12 November 2011

Kasih seorang Abang

#entry ini akan digunakan kata ganti diri "guwa" "lu"
indahnya pelangi seindah hadirmu..
andainya aku dapat capai..
inginku ukir indah namamu..
agar mereka tahu hidup ini seindah pelangi adanya dirimu.

hadirnya seorang abang dalam hidup ini.
muhd fadil atau lebih dikenali dengan nama penyu.
tanggal 18 April merupakan tarikh keramat kerana itu kali pertama guwa kenal beliau.

seorang yang gila-gila.
kekadang tak ubah seperti kanak-kanak ribena.
orang yang suka komen itu ini. kritik itu ini.
tapi beliau cukup berhati kaca.
beliau sanggup menangis kerana bola
[guwa saja nak kantoikan lu je ni abg]
muka ganas tapi dalam hati ada taman jugak. hihi
paling risau tentang adik-adiknya.
[semua dalam Blogger Perak yang muda darinya adalah adik beliau ye]
guwa muda dari lu kan abang? :p

mungkin guwa tak kenal lu macam orang lain kenal lu abg.
tp yang penting guwa tau lu sayangkan adik2 lu kan.
ada orang cakap kita[Blogger Perak] ni macam family gangster. 
mana taknya. semua pakat "guwa" "lu".
tapi semua dalam hati ada taman tau.
haha!

guwa taknak cakap banyak sebenarnya. 
guwa rasa hari ni wa sangat tersentuh hati dan rasa nak ceritakan pasal lu.
alkisah abg guwa ni, rumah beliau diceroboh pencuri semalam 10.11.11
semestinya abg guwa ni sedeh kan.
guwa cuba nak sms lu tenangkan lu. 
tp guwa bukan reti nak pujuk lu.
guwa tau lu cuba hepi2 dalam sms sebab lu taknak guwa risau kan.
arini guwa, ajek dan al berjimba.
tapi sepanjang borak, mesti ada kisah pasal lu. 
kitorang kutuk lu, kitorang sedeh pasal lu.
dan guwa trus menangis bila lu sms guwa tadi.
"happy2 la sana, abg okay je pun.hilang brg xpe,jgn hilang adik2 abg semua. :)"
#sikit pon wa tak ubah sms lu.

abg, guwa tak reti nak pujuk2 la.
guwa pon tak tau cane nak kasi lu hepi.
tapi guwa nak tuju lagu kat lu.

video
kau ilhamku.
guwa, ajek, dengan al nyanyi khas untuk lu.

jangan sedeh2 ye abg.
mudah2an settle cepat ye semuanya.
kalau pencuri tu tak dapat ditangkap, takpe. dunia leh la dia lepas.
akhirat nanti dapat jugak balasan. 



*ikhlas lagi tulus dari adik lu.
cik reena tang!