31 December 2010

Saya Blogger PERAK~

wah wah.. dengan semangat swift tajok entry tu kan..
yesh! im proud to be perakian. heh!
sinih meh yong, yoep.. maghi cni teman nak bercerite.. 
haghi ni. teman dengan bangge nak kabo dengan kome semua.
teman ni blogger peghak jati. meh la mengkome join teman..
[ngahaha~ tak penah2 rina gune slang ini, sbb rina area Taiping, so slang da lebih utara]

oke, tahniah n thanx kepada BlogPilihanMalaysia kerana menganjurkan program Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri.
nice kan? at least kte leh kenal2 blogger senegeri dengan kte.. sila KLIK SINI untuk baca requirement yang ditetapkan ye.

Nama anda:
nama seperti dalam mukabuku saya Cik Reena Tan. lebih senang dengan panggilan Rina~

Status Anda:
Status mukabuku rina = poning palo den[bila da pening, kua slang nogori plak]
status relationship = in relationship with Syafiq Sa'odi [yeh, ini chenta hati rina]

Cara Hubungi:
mukabuku ~ cik reena tan
gmail ~ greenrose1213@gmail.com
yahoomail ~ rina_tan88@yahoo.com

Daerah/jajahan:
Daerah Larut Matang dan Selama. LMS~

Tempat Tinggal:
Assam Kumbang, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Apa yang menarik ditempat anda:
haa~ part ni i like.. nak taw pe yang menarik?
jom tengok~

yang pertama skalinya of coz la part nak jalan2 kan.

nice kan? very the green gitu.. ni la tempat yang paling menarik kat Taiping ni bagi rina.
Taman Tasik Taiping kelihatan menarik kerana adanya pokok Noh Hujan-hujan atau 'Samanea Saman' yang berusia lebih 125 tahun membentuk kanopi semulajadi yang indah. wow~ 125 beb.. sangat lama kan.. nak tengok lagi keindahan taman tasik?

 heh~ rina sangat suka fotoshooting kat lake.. and simpan impian nak fotoshooting kawen nanti kat sana.. harus ok! huhu! look so green ye.. 
slalu pagi dan petang mesti ramai orang pergi jogging.. dulu rina rajin gak g jogging. tapi sekarang da jarang sangat.
lagi?


heh~ sudah la ye.. kang korang terpikat bosan lak tengok model tak berbayar ni.

jom tengok tempat menarik laen pulak.



rina pernah buat entry pasal bukit larut/ maxwell hill kat SINI..

ni la bukit larut.. nak naik, korang bleh gunakan jeep, or jogging ke atas.. tapi kalo jogging, xmampu kot naek sampai atas, sebab tinggi. kalau naek jeep tu baru RM6 naek, turun kalo xsilap rina. lupe daa..

kalo nak bercuti kat atas tu buleh juga.. korang kena sewa rumah kuaters yang disewakan diatas tu, dulu ada rumah rehat, tapi sedang direnovatekan. tahap sejuk dia ada la cam cameron sket2.. dengar-dengar cerita dorang nak buat cabel car. tapi xsure lagi jadi ke tak.

lagi?

oke rina cerita bab makan plak ye.


hohoho~ sungguh rakus mereka berdua diatas ini.. 
cendol terbaek di Taiping ye.. also pasemboqnya..
tapi rina addict dengan cendol beliau.. jampi pe la macha ni pakai.. haha!
tapi serius sangat sedap.. dia warong kecik je.. bukan restoran besaq2..
nama warong ni? erm.. erm.. memang aku pegi kedai tu melantak je. nama kedai pon xtaw.hahaha!
korang nak rasa, datang taiping calling2 rina ye.

owait~ ni lak restoran doli. sila KLIK SINI untuk lihat website dia.
okeh, doli ni asalnya warong kecik di pasar pagi yang jual kuaytiow goreng style ala-ala chinese. dulunya warung kecik dan sangat femes. biase2 je dulu.. tapi da maju, so pengusaha doli ni buka cawangan besar bertaraf restoran. "Jalan-jalan Cari Makan" penah datang sini taw.. rina pernah terserempak dengan Maria Tengku Sabri tu.. kalau korang datang restoran doli ni, korang boleh tengok gambar dalam kedai tu, warung dorang yang kecik dulu.

walaupun bandar taiping ni tak la besar mana, tapi rina sayangkan Taiping. Raintown kerana Taiping memegang purata hujan paling tinggi di Malaysia. nak tengok betapa femesnya Taiping?


korang kenal tak sape ni? Eja yang berlakon dalam cerita filem sepi.. ha.. tengok.. femes tak taiping?




video klip lagu seiring sejalan[Sharipah Aini ft Broery] pon kat taman tasek Taiping. bangga japs~ hehe!


so.. kamu lak blogger dari negeri mana?

29 December 2010

Tahniah pasukan Harimau Malaya~!


i love malaysia~! 
tahniah buat semua pemain Malaysia kerana beraksi dengan baek.
akhirnya Malaysia telah menjadi juara kali pertama piala Suzuki.. Alhamdulillah

Malaysia 3-0 Indonesia
Malaysia 1-2 Indonesia

tahniah kepada penyelamat/ hero pada malam ini.
Khairul Fahmi yang tetap mantap beraksi menyelamatkan bola itu dari digolkan oleh pasukan Indonesia.

*jerit sorang2 dalam bilik tengok bola*

piala suzuki final~ khairul fahmi terbaek!


Goalkeepers
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS 
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT 
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI 

Defenders
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU 
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR 
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM 
18 MAHALLI BIN JASULI 
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD 
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS 

Midfielders
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI 
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM 
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR 
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL 
23 BADDROL BIN BAKTHIAR 
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN 
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN 
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL 

Forwards
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN 
29 CHANTHURU SUPPIAH 

Coach: RAJAGOBAL R KRISHNASAMY (Malaysia) 

ini la Safee Sali~ terbaek la kerana berjaya jaringkan gol ketika perlawanan akhir piala suzuki di indonesia malam tadi..

oke. yang rina nak fokuskan ialah:
owh yeah!! khairul fahmi.. seriusly i terpikat dengan beliau malam ini oke! 
*encik bf sila jgn jelesh*
memang style la dia tangkap bola.. grrr~ 
i bangga u..

stakat suluh laser tu, tak gugatkan kemachoan beliau ye. 
khairul fahmi tetap beraksi dengan tekun dan terbaek~

masih menunggu keputusannya.. lebih kurang 20minit lagi..
go malaysia go!!
3-0
1-1

teruskan usaha!!~

tingginya ego lelaki ini~


egonya tinggi, sehingga hilangnya cinta wanita yang sangat berharga. lebih berharga dari selombong emas, lebih tinggi nilainya dari gunung.

*tambah feel dengan lagu tema OST sepi: gita gutawa~ kembang perawan.

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panik.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, chelsea berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
**semua kaum adam.. renung-renung kan~


credit to: sherah


okeh.. i sedeh! =__="

serabut!

serabut? yup.. sungguh aku serabut.. memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.. perlukah aku memikir tentang sesuatu yang belum tahu kesudahannya? yep! aku perlu.. untuk bersedia fizikal dan mentalku ini.. haha! [tersenyum] macam orang gila dibuatnya. tak pasti dengan kehendak diri sendiri. maaf kerana ayat yang membingungkan semua orang yang membacanya. aku tak tahu apa tujuan aku menulis entry ini.. mungkin untuk menghilangkan sedikit rasa beban dihati. apa yang dibebankan pon tidak pasti. [keliru] *sudah-sudah la dengan kekeliruan kau itu rina* makan, tidur, mandi semuanya buatkan aku berfikir. [fikir je tidak bertindak tak guna rina] tindakan akan menyusul.. rakan-rakan.. doakan diri ini kuat hadapinya. aku tak tau nak spesifikasikan dugaan atau masalah? haha! aku yang cari pasal agaknya. so sendiri mau tanggung kan. encik bf mungkin mengerti apa yang ingin aku sampaikan disini. mahu atau tidak. ya.. ini kenyataan yang aku cipta. akan aku teruskan jalan yang aku pilih. never giv up rina! semoga kau berjaya [ya aku harus berjaya]

sungguh panjang monolog dalaman aku yang tersurat. masih ada metafora kah dalam entry ini? [cukup sudah karutan kau]. rasa ingin lari jauh-jauh dari hidup ini. haha! aku tak segila itu lagi. harus kau sedar ini kenyataan untuk kau rina. tiada lagi fantasi. huh! akan aku tamatkan disini sebelum karutan ini berpanjangan. *maaf* aku tak sempurna. 


28 December 2010

cerita si gergasi 'Gulliver's Travels'..


ngeh~ plan asalnya rina nak tengok cerita JANIN.. tapi tak kesampaian sebab rina bawa anak buah rina. cerita tu 18 kebawah tak bleh tengok plak.[camne la rina leh tak prasan] dengan kecewa tengok la cerita 'Gulliver's Travels' 3D.

jom lihat sinopsis:
Black Jack lebih besar daripada sebelumnya ... sebagai Gulliver, seorang bakal penulis perjalanan di sebuah surat khabar New York. Ketika ia akhirnya berupaya untuk benar-benar berani keluar kota untuk menulis kisah perjalanan dengan belayar, pelayaran itu menjadi ribut taufan ketika dia tidur, melemparkannya di sebuah pulau dihuni oleh orang-orang kecil yang dipanggil Lilliputians. pada mulanya Gulliver dibenci oleh masyarakat pulau tu sebabkan dirinya yang jauh lebih besar. tapi apabila dia berjaya selamatkan raja dan pemaisuri, dia disanjungi rakyat jelata. dia berjaya mengubah cara hidup masyarakat di pulau itu menjadi lebih moden. disamping dia berusaha untuk meluahkan isi hatinya kepada wanita idamannya.

bersedia berkhidmat untuk rakyat dipulau itu.


gulliver dihadapkan kepada raja, permaisuri dan puteri. dorang risau gulliver ni mengancam hidup mereka.

ni masa gulliver ngajar kawan dia ngayat puteri.. heheh! lawak part ni.

pertarungan gulliver dengan general jahat.. 

akhirnya~ dia berjaya juga meluahkan isi hatinya kepada wanita idamannya.^__^

okeh~ review sket secara rawak..
cerita ni best.. lawak je.. gulliver ni pon sempoi2 je lakonan dia..
ada part2 kelakar memang gelak 1 panggung[memang la 1 panggung xkan 2 plak kan]
part gulliver cube melawan kapal2 musuh tu paling kelakar. korang tengok sendiri ye.. kalo rina cerita semua tak best la kan.. 

owait rating yang rina kasi, 4/5.
cam biase la tengok 3D.. kurang pemahaman disitu. hancus betul BI rina. haha! shh~ diam2 je..

27 December 2010

sangap da....


korang nampak tak kek kat atas tu? 
haa~ tu la nama dia NY cheese cake..
nyummm... sangatlah sedap taw!!
*bile duit nak datang ni.. sangap cheese kek secret recipe daa*
MySpace

semalam merayau2 bersama cik asni aka mak enon kat tesco..
[rina panggil beliau mak enon sebab mulut pok pek pok pek!]
*ngee~ tamo marah ye sayunk! syg i kan?*
pusing-pusing kat tesco cam 1st time masuk.. yela sebab kedudukan barang semuanya da berubah.. ada part yang paling rasa tak sesuai tu. bahagia rempah-rempah selorong dengan pencuci. erk! bleh ke makanan n pencuci letak selorong?? haish~ ape nak jadi ni.. huhu!
oke2.. sambung balik. macam2 air rina ngan asni try. [ari sabtu ahad memang banyak promotion, banyak la tester] suke3! sebab bleh rasa macam2. MySpace

sampai kat bahagian cheese n butter sume. rina berfikir nak buat cheese cake ala2 secret recipe tu.. [bajet je] haha! bila kenang2 balik. ok, oven kat rumah rosak! jangan berangan nak bakar pape ye cik rina~ MySpace
tapi bleh tak kalo bakar tu ditukar jadi kukus??
sape taw, tolong jawab pertanyaan ini ye..

owait sambung lagi. pusing dalam tesco tu. macam 1st time masuk ni, semua lorong rina ngan asni lalu.. haha! maka tercipta la satu gambar ni~

wohoho~ itu bukan saya..

mesti la tipu.. sah2 yang debab2 tu saya kan..
*demok sudah~*

gedix je berangan beli drypers untuk anak la kan.. anak kuceng ada la!!

then kami pon bergerak ke 'Taman Tasik Taiping' atas permintaan cik asni kite nak berfotogedix. ehem3! kami pakai handfon je.. xde DSLR~ [belum ada yang sudi hadiahkan]


ni la cik asni kite yang kecik molek, tak macam haku 'bam' gitu~ huh!
da tentu rina menjadi fotografer yang tak brape nak expert kn. [tapi gambar beliau sume kat hanfon. so rina tunjuk gambar rina je la~] tak nak? xpe, skip je gambar huduh i tu.. i sedar.. i ni comel~ gagaga!

oke~ 1 cukup la.. nanti ramai yang terpikat plak.. cian kat hubby i~
hehe! [bajet tul] 


hoho! panjang tul cerita rina membebel~ 
*bila la nak tengok muvie 'Janin'? ada sesiapa murah hati nak blanja wayang? heheh!MySpace

25 December 2010

PORTAL PENDIDIKAN SCORE A PROGRAMME




Lebih murah dari menghantar anak ke tuisyen. Serendah RM4.70/subjek, merangkumi silibus Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Dengan tuisyen, wang yang dikeluarkan amat tinggi. Kos minyak, makan, minum dan buku tapi kita tidak pernah berkira sebab semuanya untuk ANAK/ADIK kita. Walaubagaimanapun dapatkah kita memantau perkembangan pembelajaran mereka? Melalui SCORE A, mereka tidak perlu keluar rumah. Sekadar on PC dan mulakan ulangkaji mereka. Sama ada mereka berfacebook atau berchatting, tidak menjadi satu permasalahan. Kerana setiap latihan dilakukan, akan disms kepada kita melalui sistem yang canggih. Jika tiada sms, bermakna mereka tidak mengulangkaji.

mudahkan?

Antara ciri-ciri unik SCORE A PROGRAMME:
1à e-Report Card
(SMS kepada ibubapa tentang prestasi anak yang membuat soalan-soalan)

2àe-Past Year Exam
( mendapat hak ekslusif dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk  menerbitkan kembali soalan-soalan Past Year Exam dari tahun 1993 hinggalah yang terkini)

3à I-Teacher
(cikgu secara maya(konsep avatar) yang boleh berinteraksi secara dua hala dengan pelajar)

4àe-Dictionary
(kamus DBP online)

5àe-Notes
(nota-nota ringkas yang lebih padat dan lebih interaktif)

6àe-Schema
(skema jawapan bagi memudahkan para pelajar memeriksa kembali jawapan yang salah)

7àe-Trial Exam
Dan banyak lagi keistimewaan SCORE A PROGRAMME ini. 

Untuk mencubanya, layari www.scorea.com 
tekan “online demo!’, masukkan id:82828.

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan, boleh hubungi,sms,email kepada:
Mohd Saiful Adilin
e-Learning Consultant
017-9365306
scorpii87@yahoo.com.my


*rina tolong kawan rina promote ni.. tapi cam menarik kan program 'scoreA' ni.. rina xde adik.. anak pon xde lagi.. bagi korang yang ada adik, anak, or sedara-sedara yang still blaja. suh la dorang try.. murah dan efektif. =)

24 December 2010

kelemahan...

*pengunaan kata ganti diri "aku" didalam entry ini*




"apa yang kita rasa tidak perlu diheboh-hebohkan pada mereka-mereka yang mungkin lebih memilih untuk tidak mengerti.".... FYNN JAMAL

aku amik quote ni dari nota kaki dalam puisi '150 juta'..


kadang-kadang apa yang kita rasa sukar nak diekspresikan dalam bentuk lisan. aku lebih petah meluahkan apa yang dirasa dalam penulisanku.. ini kelemahanku.

"maaf"~ ini satunya ungkap kata yang mampu aku ucapkan tika aku rasa bersalah. aku sering memikirkan, akukah punca masalah itu berlaku.. "maaf" aku bersalah.. aku terlalu mudah rasa bersalah. adakah salah kerna aku sering rasa bersalah? [senyum] *apakah yang ingin aku sampaikan?* 

benar hati ini sudah dimiliki.. aku sayang akan 'dia'. sayang 'dia' lebih dari diri aku sendiri. tidak! aku harus sayang diri sendiri untuk aku sayang 'dia'.. biar aku bersama sejuta lelaki tertampan, hati aku tetap berkata 'dia' paling kacak.. dia paling tampan.. tiada sesiapa yang bisa tandingi 'dia'.. *sungguh aku cinta dia*

aku sering kolot. kolot atau juga lurus. "maaf" kerna aku tidak sempurna.. aku tak bisa menjadi seperti bagaimana yang orang lain inginkan. aku adalah aku. tetapi aku sedar, tak bermakna aku tidak sempurna, aku tak boleh menjadi lebih baik dari diri aku kini. Ya! aku mencuba. 

setiap orang punyai kelemahannya. aku, dia, kamu juga. namun setiap kelemahan, pasti ada kelebihan yang menutupnya. menutup agar kelemahan itu ditebus. [fikir] bagaimana ia ditebus kalau dah memang itu namanya kelemahan? andai kata. aku baran, tapi aku mudah memaafkan. bukankah kelemahan itu dapat ditutup? [masih berfikir]

"maaf" sekiranya kata-kata aku ini membuatkan kamu yang mengamatinya berasa keliru. aku memang insan *keliru* tetapi aku tidak pernah keliru soal hati aku terhadap 'dia'. aku yakin, dia cintaku. aku yakin, dia pilihanku. [yakin itu perlu] 

22 December 2010

Siapa lagi Manja? lelaki VS perempuan?

artikel asal: Budak Nakal


di suatu ketika terdapat satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita yang sedang hangat berdebat atas isu "SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA?
masing-masing menegakkan pandangan mereka. kumpulan wanita menyokong lelaki lebih manja malahan kumpulan lelaki menyokong wanita lebih manja. pendebatan ini kelihatan tiada kesudahannya.

tiba-tiba salah seorang dari kumpulan wanita. wanita manis berlesung pipit serta bertahi lalat diatas bibir dengan senyum menawan berkata:MySpace

"saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah... adalah manja daripada kaum wanita... alasannya. semasa masih bayi dan kanak-kanak, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya..."


MySpace*buat-buat tak paham plak ye.. haha! sengal la~ nakal sungguh cerita budak nakal

Sayangku Taxi band

MusicPlaylist

Taxi – Sayangku
oh cinta kini dirimu ada dimana

ku sangat merindukanmu
ku sangat membutuhkan dirimu
oh cinta ku harap engkau cepat kembali
jangan engkau pergi lagi
jangan kau meninggalkan diriku
sering ku rasa rindu ini menyiksa

sungguh terasa hidupku kini hampa
bila kau tak ada di sini
reff:

sayang ku ingin engkau tahu
sayang ku ingin kau mengerti
saat ini aku merindukan engkau
yang jauh, yang jauh
ingin rasanya ku berlari

tuk membawa engkau kembali
di pelukku, hanya di pelukanku, ohhh
repeat * [2x]

repeat reff
Taxi – Sayangku
oh cinta kini dirimu ada dimana

ku sangat merindukanmu
ku sangat membutuhkan dirimu
oh cinta ku harap engkau cepat kembali
jangan engkau pergi lagi
jangan kau meninggalkan diriku
* sering ku rasa rindu ini menyiksa

sungguh terasa hidupku kini hampa
bila kau tak ada di sini
reff:

sayang ku ingin engkau tahu
sayang ku ingin kau mengerti
saat ini aku merindukan engkau
yang jauh, yang jauh
ingin rasanya ku berlari

tuk membawa engkau kembali
di pelukku, hanya di pelukanku, ohhh
repeat * [2x]

repeat reff

korang penah kenal taxi band?
siyes rina pon tak kenal..
tapi bila dengar lagu ni, i terus terpikat u..
[terpikat dengan lagu je la..]

ihsan gambar: atuk google

ni la taxi band..
vokalis: Word
gitar: Tony
bass: Kunya
piano/string: Indra
drum: Gotex

yang mana satu mereka? sila jangan tanya..
korang google sendiri yep?

*zaman da maju, semuanya dihujung jari anda. ahaks!^^