31 January 2011

KRISIS MESIR: doakan keselamatan mereka..

semua dah sedia maklum kan.
sedang berlaku pergolakan disana..
ada juga abang kepada sahabat rina yang belajar disana..
dan yakin, ramai rakyat malaysia yang disana..
jangan kita asyik bercerita tentang gosip-gosip artis Malaysia yang tidak berkesudahan..
marilah kita mendoakan kesejahteraan, abang-kakak, anak-cucu, saudara-saudara kita yang berada di Mesir.


Korang yang terbaca blog aku ni secara eksiden harap-harap sebarkan dan kopi la ke blog korang, akaun pesbuk korang, twitter korang ker, kerana kita risau akan keadaan keselamatan pelajar kita yang lebih kurang 6000 orang dan ada sumber yang cakap 11000 orang. Mari kita lihat apa yang berlaku kat sana. Jangan korang anggap lagi selepas ini negara-negara timur tengah dan bumi arab itu aman.

1. Rusuhan, perarakan dan huru-hara berlaku hampir di setiap ceruk di bumi Mesir

2. Internet (pesbuk, email dll), telefon, perkhidmatan telefon bimbit, blackberry dan juga apa jenis komunikasi telah disekat oleh kerajaan mesir. Telah menyebabkan terputusnya hubungan dengan pihak luar. kesian family yang ada di Malaysia, korang semua banyakkan berdoa.

3. Lebih 5000 orang banduan terlepas. Ingat ini bukan cerita 'prison break' ini betul-betul, bukan cobaan. Dan dengar-dengar banduan ini adalah banduan berprofile tinggi dan mereka yang terlepas ini sememangnya ganas dan tidak semua dah bertaubat.

4. Pelajar Malaysia dirogol dan dirompak. Aku yang ni kurang pasti tapi aku harap gambar komen-komen kat pesbuk ni boleh jadi jawapannya.
5. Darurat dan krisis makanan dan mungkin kebuluran akan berlaku. Pada saat ini mana ada orang yang terfikir nak cari keuntungan berniaga. Kedai, pasaraya, klinik dan sebagainya semua tutup. Apa yang menyedihkan penyakit dan kemalangan berlaku.

6. Semua jenis perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan awam turut terjejas. Lapangan terbang, balai polis, hospital dan apa lagi sekolah dan pusat pengajian tinggi semuanya diserang dan terpaksa ditutup.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
rina copy all this dari blog ezurah.blogspot..
kesian naseb mereka-mereka bukan..
sama-sama kita doakan keselamatan pelajar Malaysia..

disini website yang sentiasa update dengan berita-berita disana..
















mari kita sama-sama berdoa agar pelajar malaysia di Mesir diberi perlindungan.. 
dan semoga semua krisis cepat-cepat reda.. amin..

duk hujung pon bukan boleh beromen..

err.. kenapa lak beromen2 ni..
kemarahan semalam, dibangkitkan semula hari ni..
meh sesi fire-menfire..
haha!
xde.. rina bukan style nak fire-fire orang la..
pe ingat ultramen ke..?

ok, ini kisahnya dating rina semalam,
rina dan encik chenta hati pergi ke QB di Penang..
[ala~ semalam rahsia.. arini da tergtau pulak!]
apa tu QB? tanya orang Penang la.

jalan-jalan..
niat date kali ni encik chenta hati nak belanja makan Na*d*s
haha! sencerod sket..
[kan tak pasal2 kena saman kan]
tapi ini hak pengguna ye..
harus rina suarakan, untuk pengetahuan semua.

setiba didepan Na*d*s tu, seperti biasa, 
disambut oleh pekerja restoren tu.
dibawa ke meja 2orang.
tapi meja yg dia bagi tu tengah2 alam.
[tengah2 orang ramai la]
rina pon minta la duk tepi.. nak tepi bucu tak dapat, 
[maaf. rina memang suka duk bucu2/tepi2]
sudah siap sesi order makanan.
rina amik 1/4 chicken with 2 sidelines
encik chenta hati amik espetada with 2 sidelines..

lepas je order, meja tepi bucu tu, orang yang duk kat situ dah bangun.
dan kebetulan meja sebelah kami orang baru duduk.
encik chenta hati bertanya secara elok-elok.
"kak, kalau nak pindah meja hujung tu boleh?"

nak tau pe respon?
akak tu senyap, dia blah camtu je..
fine.. rina pon tak nak kisah sangat
dah la laki yang hantar air, straw tu dia men campak je.
[da mula hangin ni]
akak yang kami minta baek2 dengan dia, tau pe dia buat?
dia duk kat kaunter, kutuk-kutuk kami berdua.
da la cakap kuat..
"ala.. kalau pindah hujung tu, nanti orang datang duk meja sebelah sama juga.. duk hujung-hujung tu pon bukan leh nak beromen!"

*&^*)*?/,.>,!!
okeh.. makian didalam hati ye..
[tak nak free2 dia dapat pahala plak]
kalau kami nak buat menda2 cmtu, tak payah susah2 datang restoran..
da nama restoran, kami nak makan laa~
n kami berhak pe pilih sit yang selesa untuk kami..
bukannya sebab ada orang kat sebelah pon. 
da nama restoran, kalo kami tak nak orang ramai, makan sorang2 kat umah..
[itu lepas kawen ye!]

serius, dalam masa itu, tiba-tiba mood kami berdua berubah..
disebabkan mulut-mulut yang macam.......
[sambung sendiri]

ini 1st dan last rina dan encik chenta hati makan kat restoran na*d*s kat QB ye..
service macam hape je!
sepanjang duk restoran tu, rina ushar pelik je kat orang-orang itu.

ni yang rina makan semalam.. best!


espetada extra hot.. sedang menahan pedas ye syg~ :)


oke~ saya comel.. tau2.. [gile prasan!]

*dating semalam best! cume part kt Na*d*s ni je buat spoil mood.
*dah la pekerja dia semua konflik identiti. tak kenal mana laki, mana gurl~


aduhh.. saket kepalaku~

boleh buat iklan panadol ni..

maaf la, tak dapat nak update blog sangat..
semalam da pergi date dengan encik chenta hati..
malam baru sampai umah.

hari ni pulak da saket kepala..
banyak sebenarnya rina nak update..
tapi keadaan tak mengizinkan..
BW? nanti rina da ok sket, rina g jenguk blog korang ye.. :)

*adeh~ sangat saket! :(

30 January 2011

hati ini padamu..


"telah ku percayakan
hati ini padamu
maka kita tak saling risau.."


heh.. rina ni sehari tak berjiwang tak sah..
hari ni jiwang lebeh sket..
y?
sebab.. nak date la harini.. :)
katne?
mana leh bagitau.. rahsia oke!!


miss encik chenta hati so much..
sila lah layan lagu kat atas tu okeh.. 
berjiwang la kita bersama-sama..


*mode dalam hati ada taman..
[disaat ini, rina sudah selamat berdating]

nasib pakai, kalau tak?? alamak!!

heh..
tak nak cakap apa-apa.. 
senyumm jek!

opsss~ tutup mata oke!!

MySpace
*punya duk kawad sampai terkoyak!!

kali ni betul-betul mantop!

heh.. mantop la pulak..

mesti la.. 
beberapa hari lepas, rina join contest yang dianjurkan oleh AbdulFariQue..
alangkah baiknya hati beliau.. semua adalah pemenang..
wooott!!
tenkiu encik FariQue~

see.. header baru rina..

bertemakan "dalam ati ada taman' gitu..
tak cantek?!
hepp!! tamo kutuk2 oke.. 
cantek taw.. lagipon, bukan senang orang nak buatkan header free ni..
da la rina ni banyak songeh je.. huhu!

again and again.. 
terima kasih FariQue.. sebab sudi buatkan header ni.. :)


*meriah kan blog rina dengan header ini.. :)

PekNga, lempeng dan Pancake..

dikala perut sedang lapar..
korang tau tak Pek Nga? ehh tak tau?
Lempeng tau?
kata orang putih, Pancake..

tau dah? naseb tau.. baru nak cepuk tadi.. heh!

kalau korang nak tau, Pek Nga, Lempeng, Pancake adalah menda yang sama..
[tapi rina kat rumah panggil tempek nyoQ]

err~ sedap kan.. siapa sangka coconut pancakes ni, sebenarnya lempeng je..
haha! glemer je kan nama dalam english..


peknga..
kenapa namanya peknga?
ni orang-orang kedah, orang utagha tau la.. 
peknga tu, tempek dalam belanga.. haa~ style kan. heh!


rina plak suka panggil tempek nyoQ.. 
 nak buat?
meh rina share resepi kat sini..
[pagi2 buta da jadi chef sat]


Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
150 gram kelapa muda parut
1 biji air kelapa
125 ml susu cair
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit minyak masak

Cara penyediaan:
Bancuh tepung dengan air kelapa dan air sehingga sebati.
Masukkan telur, kelapa, susu dan garam. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Masukkan sesenduk adunan tepung dan leperkan menjadi bulat. Masak dan balik-balikkan hingga garing.



heh~ da siap untuk dimakan..! eh belum lagi.. baru siap entry. :p


*siapa da buat, sila bluetooth kat rina tempek nyoQ tu ok.. :)

29 January 2011

jangan terlalu mencari kesempurnaan...

[klik untuk dengar]

Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail.. Hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya.. Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.. Begitulah juga…


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGI kamu.. Hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.. Yang kamu pasti baik untuk diri kamu.. Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT..  Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain.. Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN.. Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi.. Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga.. Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU.. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA ! 


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

artikel ini diambil dari FB rina..

*your presence is the most precious thing in my life dear~ :)

28 January 2011

sedang aku bersuka ria.. tiba2..

heh~ gimik lebeh je kan tajuk tu..
actually arini rina sangat hepi..
=)

pagi jumaat yang indah ni, rina da tersenyum sebab dapat mesej dari encik chenta hati..
heh.. mula la rasa dalam hati ada taman kan.
bermadah puitis la pe lagi..
biasa2 je madah tu..
biase la.. bila dalam hati ada taman kan. hehe!

after zohor, lepak dengan mama rina..
sambil tu terasa nak karok..
so pasang la lagu-lagu jiwang+dangdut.
[heh! jangan tiru ini, tapi takpe.. kt rumah je..]

lepas bersantai bersama mama, rina pon terus la menerjah ke lappy..
pelik..!
banyaknye email orang komen entry..
buka entry, traffic naek.. 13/15 belas-belas org view
hmm.. nape eh?

baca punye baca..
waaa~ i terharu youu..

mekasih BEN ASHAARI sebab entry rina menjadi pilihan beliau..
tak percaya? tengok SINI..

akan rina terjah semua kunjungan rakan-rakan blogger.. 
maaf kalau lambat sebab line BB ni cm siput jek!
terima kasih kepada yang sudi terjah blog rina siang tadi..
luv u all lah! <3

*senyum je arini memandang ke blog.. gilak! :p

yang ke 300.. tahniah!!

[klik untuk tumbesaran sehat!]


 rina dah janjikan topup free dalam entry SINI kan?

so tahniah kepada cik AYUNI [bulatan dalam gambar..]
mohon ye, sila emailkan rina number henfon ayuni kat rina..
nanti rina topupkan untuk kamu..

email rina: greenrose1213@gmail.com

BEN ASHAARI BLOG


  • Letakkan header BEN ASHAARI BLOG
    sudah bereh~


  • Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ..
    komfem bereh~


  • Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..
    terpulang pada idea.. mostly sekarang rina update paling kurang 3entri sehari. 
    jumlah entri setakat ini 357.


  • Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
    supaya blog rina yang tak seberapa ni diperkenalkan kepada blogger-blogger yang setia dengan abg Ben.


  • Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
    popular? belum difikirkan bab ini.. jauh lagi perjalanan.. rina masih mentah dan harus terus belajar. kalau ter'popular', alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak kan.
     yang penting, rina tetap ikhlas berblog. :)
  • siapa nak topup?

    alhamdulillah.. masih bernafas dibumi pada hari jumaat yang mulia ni..
    siapa nak topup?

    hehe~
    rina menunggu bakal followers rina yang ke 300..

    siapa yang bertuah?

    rina nak hadiahkan topup RM10..
    [kalau pakai postpaid, rina bank in kan kepada beliau]

    selain tu.. nak tau bagaimana nak dapatkan angpow dari hotlink?
    sila klik ENCIK HOTLINK

    *siapa yang jadi followers ke 300, sila tinggalkan jejak ok. :)

    Rahsia Warna kegemaran WANITA~




    korang nak tahu, dulunya rina sangat bercita-cita nak bergiat dalam bidang psikologi/kaunseling..
    time matrik dulu rina merupakan ahli Pembimbing Rakan Dinamik.. [ala2 PRS kt skola dulu]
    so sedang mencari maklumat dalam google, jumpe pasal rahsia personaliti.
    jom ushar~
    [rina tak menjamin kadar ketepatannya ok]

    Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
    MERAH

    Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

    BIRU

    Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

    HIJAU

    Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

    HITAM

    Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

    COKLAT

    Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

    UNGU

    Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

    KELABU

    Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

    KUNING

    Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

    PUTIH

    Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


    tiga warna kegemaran rina ikut rank:
    HITAM
    UNGU
    COKLAT

    hehe! bleh tak cakap.. almost 99% la betul.. huhu! :)

    *korang try la jugak!

    tentang chenta..


    Cinta…..
    Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
    Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
    Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
    Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…
    ” Saya sayang awak! “

    *yup~ saya sayang dia.. :)

    tak kenal maka tak cinta~

    ececeh~ pehal la rina jiwang jek arini..
    [dalam FB pon orang da tegur~]

    takpe.. sekadar berkongsi rasa sebagai blogger.
    eceh!

    dulu saat rina belum menjadi blogger yang tegar.. jarang-jarang blogwalk..
    pernah nampak blog yang rina follow asyik buat entry pasal BEN ASHAARI..
    Ben Ashaari? siapakah beliau..
    abang Awal Ashaari ke?
    [ehh tak tau plak kalo de sangkut paut kann]

    memang rina xpernah ikuti perkembangan beliau..
    tapi sejak kebelakangan ni..
    rina selalu buka blog beliau..
    sudah menjadi follower beliau..
    kenapa?
    seriusly beliau banyak membantu blogger-blogger baru..
    disamping banyak segmen2 menarik dalam blog beliau..
    kadang2 rasa tak menang tangan punya nak jadi orang terpantas join contest beliau..
    haha!
    lawak~ [terketaq-ketaq kepala punya dok kejaQ]
    amik~ keluar da slang utagha ceQ..


    sangat kagum.. dimana-mana saja beliau akan update blog..

    kan rina da cakap.. tak kenal maka tak cinta..
    takde la rina cintakan beliau.. 
    cumenya.. 
    da kenal baru rina taw, best blog beliau ni rupenya..

    *jom terjah blog BenAshaari ni.. :)

    bila poket semakin sempit..

    sejak menjadi penanam anggur yang berjaya ni..
    huhu! rina pon berjaya menjadi ala-ala adnan Sempit..
    poket rina pon sempit taw!!
    huk!
    tapi xde la buat muke cam minah atas ni..
    rileks2 suda..

    sedang diri ini ushar-ushar design baju kurung moden..
    heh! semangat je kan..
    owhhh tidak!!! rina da terpikat dengan baju ituu~
    >__<

    huk! very the sweet youu..
    tibe2 mode suke baju putih2.. nampak sweet je..



    lagi?
    waa~ cantek! actually sulaman tu yang kasi baju ni nampak cantek..
    rina ni style suke baju yang simple, tapi nampak meriah.. huhu!




    blacky pon nice kan.. orang badan 'comel' [gemok la! wat2 xpaham plak. sekeh kang!] cam rina ni.. blacky sesuai untuk buatkan i nampak kurus.. sket je la tapi.. hahaha!

    mana nak tengok baju2 cantek ni? jom terjah SINI..
    [sape baek hati silalah belanja rina 1 baju ehh.. hee~]


    nak tengok baju rina yang simple tapi meriah?
    opss! rina belum kawen.. tunang pon blom lg ye..
    ni gambar masa kenduri akak rina..
    [tunggu encik chenta hati rina je~~ :p]

    hee~ depan cermin pon jadi.. ni baju raya baru2 ni..
    baju ni simple, tapi meriah dengan manik2+sulam..
    [masa ni nak beli kaler lite pepel, tapi sume size besar jek!]


    masalahnye sekarang... bila kain ni nak jadi baju?

    mamaaaa~ cepatla jahitkan kain ni jadi cm baju kat ats tuhh.. heh!


    *meroyan da rina nih.. :p