28 January 2011

Rahsia Warna kegemaran WANITA~




korang nak tahu, dulunya rina sangat bercita-cita nak bergiat dalam bidang psikologi/kaunseling..
time matrik dulu rina merupakan ahli Pembimbing Rakan Dinamik.. [ala2 PRS kt skola dulu]
so sedang mencari maklumat dalam google, jumpe pasal rahsia personaliti.
jom ushar~
[rina tak menjamin kadar ketepatannya ok]

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH

Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU

Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU

Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM

Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT

Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU

Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING

Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


tiga warna kegemaran rina ikut rank:
HITAM
UNGU
COKLAT

hehe! bleh tak cakap.. almost 99% la betul.. huhu! :)

*korang try la jugak!

4 comments:

zmanja said...

suke MERAH,HITAM,BIRU..

ade gak yg sama dgn sikap sy...hehehe

elieynz said...

banyak yang betul ni.. hehe

Cik Reena Tan said...

@zmanja buleh la de persamaan juga kn?

Cik Reena Tan said...

@elieynz kan.. rina buat pon byk sama.. :)