31 March 2011

tolong kenduri pon dapat upah tau~

ngeh2..
kelmarin dulu [err~ sabtu haritu] kan kenduri kazen rina..
biase la kenduri kendara ni.. 
tolong la mana yang mampu..
lagipon da berkumpul ramai2 saudara mara, best la kan..

haa~ ni la pengantinnye tau.. pengapit laki is my abang..
pengapit pompuan is my cousin/ adik pengantin laki.


haa.. ni la adik-adik pengantin tu.. cousin2 rina la..
psstt!! perasan takk baju ai sama dengan baju MR Groom~ eheh!


dengan mama rina yang meletops gitu.. yaww~


woottt~ kami pulak melebih2 bergambar kann.. ini iffwat anak buah rina. :)



okeh, pengantin lagi.. hehe!

bertemakan siver grey..
nice je kan..

haa.. upah? 
tak minta pon dapat upah-upah nih..
tapi da mak tam rina kasi sbb tolong kenduri tu, 
so terima je la..
terima kasih mak tam.. nice shawl tu.. :)
haa.. camni la shawl tu.. cantek kan?

mak tam cakap.. pakai shawl kelabu tu, igt la kenduri abg Khaha. :)

*sape lagi nak kenduri pat2 jemput rina tolong.. jangan lupe upah dslr d3000 plak ye.. :p


30 March 2011

biar sendiri


sendiri aku ditepi kali..
melihat bayang sendiri..
sepertinya ditertawa oleh bayang itu..
ahh!!
aku benci..
kenapa masih disini..




kebaskan hatiku..
agar sisa-sisa debu itu tidak dapat mencalarnya..




mungkin kata mereka aku insan lemah..
mudah kata ingin kubalas..
ada aku kisah?




*who you think you are.. running round leaving scar..

berhati-hati dengan SPAM Facebook.

banyak kan SPAM kat Facebook sekarang..
tiba-tiba je orang chat then kasi link..
haaa~ tolong.. tolong!! tolongg~~
JANGAN KLIK..
amaran keras ni..

ade juga SPAM yang macam ni..

ha.. nampak link tu? JANGAN klik ok.

 Hati-hati dengan SPAM versi Indonesia yang menyerang Facebook terutamanya dalam region Malaysia. Contoh SPAM seperti gambar di atas. Jangan sesekali klik link berstatus lucah atau yang anda sendiri tidak pasti arah tujunya. Pada sesiapa yang dah terkena, tukar password anda. Anda yang lain, sila masuk ke Account Setting dan tick'kan pada "https" (account security) untuk surf yang lebih selamat.

cara nak selamatkan Facebook korang..


1.klik account setting 



2. Tick kepada butang Secure Browsing



3. ini hasilnya.. :)


Untuk perhatian anda : Facebook juga telah merekodkan aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang penggunaan facebook melalui akaun anda. Cuba anda perhatikan di rajah dibawah. Di antara maklumat yang anda dapat lihat ialah jenis web browser yang digunakan. Sistem Operasi dan masa



taken info from: ohmedia.com/ fairuz sulaiman
*sila share untuk kebaikan semua.. :)

29 March 2011

jangan kembali lagi..


sedang aku tersedar..
masih ada lagikah langkah itu?
dimana jalannya..
*diam*
terpaku aku disitu..
buntu tiada arah..


dulunya diri dicari..
dulunya diri disayang..
kini?
aku meniti hari sunyi..
umpama balang kosong dihati..
tiada terisi..
*kosong*


umpama daun kering..
keindahannya tidak dipeduli..
dibiarkan berterbangan..
dipijak..
ada mereka peduli?
tiada bukan..


baru kini aku tersedar..
hmm
terdiam bermenung..
aku tak bisa menjadi seperti kau..
aku tetap aku..
insan penuh berperasaan..
biar semua ini pintaku..
jangan pernah rasa itu kembali lagi..



28 March 2011

Selamat Tinggal.. :(

selamat tinggal..
lagu yang dipopularkan oleh Zizan dan Dina..
sedap ok. 
memang berulang-ulang rina mendengar..

"Jalan cerita berkisarkan kehidupan seorang suami yang rindu terhadap isterinya. Isteri yang dikenali semenjak kecil telah meninggal dunia kerana kemalangan. Jalan cerita yang ringkas, tapi mesej’nya sampai kepada penonton."

video klip pon best kan.. sedeh.. :(




jom layan lirik pulak..




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


 
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini


Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa 
(jangan pergi, jangan pergi, jangan tinggalkan aku begini)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
(jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(jangan biarkan ku menderita disini, jangan biarkan ku terseksa disini sayang)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(aku menyintai dirimu sayang, jangan biarkan aku sendiri disini sayang)

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


( ) = Suara Zizan

*kenal dari kecik, berpisah, tapi bertemu semula dan kawen.. tapi Allah lebih sygkan isterinya.. :(

27 March 2011

ini kenduri kahwin..

siapa dibalik wajah dalam entry semalam itu?
haaa.. suspen tak- suspen takk?


tadaa~ okeh, itu gambar saya..
kenduri semalam..

kenduri? siapa kahwin?
mana pengantin lelaki?


yang ini??? owhh tidakk.. 
makan penyapu rina kang.
ini abang ipar saya. harap maklum!


ehem2.. ini ada gaya.. tapi~~






ok semua.. ini bukan kenduri rina ye.. sekian.

haa... ni baru pengantinnya.. :)

Saiful Khaha dan Nora~
cousin rina yang kawen tau.

sori la.. nampak sangat rina over cam pengantin plak kan..
mama rina yang belikan baju tu..
dan kebetulan pulak, baju rina sama kaler dgn baju abg Khaha..
ape lagi.. pinjam laki orang sat la~ haha!


i yang terover gitu.. fine*
teringinnn sebenarnye.. *shhhh~ tamo cakap kat orang tau!*
haha!

*oke, entry ni gambar rina je.. tungguu~ ada lagi.. :)

26 March 2011

next update... soon~


siapakah dibalik bayang itu?
nak tahu? tungguuuuu~
will update soon. :)

25 March 2011

Habuan suka tengok gambar lucah..

Untuk tatapan umun , dan khas untuk yang mempunyai masaalah.....yang suka melihat gambar lucah......

Sebagai pengajaran dan peringatan bersama ..

Diserbu wanita bogel - mingguan perdana 18 mac 01

Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini mendakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yg menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan.

Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya yg kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan
begitu secara tiba2.

Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja.

Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. byk kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yg dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kpd Allah byk2 hingga kelakuanya menarik perhatian anggota jemaah lain.

Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kpd lelaki itu, apa yg dia agak jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah." ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan2 lucah ialah dia banyak menyimpan
sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk memuaskan nafsu.

"Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih;" katanya.

Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yg peliknya, pada mlm sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang utk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah utk koleksinya," katanya.

Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. "lelaki itu bersetuju. Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dlm simpanannya.

Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jgn beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul2 lagi selepas itu"


nauzubillah~ hindarilah perbuatan seperti ini.. hari ini kita tak nampak kesannya.. dirumah ALLAh nanti.. sedikit demi sedikit diberi pentunjuk olehNYA.

Irma ikhlas bertudung..

alhamdulillah..
berita yang baik pada pagi jumaat ni kan.
irma yang berimej seperti wanita melayu terakhir pada malam Raflesia ABPBH2010.

Kata Irma yang tampak anggun menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry, pengalaman mengerjakan umrah di Kota Makkah, Februari lalu selama dua minggu mula membuka pintu hatinya untuk bertudung.

"Apabila menjejakkan kaki ke Makkah menunaikan umrah, semestinya saya mengharapkan pemergian itu membawa perubahan yang baik pada diri saya.

"Alhamdulillah, saya dapat menjalani ibadat dengan tenang sepanjang berada di sana dan bersyukur kunjungan itu membawa perubahan yang baik apabila dengan sendiri hati saya terdetik untuk bertudung.



"Saya percaya jika sesuatu perbuatan baik itu dilakukan dengan ikhlas dan lahir daripada diri sendiri, itu lebih afdal. Orang di sekeliling hanya boleh menasihati, yang mahu berubah pokok pangkal adalah kita," katanya yang pernah menjalin hubungan dengan Farid Kamil dan Nabil Raja Lawak.

untuk artikel lanjut sila ke: Harian Metro..

maafkan bila ku tak sempurna..

sedetik aku terdiam..
hati tersentap..
hanya satu kalimah bisa ku ungkapkan..
maaf..
aku punya kelemahan..

itu fitrah alam..
setiap ciptaan ada kelemahan..
aku sedar akan itu.
kerna aku juga ciptaan tuhan..
kurang lebihnya, aku persegikan..
*diam* 
mungkin kau tidak mengerti..
apa aku bicarakan..
-maaf-

ahh~
jangan dipedulikan..
ini bicara hati aku..
aku, yang kadangkalanya insan tak sempurna..

kadangnya, harus aku lupakan kelemahan itu..
ya..
biar aku tidak sempurna..
namun, aku insan yang diciptakan sungguh indah..
alhamdulillah.

semua ini karutan..
tapi bicara hati tidak pernah menipu..
apa yang dirasa, itu yang terluah.
tapi..
inikah rasa aku?
aku tidak mengerti..
tepuk dada tanyalah hati.


*apa yang dirasa, sukar diungkapkan dengan kata.. kadang kala, kata itu tak seiring dengan hati. dan akhirnya tidak mengambarkan apa yang sebenarnya.. hanya coretan bisa dikatakan.

24 March 2011

punya nak melaram la kan.

bertabah la menjahit manik kat baju..
punye nak melaram nih..

actually rina da lama teringin nak blaja jahit manik nih..
sbb suke dgn baju manik2.
meriah gitu. yaww~

sabtu ni kenduri kahwin kazen rina..
bertemakan kaler silver grey.
jenuh la mencari baju kaler tu kan..
jahit manik ni part baju mama.
baju kain net mama tu kosong sgt.
so rina cadangkan untuk jahit manik kasi nampak glemer sket mama i. 
eheh!

whoopps~ rina baru belajar. so simple2 dulu ye.. 


okeh.. ini versi tak bape nak siap lagi.. 

berpinar-pinar sudah mata sebab kusyuk melayan manik2 ni 2malam berturut2.

*ok bai~ nak cerita tu je.. hari ni pak ngah rina dari johor balik taiping. yay! ni suke kenduri ni, leh jumpe saudara mara semua. :)

rina ke sekolah ambik result SPM?

kepada yang mengambil result SPM pagi tadi..
bagaimana perasaan anda?

adakah seperti ini....

hepi+excited~



atau seperti ini...

tak kira lah apa pon ekspresi muke korang nak ambik result tu..
korang harus bersyukur sebab da lakukan yang terbaik.

hari ini, rina pon tak kecuali mengambil kesempatan untuk pergi ke sekolah.
ambik result jugak ke rina?
ehh.. tak la.. rina pergi keje actually, tapi arini keje lua pejabat.
tiba je sekolah..
dalam ati bercakap.
"adoi.. rasa cam tua plak aku sekarang!"
haha! nape?

rina lalu di lorong2 yang menuju ke kelas, ke pejabat.. 
"terasa lain langkah aku kali ni.."

masih teringat saat pertama kali rina melangkah disekolah tu.
masa tu jalan nak ke kelas pon tunduk jek, malu dengan lelaki.
haha!
nape cmtu skali? 
b4 tu, rina skola convent. convent kan all girls.
bile form 4 pindah ke sekolah campur ni.
grr~ seram tau. jalan nampak laki je tunduk..
hahaha!
[mule2 je la.. pastu da pandai ngorat orang! heheh!]

pengalaman mengambil result plak?
rina ni pelik2 sket.. kadang2 da dapat mimpi pe yang akan jadi.
mungkin kebetulan je kan.
nite b4 ambil result tu, rina da mimpi brape A rina dapat.
takot gak mula2..
sampai2 je sekolah, mesti la cari bestfriend rina dulu.
cik atikah, asni dan farhana.
kami ni geng ber4.
[siap de geng lagi. haha!]

saat ngadap cikgu kelas tu, rasa nak kerkencing.. terberakk!! semua ada la.
masa rina nak ambik result tu, penolong kanan plak berdiri sebelah..
dalam ati duk cakap.. 
"bila la cikgu ni nak blah~"
[i kan budak nakal dulu kat skola.. :p]

bertabah la ambik result depan penolong kanan.
tengok je result..
err~

1..
2..
3..
4..
5..

ehh.. 5 jeee?
haha! alhamdulillah.. itu je termampu rina.
naseb ade sebelah tangan.. takde la kena perleceh dengan cikgu kan..
sumpah cakap, rina nakal time skola..

sampai semua cikgu curious nak tau my result.

pastu part lawak plak. jumpe geng2 yang kitorang tak rapat nih. tanye result masing2.
[psstt~ dorang merisik result rina je]
kan da cakap, rina nakal.. *4 kali da mention*

siap bleh cakap..
"puak hangpa menang la.."

gile kerek zaman tak matang ni kan.. siap berpuak2 kan.
haha!
bile dikenang balik, lawak tau.

orang yang nak ketawa kan kita ni banyak..
nak sanggup bersusah senang dengan kita?
alhamdulillah.. rina ade kawan seperti itu..
Tikah..
beliau la kawan rina semeja rina time skola dulu.
form4/5.. sama2 pengawas library.. sama2 isi borang upu..
rina susah, dia slalu bantu..
tenkiu Tikah. :)

adoi la. entry ini memang banyak karutan.
*ini akibat suke bercerita, bercampur2 da dalam 1 entry. tapi masih bermotifkan sekolah kan*

so kepada adik2 yang dah ambik result SPM tu.
bagi yang cemerlang, tahniah..
bagi yang kurang memuaskan.
jangan putus asa.. langkah korang bukan terhenti disitu je..
all the best yup semua.:)

*adoi kasi pesanan macam mak nenek plak haku nih.. =_=''

23 March 2011

hantaran kahwin saya~

haha!
mula rasa nak berniang rapik merepek pulak.
semua ada impian sendiri kan untuk perkahwinan masing-masing..

tema? kenduri kat mana?
takpe, itu abaikan dulu.. 
malas nak plan bagai nak rak..
lagipon lambatt lagi ye. harap maklum!

hantaran?
haa.. ini yang nak diceritakan..
pernah dulu saat duduk hostel di UMT..
cam biase la, bila borak antara rum8-rum8 nih..
topik ketika itu, hantaran kahwin.

tak perlu banyak-banyak ye..
4 atau 5 dulang je cukup..

dulang 1st:
cincin emas putih ye. 
cantek kan? nak simple2 cmni je..
tapi.. camni pon cantek gak..
cam orang tua sket, tapi klasik tau.. :p


dulang kedua:
DSLR Nikon sebiji.


dulang ketiga:
kunci rumah banglo 2 tingkat 1.


dulang keempat:
kunci kereta Swift suzuki 1.


dulang kelima:
err~ cek bernilai rm10k cukup la..

paaaaaaaa diiiiaaaaaaaaaaaa~?
[ini quote cik mon]
hahahaha! sampai ke tua ko tak kahwin rinaaa!
jadi andartu terlampau kang..
berangan la sampai tahap tu..
encik chenta hati tamo reject i ok.
itu hanya angan2 dalam fantasi
[tapi kamu da stuju kan nak kasi 1 DSLR Nikon. kann?]

tak perlu la melampau2 sangat.. bajet anak datuk plak kan.
dah cukup2.. lagi panjang, lagi banyak kerepek2 dari rina. *merepek laa..!

*oke bai! nak sambung jahit manik.. :p