25 March 2011

Irma ikhlas bertudung..

alhamdulillah..
berita yang baik pada pagi jumaat ni kan.
irma yang berimej seperti wanita melayu terakhir pada malam Raflesia ABPBH2010.

Kata Irma yang tampak anggun menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry, pengalaman mengerjakan umrah di Kota Makkah, Februari lalu selama dua minggu mula membuka pintu hatinya untuk bertudung.

"Apabila menjejakkan kaki ke Makkah menunaikan umrah, semestinya saya mengharapkan pemergian itu membawa perubahan yang baik pada diri saya.

"Alhamdulillah, saya dapat menjalani ibadat dengan tenang sepanjang berada di sana dan bersyukur kunjungan itu membawa perubahan yang baik apabila dengan sendiri hati saya terdetik untuk bertudung.



"Saya percaya jika sesuatu perbuatan baik itu dilakukan dengan ikhlas dan lahir daripada diri sendiri, itu lebih afdal. Orang di sekeliling hanya boleh menasihati, yang mahu berubah pokok pangkal adalah kita," katanya yang pernah menjalin hubungan dengan Farid Kamil dan Nabil Raja Lawak.

untuk artikel lanjut sila ke: Harian Metro..

No comments: