30 September 2010

jom kahwin! =) its a love story~



mesti korang da jemu dengar pasal perkahwinan Nur Nadia anak pengasas Naza ni kan?
just rasa nak share video ni..
sangat la sweet ok!

kagum dengan MANGGIS production..
gambar sangat cantek..
view pon best..
kena plak dengan lagu..
[brangan japs rina dalam video~]
oppss!MySpace

*kepada pemenang contest~ rina akan settlekan by sabtu ni duit raya korang ok?
[nga selsema+batuk+demam] =(

29 September 2010

dia insan ku sayang

ketika susah,
dia datang menenangkan ku;
ketika sedih,
dia datang menepis air mataku;
ketika sakit,
dia datang mengurangkan lelahku.

jika pernah ku guris hatimu,
maaf kupinta.

kini kuberdiri di muka bumi..
yang nyata bukan fantasi,
dengan sedikit pemangkin darimu,
akan kuberjuang..
demi dia insan ku sayang.


28 September 2010

maaf

penat..
ya.. aku sudah penat..
namun aku ngerti..
beliau lebih penat,
mencari rezeki untukku.

adakah bermakna aku untuk teruskan perjalanan ini?
atau biar ia berciciran.
kerna aku tidak mampu..
biar kata orang aku pengecut,
aku pengalah..
hati ini tak siapa tahu..

maafkan aku..
kerna harapan yang diberi tidak disempurnakan.
maafkan aku..
kerna buatkan hatimu remuk..
oleh insan yang kau amat sayangkan..

apa patut aku lakukan?
hati membeku sejuta kata..
tiada ucap dapat disampaikan.

maaf~


PEMENANG contest "Mulianya Ramadhan"~

salam~
rina nak mohon maaf ye atas kelewatan mengumumkan keputusan pemenang bagi Contest Mulianya Ramadhan..
line tenet cam kambeng sejak kebelakangan ini+ada urusan yang perlu diselesaikan melanda..


korang maafkan tak?
MySpace


oke2~ berbalik pada tujuan asal..
mesti korang da tak sabar kan nak taw..



mari kita lihat siapa yang kena....


.....


.....


....


...


..


.


jeng..!! jeng..!! jeng..!!
tempat ketiga:

mizaYusof~ 
[inbox rina number HP]


tempat kedua:

cik puan mazlan
[inbox rina akaun number]




dan~
tempat pertama:


g-mie/pesona akasia
[sila inbox rina alamat+akaun number]


saguhati:
ainsha
jiji-fify
mien
mamaZharfan
Has Ishak




ini award khas untuk semua yang menyertai contest rina:













*email rina: greenrose1213@gmail.com tahniah kepada semua pemenang..
hope korang still datang melawat blog ini after this.

24 September 2010

tuan tanah blog


nama diberi cik reena tan
nama glamer cik puteri bunian.
gadis yang suka berbicara dengan kata hati.
hanya blogger picisan yang berkongsi ilmu yang ada.

jangan pernah menilai diri ini sebelum kenali beliau.
#orang cakap saya ni sombong.

email: cikreenatan@gmail.com
twitter: cikreenatan


*tenkiu for loving this blog. :)

23 September 2010

COntEst muLianYa RAmadHan [update]

salam~
maaf ye kepada peserta-peserta CONTEST yang rina anjurkan..
untuk makluman anda semua..
rina akan announcekan pemenangnya pada 25 September 2010.
tunggu ye..

dan ada perubahan sikit untuk hadiah:
1st prize: 1balang kueh almond london+duet raya RM20
2nd prize: duet raya RM10
3rd prize: topup RM5

saguhati:
award khas dari blog rina~

*perubahan tu pada tulisan kuning..

22 September 2010

dimaNa?

dia sedang berdiri,
diufuk bumi,
antara nyata dan tak pasti.

dia sedang memikir,
segala realiti,
adakah aku juga difikir?

suaranya..
terngiang dalam diri;
sepertinya ada disisi.

senyumannya..
masih dibayangi;
kerna buatkan aku jatuh cinta lagi.

berdiri dibumi yang fantasi,
merasa dia dihati;
semoga kekal begini..

Ya! aku tidak bermimpi,
hanya kau dihati~


21 September 2010

Raksasa Malware menyerang~!!

salam~
rakan-rakan..
ini bukan cubaan.. ini betul-betul..




Malware telah menyerang segelintir website..
sebelum ini "gengblogger"
dan sekarang ada website laen pon da kena serangan Malware ini..
blog rina sendiri pon da kena disebabkan ada link dari "widget.blogspot"
kalo korang prasan blog rina da tak ada love blink-blink kat tepi..
sebab rina da remove..
ini cara untuk tahu dari mana punca serangan itu.. 

please kepada semua rakan-rakan blogger~
remove apa-apa link yang sudah dijangkiti Malware ini..
ini akan menyebabkan traffic korang berkurang..
untuk pengetahuan lebih lanjut sila RUJUK SINI

*terkejut buka je blogger tadi cakap blog rina kena Malware.. nyah kau raksasa!!

20 September 2010

saya sayang dia [SS]~

[ini sudut dalam ati ada taman~ sila jangan baca kalau tidak suka~]
salam..
malam ni rina nak berjiwang japs eyh..
boleh tak? boleh tak?

hari ni sudah 20.09.10
genap 4bulan hubungan kami..
baru je lagi..
hari ni, chenta hati rina datang singgah beraya di rumah..
[beliau dalam perjalanan pulang ke perlis]
da datang rumah tu, mesti la ada sesi kenalan dengan family..
ngee~ semuanya berjalan seperti biasa..
MySpace


so rina pon minta izin mama~
"mama.. i nak kawen??"
oke~ saya tipu..
gilaa kot nak kawen!!
haha~ rina minta izin mama g kuar dating dengan chenta hati i la..
mama papa pon kasi lampu hijau..
ngee~MySpace


[ini chenta hati saya~]


[ok2.. buat mulut kembong!]


[sedaappnye!!]


[maceh yayang for de nandos! lup u bebeh]

MySpace
even dapat jumpa sekejap je dengan kamu, b enjoyed every second dat we spend together..
thanx a lot dear..
b sayang kamu~
MySpace

*oke~ pagi nanti rina akan bertolak pulang ke Terengganu..doakan perjalanan rina selamat yep..

19 September 2010

mati kerana cinta? [part 2] end

Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok."Hati sy terus menjadi gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya,dia tidak ada di rumah,dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yg berisi susu hangat yg bertuliskan...

"Sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."Kalimah pertama itu menghancurkan hati sy.Namun,sy masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti memperbaiki program tersebut."



"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yg lain dan menbawa Siti pulang."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yg sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah,dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yg dapat mengiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal yg kelakar yg Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer,membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Siti ,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti,membimbing melusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yg indah.Menceritakan warna-warna bunga yg bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku,Abang tahu,ada ramai orang yg boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu."Untuk itu sayang,jika semua yg telah diberikan oleh tangan,kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan Siti dari mencari tangan,kaki dan mata lain yg dapat membahagiakan Siti."

Airmata sy jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,tetapi sy tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang,Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita,Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.""Tetapi,jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah sayang,bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu sy segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar ssambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan sy.

Oh!!KIni sy tahu,tidak ada org yg pernah mencintai sy lebih dari dia mencintai sy.Itulah cinta,di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yg kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


mati kerana cinta? [part 1]

rina just nak share sedikit cerita yang agak tacing~
Suami sy seorang jurutera,sy mencintai sifatnya yg semulajadi dan sy menyukai perasaan hangat yg muncul dihati sy ketika bersandar dibahunya.






3 tahun dlm masa perkenalan dan 2 tahun dlm masa pernikahan,sy harus akui bahawa sy mulai merasa letih,lelah,alasan-alasan sy mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yg menjemukan.Sy seorang wanita yg sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Sy merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yg sentiasa mengharapkan belaian.Tapi,semua itu tidak pernah sy perolehi.Suami sy jauh berbeza dari yg sy harapkan,rasa sensitifnya kurang.Dan ketidakmampuannya dlm mencipta suasana romantis dlm perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sy terhadap cinta yg ideal.






Suatu hari,sy beranikan diri untuk mengatakan keputusan sy kepadanya,bahawa sy inginkan perceraian.






"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.






"Siti letih,abang tidak pernah cuba memberikan cinta yg Siti inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya.Kekecewaan sy semakin bertambah,seorang suami yg tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yg boleh sy harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya.






"Apa yg Abang boleh lakukan untuk ubah fikiran Siti?" Sy merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.






"Siti ada 1 soalan,kalo Abang temui jawapannya didalam hati Siti,Siti akan mengubah fikiran Siti."






"Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yg ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,Abang akan mati.Apakah Abang akan lakukan untuk Siti?"
[bersambung~]

18 September 2010

M. Rajoli sah meninggal Jam 10.45 malam tadi




al-fatihah~

perginya seorang penghibur tanah air ini..
Allahyarham M Rajoli seorang penghibur tanah air yang sangat besar bakatnya.
kalau korang ingat drama/telemovie yang dilakonkan oleh beliau,lakonannya memang tiada tandingan..

M Rajoli telah disahkan meninggal dunia akibat kanser otak pada jam 10.45 malam tadi [17september2010]. allahyarham dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zohor Sabtu.

marilah kita ramai-ramai sedekahkan al-fatihah buat allahyarham..
semoga rohnya dicucuri rahmat.


*sumber diambil dari: beautifulnara

17 September 2010

aidilfitri 2010 part 2

wah wah~!
sakan cik rina beraya tahun ini..
ala kadar ja sambutan kali ini..
mama rina pon sebuk bekerja..
tapi meriahnya sebab jalan-jalan pergi rumah kawan skolah..
lama tak jumpa kan. jadi macam-macam mende nak cerita..
siap ada sorang kawan classmate rina baru lahirkan baby comel beliau.. "Izz Arif Daniel"
ada yang da menjemput ke kenduri kawen..
haisy~ ko bila lagi rina?
hahaha!
sila jangan berangan..!

okeh, jom tengok havocnya raya saya~ 
bergambar sini sana..

[ini nak pergi beraya di kuala kangsar~]

[sempat bergambar didataran putra]

[macam kt obersi kan? haha!]

[cakk!! ni lak kat taman tasek taiping~]

[lepas beraya di rumah tikah~ sanggup g lake sbb nak bergambar]

[ini mak enon aka cik lompang aka asni~ =p]

[disebalik daun buluh, kelihatan gadis manis~ ahaks!]

[bergaya kalah model~ xde2.. xlayak jadi model pon.. huhu!]

kesimpulan disini:
semua gambar diatas diambil gunakan camera hp..
walau tiada nikon disisi~
i tetap GILA GAMBAR~
alaaa~ terkantoi..
hek3!

xmeriah mana pon raya ni..
tapi sesi fotografi je lebih2.. 

*gila bergambar tul la cik reena ni~ hehe!

Memey dan Norman Hakim dah bertunang?

betul ke Memey dan Norman Hakim da bertunang?
lambat tul rina ni..
da bape hari, baru la ceq taw~

jom soseh-soseh sket!


Ibu Norman, Kamariah Kamal menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Memey.



Tanggal 13 Sept 2010, Mohd Norhakim Zaidon (Norman Hakim) dan Memey Suhaiza Suhaimi akhirnya menamatkan teka-teki hubungan mereka dengan tali pertunangan di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi.

Norman menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Memey. Bagaimanapun kedua-dua pihak enggan berkongsi soal wang hantaran.

kata-kata manis dari Memey~




 "Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri. Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami".



~Memey, 22~
 wah3~ manis sungguh yer..
[haisyh.. menambahkan dosa ceq ja~]

kata-kata norman pula~




“Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan."


~Norman Hakim, 34~


apa-apa je la norman dan memey.. smoga korang berbahagia la yek..
~sumber ikhlas:metro
*still nyampah dengan memey! 

tamatnYa COntEst muLianYa RAmadHan~!

alhamdulillah..
tamat sudah contest pertama rina..
thanx kepada yang menyertai walaupun sambutan kurang..
ini baru permulaannya.
next tyme rina anjur yang lagi best ok?
hehe!

kepada peserta2~
silalah cek nama anda DISINI
dalam masa seminggu dari sekarang rina akan bagi keputusannya..
[jurinya sudah ada]
so tungggguuuu!

*sowi if rase lambat sangat, sebab tengah sebuk nak balik ke Tganu+test banyak minggu depan

16 September 2010

COntEst muLianYa RAmadHan~!

[ini adalah sticky entry.. utk post terbaru sila skroll bawah~!]

salam~
da hampir seminggu berpuasa..
tiba2 rina rasa nak buat contest..

CONTEST MULIANYA RAMADHAN~


















SYARATNYA ialah~
:: 1. korang perlu jadi follower kepada belog rina ~♥ ::biLa haTi bErbicaRa::♥ ::
[tidak memaksa~ tetapi kalo follow kan senang tgk rina update]
:: 2. sila buat entry bertajuk "CONTEST MULIANYA RAMADHAN" ::
:: 3. sertakan gambar yang anda rasa berkaitan dengan ramadhan ::
[ala-ala islamik gitu, pape je asal nampak ramadhannya..~nak letak gmbar bersahur+berbuka pun boleh.. ikut kretiviti masing2. asalkan itu gmbar kamu sendiri. sila ceritakan sket pasal gambar tu]
:: 4. sila letak banner contest ini dalam entry anda dan juga side bar.. 
[link kan pada belog rina ok?]
:: 5. selepas buat entry berkenaan contest ini, sila tinggalkan komen+link anda di entry ini ::
[rina akan terjah]
:: 6. sila tag 2orang rakan anda [WAJIB] ::
:: 7. hadiah~ 1st prize: kueh batang buruk[1 bekas] + duit raya RM20
2nd prize: duit raya RM 10
3rd prize: award khas dari rina~::
[ni je yang mampu.. kalau ada pertambahan rina akan update ok?]
:: 8. TARIKH TUTUP: 16 SEPTEMBER 2010 jam 12.00 AM::

~selamat join contest pertama rina~


15 September 2010

ucapaN khAs dari Tv9~

ni adalah entry khas buat sahabat rina yang cunnz lagi da bomb~
hehe!

jom kenali beliau~
::fier atau lebih dikenali sebagai cik doremon[cik mon]
::sorang yang sangat comel, manjew[ini tipu], tinggi[tipu jugak!] tapi baek hatinya..
::dia kawan pertama rina ketika di UMT.. 
::mana ada dia, disitu ada rina.. itu la rapatnya kami mula-mula masuk ke UMT..

banyak lagi kalau nak describekan tentang cik mon ni..
yang penting disini..
rina nak ucapkan

HAPPY SWEET 19 BIRTHDAY 
cik NuruL fiErdiana~
*pada tanggal 14September
[umo tu tipu! hahaha!]

smoga hang cepat2 tinggi.. hehe!
cepat2 dapat keja.. [bleh blanja aku kan kan]
cepat2 kawen~
the most important is "smoga hang happy & berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan juga dipanjangkan umur" 
aminn~
Luv u lah!!

*ucapan ini dibawa siaran langsung khas dari tv9~ =)

12 September 2010

aidilfitri 2010 part 1

pagi lebaran disambut dengan takbir raya yang memecah hening pagi..
[ceyh3~ ayat jiwang plak rina]
selepas solat sunat raya, mula lah sesi bermaafan dengan parents.
rina sorang je yang kat umah, akak n abang tak de.
so then pergi beraya umah mak/ayah sdare..
hee~
saya masih berkelayakan untuk mendapat duit raya ye tuan-tuan puan-puan..
balik je tengahhari, mama ajak g tengok wayang..
what?? wayang? hari raya ni?
biar betul mama ni?
tapi layan la~
tengok movie 4madu berbaju raya kan..
haha!

mama terchenta..


mama dan papa saya~

ouwh~ comelnye dak ni.. ahaks!!

saya pantang nampak cermin~ mesti nak bergambar!

i loike diz!!

hik3! orang raya, ktorang tengok muvie~
layanz..

*ini baru cerita raya pertama.. wait for next~