15 April 2013

Jimatkan belanja perkahwinan dengan PROSKAP.



Impikan majlis perkahwinan yang sempurna lagi menjimatkan? serius cakap punya. tak tipuu..PROSKAP atau nama lengkapnya Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan dapat merialisasikan impian anda. bila ceritakan tentang majlis sempurna secara automatik reena terbayangkan irma hasmie dan redza. manis bukan? 

-gambar sekadar hiasan-

siapa tak impikan majlis sempurna dengan yang tersayang bukan? auchh. terfeeling plak. 
motif disini reena nak kongsikan sedikit info Program Selangkah Ke Alam Perkahwinan yang dianjurkan oleh Yayasan Patriotik Bangsa.

korang bayar RM6000. dah boleh kahwin termasuk majlis, pelamin, andaman, nak jemput undangan pun boleh, photographer pun ada wehh. cuba bayangkan RM6000 sekali pakej. (bagi yang single, jodoh tak termasuk dalam pakej ye. ihiks. :p)

kalau nak dikira tolak bahagi campur kali, semua pun dah beribu riban. serius ckp, duit bukan senang nak cari sekarang, bukannya datang bergolek. bila dah ada peluang macam ni, tunggu apa lagi? moh ler kite..!

ok. meh nak terangkan lebih detailed sket tentang program ni. 
TARIKH : 13 hingga 16 September 2013.
TEMPAT: MITC Melaka.

Apa yang korang dapat dari program ini?
      1) Majlis Pernikahan di MASJID AL-ALAMI
      2) Kad Jemputan seramai 200 orang
      3) Penginapan PERCUMA di HOTEL TERKEMUKA MELAKA
      4) Makan Malam ISTIMEWA di RIVER CRUISE SG MELAKA
      5) Andaman
      6) Jurugambar Peribadi sepanjang majlis (4 HARI)
      7) Jurumekap Peribadi
      8) Baju Persalinan yang EKSKLUSIF
      9) Majlis Resepsi BERSAMA VIP TERKEMUKA
    10) Cenderamata ISTIMEWA untuk TETAMU ANDA
    11) PELAMIN YANG TERKINI LAGI ISTIMEWA
    12) Macam macam lagi !!!!

amacam? teruja tak dengar? bayar RM6000 dah boleh senang lenang hadirkan diri je untuk majlis. tayah pening kepala nak fikir baju cane, kenduri cane, makan ape, sewa itu ini.

untuk pengetahuan semua, Majlis ini juga akan di senaraikan dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD. pada tahun lepas(2012), pihak Yayasan dan pun melaksanakan program ini dengan jayanya bertempat di Putrajaya bersama JAKIM. Atas permintaan yang menggalakkan dari pihak peserta dan institusi kekeluargaan yang terlibat, mereka memutuskan untuk mengadakan SIRI KEDUA pada tahun ini di NEGERI MELAKA.

haaa, kan reena dah cakap.. berbaloi-baloi kan? mohon pihak Yayasan buat kt Perak plak tahun depan, leh ai join gituu. 
-klik untuk besarkan-

bagi yang berminat, CEPAT DAN PANTAS hubungi:
NURUL 03-87344475 (CALL)
EZAT 010-8055 505 (SMS SAHAJA)
proskap@yahoo.com
facebook: Yayasan Patriotik Bangsa

kerana hanya TERHAD KEPADA 200 PASANGAN SAHAJA UNTUK TAHUN INI SATU MALAYSIA.. Tak lupa juga, TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 31 Mei 2013 ye kawan kawan..^^

korang boleh DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN DISINI, juga terdapat terma dan syarat di borang tu. :)

09 April 2013

Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?


Assalamualaikum. Makin lama makin sepi blog ni.. Empunya blog semakin sibuk. Nak cakap kaya, tak juga.

Persoalannya.. Adakah kerja untuk hidup ataupun hidup untuk kerja.
Lately semakin kurang masa untuk segalanya. Padahal sebenarnya ada masa. Pagi pergi kerja, ptg balik dah kepenatan.. Rehat2 tidur dan esok terus kerja semula.

Owh begini caranya. Belum berkeluarga.. Belum ada komitmen nak uruskan keluarga.

Ok jauh berfikiran. Ihiks.
Kadang2 penat juga rasa. Biasalah makan gaji ni, ada je yg tak kena dimata bos. Kerja pula mengadap pelanggan. Kakau sehari tu tak jumpa customer yang cerewet tak sah. Kisah suka duka bukan hanya bagi orang bercinta. Kerja pun ada tahu. Pecah rekod menangis kerana customer yg tak faham situasi kita sebagai pekerja. Owhh sadiss betul rasanya.

Ok itu rahsia. (tapi dah cerita satu dunia) haha

Namun begitu, kerja tetap kerja. Untuk menyara hidup seharian. Menyara family selagi belum disunting kumbang.

Namun diri harus bahagikan masa utk diri. Masa untuk hobi. Masa untuk eksersais(ini selalu banyak alasan, bak kata mama 'kurus la almari tu.. Kasut duk dlm almari je') tak lupa juga masa untuk kita dekatkan diri dgn Allah. Segalanya tak bermakna kalau kita tak dekatkan diri dengan maha Pencipta kita. Ye dak?

Owh ligat otak berfikir. Jadinya saya kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? Setakat ni rasanya hidup untuk kerja?
Selalu cuba puaskan hati orang sehingga abaikan perasaan sendiri. *seret beg*

Terasa kesian dengan diri sendiri. Huhu

Ok kesayangan sekalian.. Doakan reena masih berpeluang untuk mengupdatekan diri dengan blog ni. Rindu juga kadang2 zaman aktif bloging ni. :)

*Majulah diri demi maxis. Err err. Jangan lupa daftar home wireless maxis tahu. (ok iklan)

24 February 2013

Ahad yang kemalasan..

Emm. Dimana pemula ceritanya? Ahad yang kemalasan atau diri ini yang kemalasan?
Tapi yang sejujurnya saya yang kebosanan.
Eh? Assalamualaikum semua. Fuhh. Seperti biasa si gadis meksis yang sibuk menjadi pekerja yang cemerlang gemerlang dan terbilang ni. Blog pun terabai. (ayat nak poyo)

Dihari minggu.. Bangun seawal jam kira-kira 5:30 pagi. Dan kemudiannya lena diulik mimpi. Matahari tercacak atas kepala, masih menarik selimut dan lap air liur basi. Err. *ini sangat bughukk*
Cakk! Bila dah bangun mula menjalankan tugas sebagai bibik berjaya. Tak sangka, selain kerjaya gadis meksis, jadi bibik pun boleh.

Selesai masak.. Emm. *pegang remote astro*
Dibiarkan drama swasta itu dilayarkan. Tp mata masih tertumpu pada tablet dan phone.
Jujur! Astro sebenarnya membosankan. Ada yang menarik. 7hari 7 malam diulang cerita sama. Nak lg best, sampai beranak pinak lipas-lipas.. cerita tu jugak keluar.

Akhirnya tewas. *matikan tv*
Bergelimpangan di ruang tamu. Menatap syahdu ke tablet. Mencari ikon B (blogger apps).
Maka terhasillah entri yang menunjukkan betapa bosan hidup dihari ahad ini.

Nak buat kek. Tp petang sket la kot. Sekarang tunggu kot ada yang sudi mengajak berdating ke. Yang sudi nak belanja reena makan aiskrim ke. Ahhh. Bosan hidup. Jejari debab ni pun gigih google gambar pelamin.. Baju2 kahwin. Mula me'mastermind'kan pelamin tunang. Ok siap! Nanti semua buat sendiri. Untunglaa future husband sy. Jimat duit haaa.

Okbai. Sebelum karutan dongengan itu berpanjangan. Izinkan patik undur diri.
*tunggu la kalau ada idea nak mengarut lagi*

15 February 2013

Tanya sama hati..

Tanya sama hati..
Apa petandanya itu?
Kadang suka, kadang rajuk, kadang sepi..
Sendiri bermenung melayan melodi deruan kipas berputar.
Diamati lagi..
Aneh..

Apa kata hati..
Jika berjauh rindu rinduan..
Dekat rasa benci bencian..
Petanda apakah itu?
Aneh..

Jawablah wahai hati..
Apa sebenar yang dirasa..
Atau kerna serik terluka lagi..
Masih hati diam membisu..

Andai hati bisa berbicara..
Mulut tak perlu berkata..
Andai hati ini dicuri, peliharakan dari disakiti.
Andai benar rasa itu, peliharalah dari dikhianati.