"suami didahulukan, pencapaian diutamakan"
ni tagline dalam cerita BINI BINIKU GANGSTER yang buat rina ingat sampai sekarang. haha!
hebakk.
jom layan sinopsis dulu
sinopsis
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam
review:
bila tengok part yana yang dilantik oleh ayahanda untuk jadi 'kakak kawasan' ni, rina dapat rasakan ade macam cerita Jepun "GOKUSEN". yela dalam cerita tu yang jadi kakak kawasan adalah Cucu Perempuannya.
watak yang dibawa oleh Yana sangat bagus. yela.. bukan senang perempuan nak lakonkan watak gangster dengan penuh aksi. dah la gangster, tapi sayangnya pada suami tak pernah kurang. part Yana nak lamar Intan Lydiana tu, serius rasa sedeh[tetiba kann, orang hepi2 tengok filem tu, rina plak tacing].. faham la hati seorang perempuan, dia tak mampu nak bagi zuriat pada suaminya, dia relakan suaminya kahwin lain sebab nak penuhi impian untuk ada budak kecil dirumah.
secara keseluruhannya, nak kasi 4.5/5 bintang.
tergerak nak tengok movie harini, kebetulan pulak hari ni ditayangkan. :)
*tetiba kagum tengok cerita kakak-kakak kawasan nih. :p
[wa kan kakak kawasan TAIPING, Taiping ni wa yang pegang. hahah!]


