20 November 2011

izinkan suami berpoligami, isteri peroleh payung emas.

salleh yaakob kini sering menjadi ikon poligami.

kenapa? dia mampu. kau hado?

fuhh. mesti sang jejaka sekalian seronok rina buat entry ni kan?
sebenarnya terpanggil untuk buat entry ni lepas tengok cerekarama TV3 malam td.
PAYUNG EMAS

antara skrip dalam cerekarama tu.
"baiknya hati kau izinkan suami kau kahwin lain, payung emas menanti kau di syurga nanti"

ada yang mengatakan tiada hadith yang sah bahawa isteri yang membenarkan si suami berpoligami ganjaran payung emas diakhirat.

ganjaran buat isteri yang membenarkan suami berpoligami:
Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-
إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

bagi si suami jangan pula gunakan alasan hadith-hadith ni untuk ambil peluang untuk tambah cawangan pulak. :p

ketahui kemampuan anda.
layakkah korang ni nak tambah cawangan kalau nak bagi bini yang sorang yang makan pon tak berapa nak cukup.

syarat-syarat berpoligami:
1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
  • Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.
3. Disyaratkan pula berlaku adil
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
  • Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami.
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak.
5. Berkuasa menanggung nafkah.
  • Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
  • Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya.

bagi si suami yang rasa-rasa nak tambah cawangan tu, sila tepuk dada, tanya kemampuan diri. [bukan tanya selera ye]
jangan tahu nak tambah cawangan je. tapi tanggungjawab terabai. tanggung dosa sampai kesudah. 

*renung-renungkan dan selamat beramal. :p