!!~


*masih ada di kajang saat ini. tunggu majlis bertandang side laki ahad ni. :) 

22 June 2011

#wordless wednesday [2]


#tenkiu MR Photographer yang sudi snap gambar saya^^

20 June 2011

Kisah Nora Elena alam realiti.. :)

salam~ 

tabah kan beberapa hari rina tak on9..
bukan la nak mendiamkan diri tapi rina currently ada kat Kajang.
Kajang?
wtpe?
kawan rina yang comel molek ni da menamatkan zaman bujangnya..
so rina datang untuk memeriahkan lagi je..
#memeriahkan ke nyibuk? haha!

okeh, semalam baru sempat intai2 blog, ade yang tanya mana episod akhir download link Nora Elena kan?
soriiiiiiiiii sangat.
baru dapat on9 kat PC.
#nyesal tak bawa lappy aritu.. :(

sesiapa yang nak download semua episod Nora Elena: KLIK SINI

sebenarnya cadang nak stay jap je kat sini. tapi da pengantin baru ni suh tunggu majlis bertandang side laki plak.
so tabahhh la rina menanti sampai ahad ni.
#eiyraa.. rina da berjangkit da ayat 'TABAH' nih.. haha!

semua asyik demam Nora Elena kan?
so tanggal 17 Jun 2011.
rina da saksikan dengan mata sendiri..
keagungan cinta, dan kasih sayang yang terpancar..
alhamdulillah, berjalan lancar majlis akad nikah diantara:
Eiyra & Ahnaf

both of you, rina sangat terharu masa tengok korang sah diakad nikahkan..
#haku plak lebih2 tacing kann.. sobbs! :p
selamat pengantin baru..
insyallah, semoga bahagia hingga ke syurga.. amenn.. :)

resepsi akad nikah bertemakan arabian..
sebab dorang berdua kenal semasa ada di Abu Dhabi lagi.. :)

again.. tahniah.. n eiyra.. awak sangat cantek tau!! :)

*tatau nape sangat tacing bile tengok dorang berdua.. hepi sangat!
*gambar tu dicuri dari wall FB eiyra.

16 June 2011

#spontaneous thursday [1]


semalam wordless wednesday [Entry gambar]
hari ini spontaneous thursday [Entry Ayat]

secara spontannye rina nak cakap..

#nebes nak g rumah kenduri.:)


*siapa yang tahu lebih lanjut pasal ST di Syafiq Rosli

Lepak bersama retis2 Blogger Perak di Taiping [1]

ni la retis-retis Blogger Perak. tett!
tenkiu kepada Encik AngahAida, dan Alia sebab sudi lepak sama2..

objektif utama lepak kali ini adalah untuk g ushar tempat next gathering untuk BP kat Burmese Pool. :)

okeh, ini burmese pool. nampak cam best kan?


ni la Aida, dan Alia.. retis2 BP nih. comel kan mereka.. ^^ 
#punye la kami ni peramah, takde sesi ice breaking ye.. trus breaking the ice je. hehe!


taken by Encik Angah.. beliau ni sangat la penchenta alam okeh! #suke gambo nih. :)


ini la aida si lanun comel. opss~ hehe!
#jangan marah ye aida sayang.. nanti kena jual~


kami ni pantang tengok camera.. laju je beraksi.. haha!


lepas da ushar line tapak next gathering, kami pergi mengenyangkan perut yang sudah berkeroncong.
ini pinggan rina. licin! tenkiu Alia sebab belanja kami ber 3. ^^


perut da kenyang, hati makin gembira.. jom pekena boling seround.
lame bebenor tak main boling tau. 


ini gaya pemain boling yang kononnye pro la. :p 



tadaaa! rina juara.. padahal ade longkang jugak. 
#encik angah naib juaraaa laaaa.. cam tak caya je.. :p


lepas memboling, kami terus ke taiping sentral.


sambil menunggu ayah aida datang menjemput beliau, kami melepak pulak di A&W.
 di sini macam2 topik kami bincangkan..
pasal bahasa ibunda Negeri Perak la..
bahasa Pattani la..
Utagha la..
best tau borak dengan korang. ade je topik..

then, berpisahlah kami dengan aida sebab ayahnya da sampai.

rina saje je ajak alia dgn encik angah tu g ke lake untuk photoshoot plak. 
#aida takmo jelesh okeh!

ni alia yang pose ala model gitu.. 


apa pon tak boleh.. model payung minie je boleh. hehe!

korang perasan tak sesuatu..?
takde pon gambar encik angah dalam entry ini.. 
.
.
.
.
.
terima kasih encik angah sebab menjadi photographer terjun untuk kami dat day.. 
hehe! 

*baru ahad lepas lepak dengan BPians, hari ni pon lepak lagi.. hoho! nanti rina update lg ye. ^^

15 June 2011

#wordless wednesday [1]



indahnya alam yang dipinjamkan kepada ku.^^


wordless wednesday: #1

14 June 2011

oh aku single... #eh salah, married kot?



eh.. btul ke married? tak tak. 
widowed~


haa.. korang ade tak kawan or sesiapa je la yang dalam FB tu suke bebenor tukar status relationship dia.
jap single, sok married, pastu lusa engaged plak..


fine! dulu zaman ai tengah bujang2 gitu, ske gak main tuka-tuka relationship.
bukan pe, sonok lak tengok orang ramai komen.. haha!#gedix!
tapi kalo da kerap sangat tuka pon, mesti ramai cakap..
"poyo la minah ni, skarang in relationship, sok ni mesti married plak."
haa.. kan?


now baru la terpikir kan. 
takpela.. tu hak masing-masing nak buat publisiti murahan.. opss!
#terlebih sudah..


mungkin fb bukan medium yang sesuai untuk mengekspresikan isi hati kot.
cewaahh!  
ye laa.. lebih-lebih kang orang yang menyampah lebih ramai dari orang yang suka.
mungkin betul kata Fynn Jamal 
"buat apa dicerita bahagia kita rasa"
#peringatan buat diri sendiri jugak ye cik reena tan! jgn kau nak ngade2 dengan encik chenta hati dlm fb. 


*slalu kena tegur dengan dia, bile feeling2 lebih dlm fb/blog. huhu! 

13 June 2011

apam polkadot terlaris

mode: gatai!!!

hari ni rina dengan suka hatinya telah berjaya membuat kuih Apam Polka-Dot.
haaa.. nampak takk?
da lulus ujian nak kawen nih.. #gatai lagi!

ekceli ni first time rina buat apam polka dot ni.
tapi alhamdulillah jadi.. :)

jom nak share Resepi dengan korang plak.. 

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan
·         3 biji telur - dari peti sejuk
·         275 gm tepung gandum
·         220 gm gula halus
·         150gm susu segar
·         3 sudu teh baking powder
·         1 sudu kecil ovallete
·         Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
·         Pewarna ikut suka

Cara-cara
1.        Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.       Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.       Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.       Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.        Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.       Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.        Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar 



ha.. senang kan?
rina kalo nak buat pape kek/ kueh sekarang ni google je. 
mesti ada macam-macam resepi.. :)

psstt! korang tengok cupcake ni. comel kannn?
nak blaja buat cupcake tomey2 camni jugak.. 

so sweet buat hantaran tunang.. ^^

*entry ini menunjukkan betapa gatainye saya. #ok fine! bai~

12 June 2011

i ♥ BP..

BP? 
apa tu BP?
stesen minyak ke..

owhh.. tidak.. 
BP adalah Blogger Perak.


Group BP ni sangatlaaaaa meriah oke!
kadang2 kalo on FB ngadap group ni pon da tak menang tangan nak komen.
notification bertingkat-tingkat macam rumah flat..

tagline BP ialah : WE ARE FAMILY..
simple tapi cukup bermakna..
memang semua yang dalam BP seperti family..
Bapak kepada BP ialah Kirin Selama Perak[KSP]..
dan admin yang selalu tak jemu-jemu merancang gathering untuk kami ialah abg fadil[penyu]

rina sempat join 1 mini gathering je yang kat ipoh April lepas.

ni time memboling kt Jusco Ipoh. :)


ni laaaa RETIS-RETIS dalam BP..
hidung belang2 tu la abg Fadil[penyu], Fahmi, diyana, Qusya..
#RETIS: Artis

lepas ni gathering BP nak buat kat TAIPING plak..
hoyehh! i loike!!
ekceli terpanggil nak buat entry ni sebab hari ni ai nak jumpe beberapa orang family BP.
detink-detink dengan dorang+ g survey tempat untuk gath BP nanti. :)

tak sabar nak detink dengan Encik AngahAida, dan Al.. < tak jumpe lak link al.

kepada blogger-blogger yang asal dari PERAK or merantau di PERAK.
korang pon boleh join group tu.


*sila jangan add group tu untuk membuat onar ye.. sebab ahli BP semuanya sayang pada BP. :)

kisah hatiku~






lagu hits yang sedang popular sekarang nyanyian Aliyah..
rina da terminat dengan lagu beliau..
petang tadi Aliyah perform kt muzik-muzik kan.
meremang bulu roma dengar beliau nyanyi..
ade aura tersendiri la..


korang tengok tak video klik lagu ni?
ade REMY ISHAK ok!
#mode: gatai!
hahaha


mula2 tengok video klip tu, ingatkan OST NUR KASIH the Movie.
tapi rasenya cam takde plak lagu ni mase rina tengok filem tu..
rupanya mmg dorang pakai REMY ISHAK utk video klik ni..


jom selami lagu ini..


Lirik Lagu Kisah Hati - Aliyah


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



rina paling suke part aliyah pakai baju merah nih dalam video klip.
nampak howt!


video klik dia memang terbaek la..
ada sumber cakap shooting VC tu buat kt negeri Indera Kayangan..
#selama pergi jumpe encik chenta hati kt sane, tak prasan plak ade tempat cantek. 


penghayatan Aliyah jugak terbaek! suke~


*mama ai pon da terminat lagu nih.. best!! :)



11 June 2011

Oh Ruski~


sedapnya mee ruski ini sehingga mr bubu ni menjelirkan lidah.. 
haha!

masih ingat zaman matrik..
mee ruski ni sangat la menjadi kegilaan..
makan dikala malam time nak stay up study..
*study la sangat!*
pedas dia marveles..
hingga buleh membuatkan keciritan!
*pengotor!!*

siapa lagi penggemar mee ruski seperti saya sila angkat kening laju-laju!!

*tapi tak elok makan banyak mee segera.. kadang2 boleh la.. :)

ku menunggu..


ku menunggu..
penuh harapan..
menunggu dan terus menunggu..
agar kau..
si pelangi muncul..

kerna pelangi itu yang menjadikan hidup ini penuh warna-warni..
tapi..
ku harus menunggu..
penuh kesabaran..

*kau bagaikan pelangi petang yang bersinar indah dalam hidupku. :) i heart you.

07 June 2011

selamat hari lahir mama..

in advance..
salam semua.. :)

sebenarnya bufday mama rina 8 Jun.
tapi da alang-alang kat rumah buat makan-makan.
rina pon dengan semangat buat cupcake untuk mama..
*even cupcake tu comot* hu~

cupcake untuk mama..
*comotnyee.. baru blaja*


sesi pembakaran satay..! sedap :)





mudak gemok sedang menikmati satay yang sedap.. ^^


ini mama saya yang joges.. :)

happy birthday mama!
terima kasih sebab mama orang yang paling memahami hati anak-anak mama..
semoga mama panjang umur, dikurnaikan kesihatan yang baek..
aminn..

*saya sayang mama saya..^^