20 January 2011

puding caramel terlaris abad ini..


slurrp~ puding caramel terbaek abad ini ok...
heh! berangan ko rina..
halu korang.. arini tiba-tiba je rina tringin nak makan puding ni..
rindukan puding caramel yang cik rumate dulu bawa dari rumah beliau..
so godek2, cari atuk google resepi..

ni la hasilnya.. nampak sedap kan? memang sedap pon! [prasan lagi!]
jom rina kongsi sket resepi..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
hasilnya sedap.. rina da abeskan satu slice.. xpercaya?


puding ni jadi nipis sbb bancuhan tu sket je.. rina pkai loyang yang berukuran 15cm[agak2 je ni]
kalo korang nak pkai resepi atas ni.. sila gune loyang yang lebih kecil..




*cik rumate cakap buh tepung jagung/kastard sikit..


~dis entry should be post malam td.. tapi berlaku masalah yang tak dapat dielakkan~

4 comments:

IeDa said...

nampak cam sedap je... buat utk sy boleh? haha

Cik Reena Tan said...

@IeDahehe! ieda punye pasal.. mesti la boleh~ ^^

Oreo said...

nampak sedap oh tapi kita x suka karamel.Haha

Cik Reena Tan said...

@Oreodulu rina pon xsuke puding.. ay types of puding.. tapi bila rsa puding caramel.. da sukee~ ^^