19 September 2011

Gegata atau Kelompok Garam

salam~
pe motif rina berceritakan tentang GEGATA atau KELOMPOK GARAM nih tetiba?
korang pernah dengar dua perkataan diatas nih?
yes~ gambar diatas menunjukkan apa itu gegata/kelompok garam.

bagi yang baru mengenali, gegata ni sejenis tompok-tompok gatal, macam kena gigit nyamuk tapi banyak dan macam peta diatas badan. kalau jadi macam ni, badan terasa panas.

kenapa rina berceritakan tentang ini?
dah lama rina pon mencari maklumat tentang gegata sebab dulu masa zaman matrik, selalu kena. dan malang sungguh nasib. selepas pulang dari Johor semalam pon tetiba jadi. 

cara-cara nak menghilangkan Gegata/Kelompok Garam:
  1. tangan kena control. kalau garu, gegata ini akan merebak menjadi lagi banyak. [sumpah tak tertahan rasa nak garuuuu =.=]
  2. Calamine lotion. info ni rina dapat selepas google. disapukan lotion di tempat gatal sebelum tidur.
  3. Pil Selsema. disebabkan Pil selsema adalah sama dengan Pil untuk kulit gatal-gatal. kesannya bergantung pada individu itu sendiri.
  4. Air Suam Panas. rendam tempat gegata itu dalam air suam/panas untuk redakan gegata.
  5. Kunyit dan Kapur Sireh. Gosok kunyit di permukaan kasar. campurkan dengan kapur sireh dan sapukan ke tempat gatal itu.
  6. bersihkan tikar or carpet. dan basuh baju guna air panas. mungkin ada hama.
  7. Sireh. Layurkan sireh diatas bara api dan sapukan ditempat gegata.
  8. Garam. Sapu garam ditempat gegata itu. 
okeh, rina rasa dah banyak tips untuk hilangkan hama/kelompok garam ni. 
doakan rina cepat2 sembuh dari penyakit gatal-gatal ni.
SUMPAH! rasa terseksa dengan gegata nih.. =.=

*susah betul nak menahan diri dari menggaruuuu! :(